September 02, 2016

Bunga Rafflesia Di Gua Musang Kelantan

Siapa sangka Gua Musang bukan sekadar nama ! Selama ini aku ingatkan Gua Musang ni famous dengan Durian Musang King je, rupanya dekat Gua Musang terdapat Bunga Rafflesia yang hidup meliar! 



Kunjungan aku ke Gua Musang Kelantan melalui Kembara Eko Kelantan 2016 anjuran Tourism Malaysia Kelantan baru - baru ini ternyata memberi pengalaman baru. Mana tak nya dapat tengok sendiri depan mata. Selama ni tengok dekat buku teks je LOL 



Kalau korang nak tahu, bunga yang terbesar di dunia ini kena hidup di kawasan habitat yang sesuai. Sebabnya, bunga ini mengambil masa 9 bulan untuk mekar kembang dan akan hidup hanya selama seminggu

ni belum kembang lagi 


So dekat area Gua Musang yang mana dapat tengok Bunga Rafflesia ni? Lokasinya adalah  di Kampung Redip , POS Hau. Before korang datang ke sini, make sure buat research dulu dan dapatkan maklumat sebetulnya sebab pertumbuhannya tidak menentu. Kalau  tidak kunjungan korang ke sini sia – sia je 




Bagi peminat sukan lasak mesti korang suka ni. Sebabnya untuk kesini, korang kena perlu naik 4x4 dari Bandar Gua Musang ke Kampung Redip. So jalan dia memang off - road dan mengambil masa selama 2 jam





 Sampai sahaja di kampung ini, korang kena  mendaki kaki gunung lebih kurang 40 minit untuk ke Taman Rafflesia



Taman Rafflesia ini dijaga oleh Orang Asli Kampung Redip sejak turun temurun. Time kiteorang sampai macam kecewa kejap sebab banyak Bunga Rafflesia masih belum mekar dan ada juga yang dah busuk. 






Tapi dekat hujung hujan tu ada sekuntum Bunga Rafflesia yang sudah  mekar kembang. Fuhhh kagum kejap dapat tengok depan mata. Bukan senang nak sampai ke sini .Aku difahamkan saiz yang ini tidaklah terlalu besar seperti kebiasaan



Aku tak kisah sangat janji dapat tengok secara dekat. Ni pun dah besar apatah lagi saiznya yang sebenar. So kalau korang nak tengok Bunga Rafflesia dan mendalami cara hidup orang Asli bolehlah datang ke Kampung Redip Gua Musang Kelantan. Macam - macam ada! 

Terima kasih Tourism Malaysia dan Tourism Malaysia Kelantan atas jemputan ini! 


0 Budak Rambut Pacak Komen: