• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

February 28, 2017

Majlis Perkahwinan Lebih Mudah Dengan Projek Kahwin

Siapa nak kahwin? Haa kalau korang bercadang untuk mendirikan rumahtangga, nak cari wedding planner, korang kena baca entry ini sampai habis!

Korang perasan tak? Nak uruskan sesuatu persiapan majlis perkahwinan bukanlah satu kerja yang senang kan. Banyak benda yang perlu difikirkan supaya majlis korang sempurna dan berjalan lancar. Maklumlah kahwin kot bukannya selalu dibuat kan? Nak cari pakej perkahwinan pun bukanlah perkara mudah





Disebabkan itu, maka wujudlah portal Projek Kahwin yang  berfungsi untuk memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet korang yang sesuai.










Kalau korang perasan, kebanyakkan  bakal pengantin hanya mencari pakej yang sesuai untuk mereka seperti bertanya kepada kawan  yang sudah pun melangsungkan majlis perkahwinan atau pergi ke pameran pengantin untuk mencari perkhidmatan dan pakej kahwin yang sesuai. So lepas ni dengan adanya Portal Projek Kahwin, kerja korang lebih mudah



Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

Portal Projek Kahwin diwujudkan bagi memudahkan bakal pengantin macam korang untuk mencari dan memilih wedding planner behampiran dengan korang










Memudahkan dan menjimatkan masa itulah target sebenar portal Projek Kahwin ini yang ingin membantu bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis mereka.
Dengan portal ini kan lebih mudah untuk bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis mereka siap boleh pilih wedding planner, butik pengantin, katering, photographer, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya.




Projek Kahwin Membantu Pengusaha Bumiputra

Idea portal Projek Kahwin ini wujud setelah menyedari kurangnya laman web yang menjadi tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra.Betul kan?

Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna

Jadi Projek Kahwin diwujudkan bagi membantu pengusaha bumiputra untuk meluaskan lagi perniagaan dan jenama dorang ke serata Malaysia dan juga luar negara.







Aku berani cakap sebenarnya ramai dikalangan bakal pengantin tak cukup masa untuk menguruskan majlis perkahwinan dan kurangnya pendedahan kepada pengusaha produk perkahwinan kerana tidak banyak sumber yang memudahkan dorang untuk mencari pengusaha produk perkahwinan ini mengikut perkhidmatan yang diperlukan.




Kalau bakal pengantin ingin tahu lebih dekat mengenai vendor ini, dorang boleh lihat terus akaun facebook dan instagram vendor ini dan bakal pengantin juga boleh terus hubungi vendor untuk bertanya kepada mereka dengan jelas dan terperinci.mudah!


Demi memastikan portal Projek Kahwin ini mudah diakses, ianya telah dibina dengan fungsi-fungsi yang mesra pengguna yang diantaranya adala seperti smartphone friendly. So lepas ni Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai smartphone tak kiralah iPhone, Samsung, ipad dan sebagainya.


Portal Projek Kahwin juga bakal mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari portal Projek Kahwin dengan lebih lancar.



Fungsi-fungsi ini disediakan bagi  memudahkan bakal pengantin mencari vendor perkahwinan yang sesuai dimana disini bakal pengantin akan didedahkan dengan maklumat syarikat seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka. So tak perlu risau kena tipu ke apa



Jadinya portal Projek Kahwin ini dibina bagi memudahkan dan menjimatkan masa bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk mereka mengikut citarasa dan bajet yang sesuai. Untuk korang yang nak kahwin atau sedang merancang majlis perkahwinan , silalah gunakan surf portal Projek Kahwin. Semoga dipermudahkan ya!


untuk maklumat lanjut layari


February 27, 2017

Dashing Elite Men Shampoo Mengatasi Masalah Rambut Lelaki

Bercakap mengenai masalah rambut lelaki , memang ramai yang cari jalan untuk menyelesaikannya. Salah satu caranya adalah menggunakan produk rambut yang sesuai.

Bagi aku sendiri , bergelar social media influencer dan berjumpa dengan ramai client , memenuhi undangan setiap hari. Penjagaan rambut harus dititikberatkan. Baik dari bagaimana korang menggayakan rambut dan bagaimana korang mencuci rambut . 



Manakan tidak, bagi aku yang sememangnya pengguna wax tegar, kena pastikan rambut dicuci setiap hari sebelum tidur dan sebagainya bagi menggelakkan masalah rambut berlaku. Jadi kalau korang ingat lelaki ni jaga rambut senang je. haa tipulah tipu

Bila pakai wax, nak cuci dia korang kena pastikan yang produk tu berkesan or else nanti kesannya wax itu masih ada di rambut. Selain itu, pada korang yang ada masalah rambut jangan main suka hati je ambik shampoo. Aku pun pernah gak, nak jimat punya pasal, cari shampoo paling murah. Pada yang tak ada masalah rambut, okaylah. Tapi yang ada? haaaa padah menanti 



Untuk itu aku recommend kan untuk korang memakai Dashing Elite Men Shampoo yang didatangkan dengan dua variasi pilihan sesuai untuk lelaki yang mempunyai masalah rambut. Perkenalkan  Dashing ELITE Men Anti-Dandruff Shampoo dan Dashing ELITE Men Anti-Hairfall Shampoo . Untuk korang yang ada masalah keguguran rambut memang sesuai pakai shampoo ini kerana ia mengandungi Advanced Micro Protein yang berfungsi untuk mengurangkan keguguran rambut, dan rambut rosak. 




Untuk korang yang pemakai wax atau gel rambut tegar, disyorkan untuk menggunakan Dashing ELITE Men Anti-Hairfall Shampoo ini. Memang berkesan!


Bagi yang mempunyai masalah kelemumur, kulit kepala gatal dan menggelupas pula disarankan untuk menggunakan Dashing ELITE Men Anti-Dandruff . 



Bukan sahaja dapat merawat masalah rambut, malah korang akan rasa lebih segar selepas menggunakan Dashing Elite Men Shampoo. Terbaik! 


Apa yang aku boleh katakan mengenai Dashing Elite Men Shampoo ini. Berkesan, jimat dan efektif! Malah sebagai kaki travel, ianya mudah dibawa dan yang pasti kalau penat ke apa, selepas menggunakan Dashing Elite Men Shampoo, segalanya menyegarkan! Serious!



So kalau nak dapatkan produk ini, korang boleh dapatkan di pasaraya berdekatan. Upcoming nanti aku share pula produk penjagaan rambut lelaki yang aku sendiri pakai

February 25, 2017

Pelakon Suri Hati Mr Pilot Kini Dengan Produk Kesihatan Go-S

Siapa tengok Drama Suri Hati Mr Pilot yang menjadi fenomena rakyat Malaysia . Malah selepas drama ini, pelakon- pelakon Suri Hati Mr Pilot masing - masing terkena tempias drama popular ini 



Terkini, salah seorang pelakon Drama Suri Hati Mr Pilot, Ben Amir yang memegang watak Dr Muslim  telah mengeluarkan produk kesihatan sendiri yang diberi nama gO - S. Bagi memperkenalkan produk ini kepada umum satu majlis Ramah Mesra Bersama Ben Amir Serta Sesi Pelancaran Produk Kesihatan gO-S telah diadakan  baru - baru ini 


Kalau korang nak tahu, majlis yang turut dihadiri rakan artis dan media telah diperkenalkan kepada semua tentang produk baru keluaran Farbel Rich Sdn Bhd. gO-S yang bermaksud "Go Sihat" dan "Go Sejahtera" berfungsi untuk  membantu rakyat Malaysia mengamal pengambilan makanan tambahan secara sihat.


Fakta mengenai gO-S

  • diformulasikan daripada 100% extract bahan organik untuk membantu pengguna mendapatkan berat badan yang ideal dan mengekalkan keawetan wajah.
  •  Produk ini adalah produk Malaysia yang dihasilkan di kilang bertaraf GMP dan OEM  
  • diluluskan oleh KKM
  • Memberikan tenaga sepanjang hari dan meningkatkan metabolisma badan.
  • Membantu membaik pulih sistem penghadaman.
  • Mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Membantu menyingkirkan toksid dan kolestrol dalam badan.
  • Mengawal kadar gula dalam badan.
  • Melawan penyakit kanser.
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin dari dalam badan.



Aku sempat la merasa produk gO-S ni. Sedap! Rasa macam Buah Markisa. Untuk makluman korang, Ben Amir merupakan Co-Founder produk Go-S ni dan Datin Farrah Razali merupakan founder gO-S. 


So kalau korang berminat untuk dapatkan produk ini , bole dapatkan maklumat pembelian di 
Web : http://farbelrich.com/

February 24, 2017

Sedapnya Minuman Pokka !

Disebabkan ada yang bertanya mengenai minuman jenama Pokka, kali ini aku kongsikan dengan korang pilihan minuman berjenaman Pokka



Kalau korang nak tahu, Pokka ni ada banyak pilihan minuman. Selain Limau Madu yang aku kongsikan baru - baru ini, Pokka juga terkenal dengan minuman aneka coffee seperti Kopi Susu dan Cappucino

Selain itu, terdapat juga perisa Cookies & Cream dan Tembikai Susu. So far tak mengecewakan. Sedap! 

