Total Pageviews

Le Meridien Putrajaya Sediakan Makanan Antarabangsa Yang Sedap Belaka!


Jika sebelum ini aku dah makan di Le Meridien Kuala Lumpur, kali ini perkenalkan pula Le Meridien Putrajaya. Untuk korang yang duduk di Putrajaya dan berhampiran rasa jauh nak ke Kuala Lumpur apa kata berbuka saja disini kerana menunya juga berlainan tema tau



Sajian Antarabangsa Di Le Meridien Putrajaya

Sempena dengan bulan puasa ini, Le Meridien Putrajaya telah menyediakan lebih dari 100 menu hidangan berbuka setiap hari. 






Menariknya lagi, tema tahun ini adalah sajian antarabangsa dimana korang yang teringin nak makan sesuatu menu di negara orang, tapi jauh, tak halal dan sebagainya kali ini Le Meridien Putrajaya bawakan istimewa untuk korang.

Menu Wajib Cuba




Untuk setiap hotel, suka untuk aku letakkan menu wajib cuba. Jadi di sini korang harus cuba ayam percik ala kelantan, nasi kebuli dengan kambing bakar, Oyster Omelette, Chicken Bao, Roti dan aiskrim durian dan banyak lagi! Oh ya aiskrim durian tu diperbuat daripada isi sebenar ya. Aku makan haritu terus ketagih urghhh





Harga Berbuka Di Le Meridien Putrajaya 

Untuk korang yang tertanya berapakah harganya, untuk dewasa  seorang adalah RM 168 nett dan kanak -kanak pula RM 84 nett. Untuk pemegang kad Cimb, Maybank, Hong Leong dan Citibank samada debit atau kad kredit ada diskaun khas menanti!





Jadi tempahlah segera dengan hubungi : 

603-8689 888/6847/6868 atau email dining.imputrajaya@lemeridien.com atau layari www.lemeridien.com

No comments: