Baju Raya 2018 : Koleksi PrimaValet Untuk Raya Sangat Menarik!



 Tidak lama lagi, kita bakal menyambut bulan Ramadan dan seterusnya Aidilfitri. Korang masih ingat dengan koleksi baju raya Fattah Amin, Shaheizy Sam dan ramai lagi selebriti keluaran PrimaValet?




PrimaValet Lancar Koleksi Raya

Berita baik untuk korang, tahun ini sekali lagi PrimaValet tampil memberi kemeriahan raya dengan menampilkan koleksi Raya 2018 dalam acara pelancarannya baru – baru ini.




 Aku pun turut berkesempatan hadir ke acara fesyen ini dan sememangnya meriah dengan kehadiran lebih dari 800 tetamu termasuk selebriti terkenal tanah air.

126 Model Peragakan Busana Raya

Menariknya mengenai koleksi raya hub fesyen terbesar di Malaysia ini,  ianya telah diperagakan oleh 126 model sekali gus menampakkan koleksi tahun ini lagi gempak daripada tahun lepas. 



Ramai kan? Aku sendiri pakai baju daripada PrimaValet tahun lepas dan memang sedap dan kena dengan citarasa. Pada malam pelancaran tersebut, antara koleksi yang dipertontonkan adalah Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, Baju Kanak-kanak koleksi sedondon keluarga, dan juga himpunan koleksi baju kurung berasaskan fabrik saree. Menarik kan?

PrimaValet Perkenalkan Artis Terkenal Sebagai Duta

Kalau tahun lepas ramai selebriti terkenal menjadi duta PrimaValet, tahun ini lebih ramai selebriti menghiasi PrimaValet. 




Antaranya adalah Zul Ariffin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak mereka, Aqeef Anaqi, Asad Mowtah,Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie dan PrimaValet sekali lagi mengekalkan Asyallie dan Shahiezy Sam.




Lebih Dari 70 Koleksi Bermula 1 Mei

Untuk syawal tahun ini,  PrimaValet telah melancarkan lebih dari 70 koleksi dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk korang yang ingin dapatkannya dengan lebih awal, koleksi ini boleh didapati bermula 1 Mei ini sehinggalah pada ambang syawal nanti.








Shopping Di Prima Valet

Untuk korang yang ingin dapatkannya, boleh terus ke outlet terbesarnya di Ostia Bangi. Atau korang boleh je ke cawagannya di Senawang, Negeri Sembilan, Koa Bharu Kelantan dan yang terbaru telah dibuka pada 5 Mei baru-baru ini di Wangsa 118, Wangsa Maju. 







Jauh? Tak ada masa? Jangan risau sebab korang boleh beli online di www.primavalet.com atau melalui ejen dan personal shopper rasmi PrimaValet. Tak sabar nak pergi ke butik dan tengok sendiri koleksi PrimaValet! 

Gambar  : https://www.facebook.com/azuddin.ahmadzin/photos_albums

19 comments:

nor nazliana said...

hurmm sudah jatuh hati dengan baju2 melayu primavalet ni..tp agak-agak harganya ok ka dak..tapi seriuss cun habis baq hang

Shesyira As said...

Suka la tengok koleksi prima valet ni cantik dan modern.warna fua pun sesuai dengan design.patut beli satu ni

luqman zakaria said...

koleksi yang diperagakan memang cantik2 semua. kalau dapat satu buat raya nih best..tapi kan ramainya artis yang jadi duta..mesti letop primavalet nih!

Afizah Abd Rahman said...

Thanks atas perkongsian. Nak terjah Primavalet Bangi lah nanti sebab dekat dengan rumah. Banyak juga jenama yang mengambil bahagian dalam koleksi lebaran 2018 yer. Cantik-cantik semuanya.

Ezna Ahmad Khalili said...

Banyak juga pilihan kat sini kebetulan Primavalet ni memang berdekatan dengan rumah. Boleh terjah nanti. Ramai artis2 yang mereka perkenalkan tu. Moga boom sales Primavalet nanti.

emi said...

Lawa2 kot baju kat primavalet ni. Haritu ada nampak nisa kay tak silap, update pasal event nikat igstory. Suka tengok baju2 yang diperagakan oleh model kat fashion show ni. Tapi dekat primavalet tak silap harganya boleh tahan jugak kan untuk design2 baru.

JMR said...

wah, smart gak design primavalet ni..boleh carik baju raya utk kami anak beranak ni..harap harap ada saiz ..huhu

Ana Suhana said...

Dah banyak mula keluarkan koleksi raya dipasarkan. PV antara yang mendapat sambutan hari ni sebab koleksi mereka cantik dan harga berpatutan.

AyuArjuna BiGoshh said...

jom khai kita pegi borong baju kat primavalet...skrg dah ada sedondon satu famili..bestnya heheheheheh..dah aim kaler tapi nak tengok design...dah primavalet semuanya ada

Nina Mirza said...

Wahh.... Cecantik laaa design dia. Nampak gaya memang kena singgah tengok sendiri depan mata. Tengok dari sini semua nya berkenan di hati. Payah nya buat pilihan... Huhuhuu

Kin Naz said...

Cantiknya koleksi baju raya tahun ni daripada primavalet. Semua design nampak eksklusif. Boleh intai-intai untuk tambah baju raya nanti. Harap la ada size kita.

Mrs Liez said...

cantik dan kemas je baju-baju tu semua. liez tgk pun berkenan je. kena tgg time nak raya nak g sambar sepasang dua.. harap2 la kurusss

Zharif Azis said...

Okay, sekarang jugak nak terjah website primavalet. Cantik2 betul design koleksi raya kali nie yer. Ada jugak yg sambar sampai berhelai-helai nie kang. Adushhhh habis lagi duit ku

Lia Hasty said...

Primavalet dah mula dikenali ramai bukan. Suka dangat dengan koleksi terbaru yang digayakan oleh barisan artis dan model. Nampak bergaya dan menarik. Kena dapatkan satu untuk hari raya yang bakal menjelang ni.

Rabiatul Adawiyah said...

Tahun ni tahun pertama ruby nak shopping baju raya di Prima Valet. Sebab ruby dah malas nak hantar tempah baju raya. Bleh hantar setahun awal pun tak siap-siap. Stress nak follow up. So eloklah shopping je baju siap. Hahaha

Betty Liew said...

This year collection from PrimaValet is exclusive and elegance. The best part, the priced is affordable to owe one. Congrats for PrimaValet for bring in a good designer. Their collection is good.

Absolute Yana said...

I am actually loving some of the collection and I am really considering to buy one of it. Raya kan dah dekat. Haahahha Oh! and on the side note, that baby is so cute!

Sunshine Kelly said...

Yes, all of them are so attractive and beautiful, i will check out their website coz i need some baju raya also.

Nurhasanah Ismail said...

baju raya seisi keluarga, telekung dan jubah lelaki pun ada. memang berbaloi ke primavalet. design pun simple yet eksklusif. dengan harga yang berpatutan konfem ramai serbu nak raya ni.