Total Pageviews

Akhirnya! Sunfeet Dedahkan Rahsia Masalah Kaki

To be honest sebelum aku datang ke talk yang dianjurkan oleh Sunfeet ini, aku assume semua kaki manusia adalah normal dan tahu akan ada beberapa peratus manusia yang mempunyai tapak kaki rata which means tak normal. Tetapi bila datang, dan dengar sendiri tahu tak yang kebanyakan daripada kita yang anggap normal, sekarang sudah menjadi tidak normal. Penyelesaiannya? Better check! 





Ceramah Dato Dr Edmund Dan Dr Liyana Tingkatkan Kesedaran 



Baru-baru ini entah kenapa aku tergerak hati untuk ke  Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Sunfeet sendiri mengenai kesihatan kaki. Disampaikan oleh  Dato Dr. Edmund Lee, Pakar Ortotik dan Protestik dan juga Dr. Liyana Dhamirah Amiruddin, seorang doktor perubatan dan juga doktor selebriti yang muncul dalam rancangan My Doctor . 



Kalaulah tak dengar pasal kesihatan kaki dan juga keadaan tapak kaki ni, aku sendiri takkan tahu apa yang terjadi pada diri ini dan juga berkongsi pada korang. 

Segalanya Bermula Dari Tapak Kaki! 



Untuk korang yang tidak tahu, kesihatan dan punca penyakit kita banyak bermula dari tapak kaki. Malah jika korang pergi refleksologi, dorang akan urut mengikut 'titik di tapak kaki' korang. Selain itu, bercakap mengenai tapak kaki, cuba tengok tapak tapak kaki korang sekarang. Tengok cepat, kalau tak kang aku kakikan... okay lawak je LOL. 



Keadaan tapak kaki korang tu rata sepenuhnya atau ada berlekuk sikit. Kalau rata semua its okay...tapi untuk korang yang ada lekuk dan perasan masih normal anda silap. Walaupun kita nampak lekuk sebenarnya tidak pun berlekuk kerana korang kena datang ke sini dan imbas tapak kaki korang untuk dapatkan keputusan yang tepat. 

Tapak Kaki Semakin Rata

Macam aku, pada mulanya macam nampak normal sebab mata kasar kalau lihat memang berlekuk. Tetapi bila dah imbas guna mesin yang disediakan di Sunfeet, terkejut weh! Sebabnya dia cakap tapak kaki dah semakin rata. Fuhhh terus cuak. 

Bahaya Atau Tidak Untuk Tapak Kaki Rata? 

Bercakap pasal tapak kaki rata bagai ni, mesti korang tertanya bahaya atau tidak untuk kita yang mempunyai ciri fizikal seperti itu bukan? Jawapannya adalah bahaya untuk jangka masa yang panjang. Terfikir tak kenapa anggota beruniform akan tolak permohonan mereka yang mempunyai tapak kaki yang rata? 



Sebabnya, selain dari gaya jalan yang agak berbeza, mereka yang mempunyai simptom ini juga cenderung untuk mempunyai masalah sakit lutut, sukar berjalan dan sebagainya. Untuk korang atau ahli keluarga yang mempunyai masalah ini, better check! 

Rawatan Tapak Kaki Rata 

Tetapi jangan risau. Untuk korang yang mempunyai masalah ini, ada rawatan dan pencegahannya. Sebab itulah adanya Sunfeet! Selepas pemeriksaan, mereka akan menyarankan korang untuk menggunakan insole atau tapak kasut yang sesuai dengan tapak kaki kita sekaligus akan membantu menampung bahagian lengkungan pada tapak kaki kita yang tidak normal. 



Selain daripada insole, dekat sini pun ada jual kasut yang sememangnya telah direka khas . Jadi tidak perlulah mencari-cari kasut yang sesuai untuk tapak kaki korang. Jadi ingat, buat pemeriksaan sebelum terlambat! 

Sunfeet Malaysia - International Rehab Centre
Block C,18 jalan 19/1, Sek 19,
46300 Petaling Jaya, 
Selangor

Telefon:

No comments: