Total Pageviews

Resipi Air Limau Madu Laici Pokka

Haa musim panas macam ni kan, memang tekak sentiasa haus, lepas tu nak cari minuman yang menyegarkan je. Kali ini aku nak berkongsi dengan korang, resipi simple menggunakan Produk Pokka



Sedap. segar dan berkhasiat. Nama pun Limau Madu Laici, banyak khasiatnya. Menu utama disini aku gunakan Produk Pokka, Minuman Limau Madu. Dekat mana nak cari? Korang boleh dapatkan produk minuman Pokka di pasaraya utama dan di kedai runcit. 

Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat Air Limau Madu Laici Pokka  (Untuk 2 orang minum ) 



1. 1 botol Minuman Pokka Limau Madu ( Tapi hanya gunakan setengah. kalau korang nak buat banyak gunakan saja satu botol0 

2. 1 tin laici 

3. Ais 


Cara - caranya : 


  1.  Mula - mula korang toskan dahulu laici dan asingkan airnya. Tetapi jangan dibuang ya airnya
  2. Masukkan laici ke dalam blender , Then masukkan setengah botol Minuman Pokka Limau madu bersama - sama air laici tadi. Kemudian blend sampai hancur 
  3. Dah pun siap! Hidangkan bersama - sama air dan nikmatinya begitu sahaja! 



Sebenarnya kalau ada Daun Pudina lagi sedap. Lagi segar. Mudah kan resipi ini? Boleh cuba di waktu panas ni! 


Untuk ketahui lebih banyak lagi produk Pokka korang boleh tengok instagram aku, @khaiartzfar dan cari #PokkaMY . Selamat mencuba! 

No comments: