June 30, 2016

Butik Elle Zada Didakwa Menipu !

Korang tahu mengenai Elle Zada ? Jenama yang dikatakan khas dalam penghasilan fesyen berasaskan syariah compliance . Sebenarnya dalam dua hari ini aku terbaca mengenai status Shaheizy Sam di Instagram mengenai Elle Zada dimana beliau menjelaskan, Elle Zada hanya menggunakan nama beliau dan isteri Syatilla Melvin sebagai promosi.Dan dorang tidak ada kaitan dengan satu isu yang sekarang ini sedang viral di laman sosial 



Isu yang dikatakan Elle Zada menipu, mengambil duit customer, duit agen tetapi baju masih tidak dapat walaupun sudah tempah pada bulan march tempoh hari. Tak cukup dengan itu, kebanyakan dealer dan agent yang berdaftar turut ke butik Elle Zada, dan didapati butik Elle Zada tutup dengan notis berikut 





Aku kalau pasal bab ni macam malas nak up sangat, tapi bila dah involve dengan darah daging sendiri marahlah juga. Bayangkan lah pelanggan yang order dari haritu nak pakai raya, tapi sampai sekarang tak dapat. Dah tu, ada yang dapat cek tendang pun ada. Alahai Elle Zada, apakah masalah sebenarnya ni? 









Menurut sumber, janji duit nak bank in pun sampai sekarang tak dapat lagi. Kesian dekat orang weh, kalau tak dapat nak bagi baju, manage dan deal betul - betul. Bukan lepas tangan dan biarkan customer tertunggu - tunggu. Ni siap ada yang datang dari jauh semata - mata nak dapatkan duit tetapi hasilnya mengecewakan 




Niat aku bukanlah nak menjatuhkan bisnes atau nama Elle Zada ni, tapi sebab ada saudara sendiri yang terlibat dalam kes ini, dan melibatkan banyak pihak lain, harapan agar Elle Zada ini segera memohon maaf dan membuat pengumuman dengan lebih jelas dan terbuka 



UPDATE : Shaheizy Sam mendapatkan sendiri penjelasan dari Elle Zada, dan korang boleh lihat sendiri di ig @shaheizy_sam. Terpulang kepada korang untuk menilai. Take it as lesson :) 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Jueliza Jamani said...

ni bukan ada blogger yang buat cover event ni ker.. nak raya mcm2 la hal..

YB Shehan said...

ngeri gila. haishh