February 22, 2017

Makanan Halal Di Taiwan

 Siapa pernah mengimpikan untuk pergi bercuti di Taiwan? Kalau Ya ini berita baik untuk korang sebab AirAsiaGo dengar cerita sedang mempromosikan Taiwan sebagai destinasi pelancongan pilihan bagi 2017. Kalau nak tahu, korang kena baca sampai habis




Bercakap mengenai Taiwan, mesti korang akan terfikir senang ke untuk mencari makanan halal di Taiwan? Jawapannya mudah! Sebabnya pengalaman ke Taiwan baru – baru ini aku tidak mengalami kesukaran untuk mencari makanan halal. Malah kebanyakan tempat seperti di Yilan dan Taipei mempunyai beberapa restoran dan hotel yang mempunyai konsep halal.

Disini aku senaraikan restoran makanan halal di Taiwan yang sempat aku jelajah dan survey

Yilan

1.    Shangri - La Leisure Farming




Bukan sekadar hotel biasa, kerana hotel ini turut menyediakan restoran halal. Mereka turut peka dengan sensitiviti muslim yang menitik beratkan isu makanan. Disini mereka telah menyediakan menu khas untuk pelancong yang beragama Islam dan turut mengasingkan dapur masakan mereka. Menu nya juga sedap - sedap belaka! 




 Alamat:
No. 168 Meishan Rd.,
Dongshan Township,
Yilan County 269,
Taiwan

Website :

Facebook :

2.    Toucheng Leisure Farm

Salah satu tempat kegemaran aku  jika bercakap mengenai restoran halal di Yilan. Layanan mereka di sini sungguh mesra dan membuatkan rasa kekok hilang serta merta. Restoran di sini diiktiraf sebagai halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association dan menu disini sedap! 




Malah disini juga disediakan ruangan solat yang berasingan untuk lelaki dan perempuan yang begitu besar sesuai untuk sembahyang berjemaah. 









Jujur aku cakap , aku sukakan konsep mereka yang begitu prihatin dengan pelancong muslim. Jika ke sini jangan lupa untuk explore kemudahan disini yang begitu unik .

 Toucheng Leisure Farm

Alamat:
125 Ken Hsin Road,
Toucheng, 261 YIlan,
Taiwan

Facebook :

Website :

3. Mushroom Pot Organic Restaurant 

Boleh dikatakan rata - rata orang di sini ramah belaka. Kunjungan ke Mushroom Pot Organic Restaurant juga tidak dirancang. Apabila mereka mengetahui kunjungan aku  kesini, lantas peluang diambil oleh Mushroom Pot Organic Restaurant untuk memperkenalkan restoran mereka. Buat  korang  yang sukakan sayuran dan makanan yang segar, aku  cadangkan korang untuk kesini dan mencuba sendiri keenakannnya.






Malah aku sendiri turut berpeluang masuk ke dalam dapur mereka untuk melihat penyediaan makanan yang berlandaskan muslim dan halal sebagai tanda mereka turut menggalakkan pelancongan muslim datang ke sini 



Untuk pengetahuan korang, pemilik restoran ini antara pencetus makanan muslim yang pertama di Yilan dan telah menerima beberapa pengiktirafan atas usaha beliau. Malah di Shangri La juga beliau yang memulakan konsep makanan muslim ini.

Facebook :


Haoke Sanshing B&B 

Apa kata korang menginap terus disini? Selain B&B yang begitu selesa, Haoke Sanshing juga mengamalkan sistem muslim friendly dimana mereka turut menyediakan makanan dan dapur khas untuk muslim dengan mengasingkannya. 








Malah ketika aku menginap disini, kelihatan sebuah keluarga dari Indonesia turut menginap disini. Ternyata Haoke Sanshing sudah dikenali ramai khususnya buat pelancong muslim

Website :




Jika korang ingin mencari makanan ringan seperti mee segera atau ingin masak di Yilan, anda boleh dapatkan bekalan makanan halal yang boleh didapati di toko indonesia berhampiran Hospital di bandar Yilan . Di Yilan terdapat ramai warga Indonesia yang bekerja di sini sebagai pembantu rumah dan pembantu hotel 

Taipei
Datang ke Taiwan tak sah kalau tak mencuba Beef Noodle . So mana nak dapatkan yang halal? Korang boleh cuba di  Restoran Mi Daging Lembu Ai-Jia Qingzhen di Seksyen 4 Chunghsiao E. Road di Taipei.

Restoran ini dikendalikan oleh seorang warga emas tempatan berusia 80-an bernama Yusuf Ai bersama keluarganya adalah antara restoran yang menghidangkan mi daging paling berkualiti dan enak.  Bukan itu saja, Restoran ini  pernah dinobatkan sebagai antara 10 kedai mi daging terbaik di Taipei.


Mana tidaknya, restoran yang usianya sudah 50 tahun itu menjadi tempat kegemaran bukan sahaja orang Islam untuk menikmati mi tersebut, malah turut menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.

Selain itu korang boleh mencuba 'Ali Baba Indian Kitchen', 'Aaleja Pakistani' & Indian dan 'Sarena Indian & Pakistani Halal Restaurant' 'Tai Huang Restaurant', 'Tai Xiang Yun Restaurant', 'Thai Food House', dan 'Yuntai Muslim Food'.



Banyak pilihan kan? Kalau susah sangat, korang cari je Masjid di Taipei, kawasan berhampiran pun banyak restoran dan makanan halal yang boleh diperolehi

Actually  bagi muslim kalau nak travel ke mana - mana pun kita mempunyai banyak pilihan dan masalah makanan dan sebagainya bukanlah satu alasan untuk terus mengembara kan?



Haa untuk korang yang plan nak ke Taiwan tu, inilah masanya. Dengar cerita musim Cherry Blossom dah hampir tiba dan Taiwan adalah salah satu destinasi yang korang boleh tengok Cherry Blossom ini.  So dekat mana nak tengok Cherry Blossom ni? Jangan tak tahu Taipei dan Yilan pun ada tau. Especially di Taiping Mountain.





 Aku pernah ke sana, dan sangat cantik. Kalau time tu pun dah cantik, apatah lagi kalau time Cherry Blossom ni kan? Mesti lagi cantik!!


Selalunya Musim Cherry Blossoms ni berlaku p ada hujung Februari hingga April . Jadi Taiwan mengalu –alukan kedatangan para pelancong untuk melihat sendiri Cherry Blossoms yang tumbuh mekar




Sempena dengan musim Cherry Blossoms ini, AirAsiaGo menawarkan North Asia Sale yang bagi aku memang murah! Mana tidaknya dengan bermula harga serendah RM799 per pax, korang akan dapat return flight, penginapan 4 hari termasuklah tax ke Jepun, Taiwan ataupun Korea.

Murahkan? Jadi inilah peluang korang untuk ke sana dengan harga penjimatan yang ditawarkan oleh AirAsiaGo. Bila lagi nak merasa?

Korang dah boleh booking tiket ke sana tau sebab promosi ini bermula pada 20 February  sehingga 15 March 2017 sah untuk perjalanan 7 February  hingga 5 May 2017. Jangan lepaskan peluang tau! Untuk booking dan maklumat lanjut korang boleh refer link ini https://goo.gl/tFlWnc . Jom ke Taiwan!

3 Budak Rambut Pacak Komen:

Sally Samsaiman said...

aku masa g Taiwan, hilang 4kg dalam masa 7 hari...hahaha..bukan sbb x jmpe maknan halal tp sbb semua mhal :(

Unni Anje said...

Xtahu la bila dpt g penang

Jueliza Jamani said...

bestnya... tgk gambar jer lah..