Untuk korang peminat teh, jangan lupa untuk mencuba Green Tea! Aku still ingat pernah borong dua kotak besar Green Tea ni lepas tu sedekah dekat students. Hahaha mula - mula tak suka lepas tu jatuh cinta. Sebab rasa fresh. 


bawa kemana - mana haa 


Yang bestnya lagi korang tak perlu risau produk ini perlu disejukkan terlebih dahulu ke apa, Sebabnya ianya mesra travel dan boleh diminum begitu sahaja. Tapi jangan pula korang letak bawah sinaran cahaya matahari, mana - mana produk pun tak tahan. hehehee. So kalau dah buka, make sure simpan di dalam peti sejuk ya.



Paling penting produk ini tiada bahan pengawet, tiada pewarna tambahan, dan disahkan Halal oleh JAKIM 


So untuk maklumat lanjut mengenai produk Pokka ini korang boleh  layari 

Website: http://www.pokka.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/POKKAMY/

Resipi Air Limau Madu Laici Pokka

Haa musim panas macam ni kan, memang tekak sentiasa haus, lepas tu nak cari minuman yang menyegarkan je. Kali ini aku nak berkongsi dengan korang, resipi simple menggunakan Produk Pokka



Sedap. segar dan berkhasiat. Nama pun Limau Madu Laici, banyak khasiatnya. Menu utama disini aku gunakan Produk Pokka, Minuman Limau Madu. Dekat mana nak cari? Korang boleh dapatkan produk minuman Pokka di pasaraya utama dan di kedai runcit. 

Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat Air Limau Madu Laici Pokka  (Untuk 2 orang minum ) 



1. 1 botol Minuman Pokka Limau Madu ( Tapi hanya gunakan setengah. kalau korang nak buat banyak gunakan saja satu botol0 

2. 1 tin laici 

3. Ais 


Cara - caranya : 


  1.  Mula - mula korang toskan dahulu laici dan asingkan airnya. Tetapi jangan dibuang ya airnya
  2. Masukkan laici ke dalam blender , Then masukkan setengah botol Minuman Pokka Limau madu bersama - sama air laici tadi. Kemudian blend sampai hancur 
  3. Dah pun siap! Hidangkan bersama - sama air dan nikmatinya begitu sahaja! 



Sebenarnya kalau ada Daun Pudina lagi sedap. Lagi segar. Mudah kan resipi ini? Boleh cuba di waktu panas ni! 


Untuk ketahui lebih banyak lagi produk Pokka korang boleh tengok instagram aku, @khaiartzfar dan cari #PokkaMY . Selamat mencuba! 

February 22, 2017

Makanan Halal Di Taiwan

 Siapa pernah mengimpikan untuk pergi bercuti di Taiwan? Kalau Ya ini berita baik untuk korang sebab AirAsiaGo dengar cerita sedang mempromosikan Taiwan sebagai destinasi pelancongan pilihan bagi 2017. Kalau nak tahu, korang kena baca sampai habis




Bercakap mengenai Taiwan, mesti korang akan terfikir senang ke untuk mencari makanan halal di Taiwan? Jawapannya mudah! Sebabnya pengalaman ke Taiwan baru – baru ini aku tidak mengalami kesukaran untuk mencari makanan halal. Malah kebanyakan tempat seperti di Yilan dan Taipei mempunyai beberapa restoran dan hotel yang mempunyai konsep halal.

Disini aku senaraikan restoran makanan halal di Taiwan yang sempat aku jelajah dan survey

Yilan

1.    Shangri - La Leisure Farming




Bukan sekadar hotel biasa, kerana hotel ini turut menyediakan restoran halal. Mereka turut peka dengan sensitiviti muslim yang menitik beratkan isu makanan. Disini mereka telah menyediakan menu khas untuk pelancong yang beragama Islam dan turut mengasingkan dapur masakan mereka. Menu nya juga sedap - sedap belaka! 




 Alamat:
No. 168 Meishan Rd.,
Dongshan Township,
Yilan County 269,
Taiwan

Website :

Facebook :

2.    Toucheng Leisure Farm

Salah satu tempat kegemaran aku  jika bercakap mengenai restoran halal di Yilan. Layanan mereka di sini sungguh mesra dan membuatkan rasa kekok hilang serta merta. Restoran di sini diiktiraf sebagai halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association dan menu disini sedap! 




Malah disini juga disediakan ruangan solat yang berasingan untuk lelaki dan perempuan yang begitu besar sesuai untuk sembahyang berjemaah. 









Jujur aku cakap , aku sukakan konsep mereka yang begitu prihatin dengan pelancong muslim. Jika ke sini jangan lupa untuk explore kemudahan disini yang begitu unik .

 Toucheng Leisure Farm

Alamat:
125 Ken Hsin Road,
Toucheng, 261 YIlan,
Taiwan

Facebook :

Website :

3. Mushroom Pot Organic Restaurant 

Boleh dikatakan rata - rata orang di sini ramah belaka. Kunjungan ke Mushroom Pot Organic Restaurant juga tidak dirancang. Apabila mereka mengetahui kunjungan aku  kesini, lantas peluang diambil oleh Mushroom Pot Organic Restaurant untuk memperkenalkan restoran mereka. Buat  korang  yang sukakan sayuran dan makanan yang segar, aku  cadangkan korang untuk kesini dan mencuba sendiri keenakannnya.






Malah aku sendiri turut berpeluang masuk ke dalam dapur mereka untuk melihat penyediaan makanan yang berlandaskan muslim dan halal sebagai tanda mereka turut menggalakkan pelancongan muslim datang ke sini 



Untuk pengetahuan korang, pemilik restoran ini antara pencetus makanan muslim yang pertama di Yilan dan telah menerima beberapa pengiktirafan atas usaha beliau. Malah di Shangri La juga beliau yang memulakan konsep makanan muslim ini.

Facebook :


Haoke Sanshing B&B 

Apa kata korang menginap terus disini? Selain B&B yang begitu selesa, Haoke Sanshing juga mengamalkan sistem muslim friendly dimana mereka turut menyediakan makanan dan dapur khas untuk muslim dengan mengasingkannya. 








Malah ketika aku menginap disini, kelihatan sebuah keluarga dari Indonesia turut menginap disini. Ternyata Haoke Sanshing sudah dikenali ramai khususnya buat pelancong muslim

Website :




Jika korang ingin mencari makanan ringan seperti mee segera atau ingin masak di Yilan, anda boleh dapatkan bekalan makanan halal yang boleh didapati di toko indonesia berhampiran Hospital di bandar Yilan . Di Yilan terdapat ramai warga Indonesia yang bekerja di sini sebagai pembantu rumah dan pembantu hotel 

Taipei
Datang ke Taiwan tak sah kalau tak mencuba Beef Noodle . So mana nak dapatkan yang halal? Korang boleh cuba di  Restoran Mi Daging Lembu Ai-Jia Qingzhen di Seksyen 4 Chunghsiao E. Road di Taipei.

Restoran ini dikendalikan oleh seorang warga emas tempatan berusia 80-an bernama Yusuf Ai bersama keluarganya adalah antara restoran yang menghidangkan mi daging paling berkualiti dan enak.  Bukan itu saja, Restoran ini  pernah dinobatkan sebagai antara 10 kedai mi daging terbaik di Taipei.


Mana tidaknya, restoran yang usianya sudah 50 tahun itu menjadi tempat kegemaran bukan sahaja orang Islam untuk menikmati mi tersebut, malah turut menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.

Selain itu korang boleh mencuba 'Ali Baba Indian Kitchen', 'Aaleja Pakistani' & Indian dan 'Sarena Indian & Pakistani Halal Restaurant' 'Tai Huang Restaurant', 'Tai Xiang Yun Restaurant', 'Thai Food House', dan 'Yuntai Muslim Food'.



Banyak pilihan kan? Kalau susah sangat, korang cari je Masjid di Taipei, kawasan berhampiran pun banyak restoran dan makanan halal yang boleh diperolehi

Actually  bagi muslim kalau nak travel ke mana - mana pun kita mempunyai banyak pilihan dan masalah makanan dan sebagainya bukanlah satu alasan untuk terus mengembara kan?



Haa untuk korang yang plan nak ke Taiwan tu, inilah masanya. Dengar cerita musim Cherry Blossom dah hampir tiba dan Taiwan adalah salah satu destinasi yang korang boleh tengok Cherry Blossom ini.  So dekat mana nak tengok Cherry Blossom ni? Jangan tak tahu Taipei dan Yilan pun ada tau. Especially di Taiping Mountain.





 Aku pernah ke sana, dan sangat cantik. Kalau time tu pun dah cantik, apatah lagi kalau time Cherry Blossom ni kan? Mesti lagi cantik!!


Selalunya Musim Cherry Blossoms ni berlaku p ada hujung Februari hingga April . Jadi Taiwan mengalu –alukan kedatangan para pelancong untuk melihat sendiri Cherry Blossoms yang tumbuh mekar




Sempena dengan musim Cherry Blossoms ini, AirAsiaGo menawarkan North Asia Sale yang bagi aku memang murah! Mana tidaknya dengan bermula harga serendah RM799 per pax, korang akan dapat return flight, penginapan 4 hari termasuklah tax ke Jepun, Taiwan ataupun Korea.

Murahkan? Jadi inilah peluang korang untuk ke sana dengan harga penjimatan yang ditawarkan oleh AirAsiaGo. Bila lagi nak merasa?

Korang dah boleh booking tiket ke sana tau sebab promosi ini bermula pada 20 February  sehingga 15 March 2017 sah untuk perjalanan 7 February  hingga 5 May 2017. Jangan lepaskan peluang tau! Untuk booking dan maklumat lanjut korang boleh refer link ini https://goo.gl/tFlWnc . Jom ke Taiwan!