Total Pageviews

Daftar TONTON VIP Dan Dapat Baucer !

Siapa layan TONTON? Sebenarnya nak bagitau korang yang portal video nombor satu Malaysia, yang kini mempunyai lebih dari 5.9 juta pengguna meneruskan satu lagi usahasama bersama rangkaian membeli-belah inovatif, CJ WOW Shop memberi sesuatu yang istimewa dan best  kepada korang sempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tarikh 16hb. September 2016.



Tau tak CJ WOW Shop tu apa ? Ala rancangan jualan dekat siaran media prima tu. So kepada korang yang menjadi seribu ahli pertama yang melanggan pakej tonton VIP dari 16 hingga 30 September 2016 bakal membawa pulang sekeping baucar membeli-belah bernilai RM30 dari CJ WOW Shop




Dan seribu pelanggan bertuah ini  akan  mendapat informasi selanjutnya melalui emel yang akan diedarkan pada minggu pertama bulan Oktober hadapan. Haa best kan? Bolehlah shopping dekat CJ WOW Shop ni 

 Pelanggan tonton VIP akan mendapat lebih banyak keistimewaan seperti pas eksklusif ke konsert dan majlis anugerah antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin, selain diskaun istimewa ketika berkunjung ke Karnival Jom Heboh - Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh

Nampak tak keistimewaan dia? Bukan tu saja, kalau korang jadi ahli TONTON VIP, korang akan dapat akses penuh ke arkib tonton yang mempunyai lebih dari 23,000 jam drama, filem serta rancangan hiburan tempatan. Dan berpeluang untuk menyaksikan kesemua episod drama terbaru di TONTON beberapa bulan lebih awal dari siaran televisyen. 


Lebih hebat lagi, buat ahli TONTON VIP, korang  boleh memuat turun rancangan kegemaran korang di telefon pintar menerusi aplikasi terbaru tonton untuk peranti iOS dan Android bagi menyaksikannya walaupun tanpa data internet.Hebatnya! 


Sempena Hari Malaysia ini, ada beberapa dokumentari best antaranya ialah It’s A Date, program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran. 

Keunikan Malaysia turut ditonjolkan di TONTON menerusi rancangan yang memaparkan keindahan tanah air kita dari segi budaya hinggalah ke hidangan istimewa. Antaranya Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Homecoming dan Let’s Cycle.


So jom langgan sekarang TONTON, dan nikmati kesitimewaan sebagai ahli TONTON VIP di Hari Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut mengenai TONTON VIP dan CJ WOW Shop, layari 
dan 

No comments: