Tak Boleh Dine-In Tapi Boleh Takeaway Di Grandmama's, Semuanya Sedap!

Berita pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga yang telah berkuatkuasa serta merta ternyata memberi impak kepada ramai pihak terutamanya mereka yang berada dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Take-Away Sahaja Di Grandmama's


Manakan tidak, segala punca risiko yang mungkin boleh terkena jangkitan wabak COVID-19 telah dikenalpasti. Tiada lagi bazar Ramadan, tiada lagi bazar Aidilfitri serta kita juga tidak lagi boleh makan di dalam kawasan restoran, kafe dan sebagainya demi mematuhi SOP. 

Tetapi itu tidaklah bermakna korang tidak boleh menikmati makanan yang enak serta promosi yang dijalankan oleh kebanyakan pengusaha. Ini termasuklah restoran Grandmama's yang telah memperkenalkan set menu Nasi Bukhari bermula 13 April hingga 12 Jun 2021. Lama bukan? So korang adalah masa untuk menikmati menu ini di Grandmama's. 

Empat Pilihan Set 



Untuk pilihan set, Grandmama's menyediakan empat pilihan Nasi Bukhari seperti : 

  1. Set Nasi Dulang bersama Kaki Kambing bakar tanpa tulang (RM95)
  2. Set Nasi Dulang bersama aneka makanan laut pedas (RM95)
  3. Set Nasi Dulang bersama Ayam Bakar Kunyit (RM65)
  4. Set Nasi Dulang bersama Rusuk Lembu yang diperap menggunakan resepi istimewa Chef (RM115)
Kesemua set ini didatangkan bersama Nasi Bukhari,  kerabu tomato, kuah kari, acar jelatah, sambal kicap cili dan air asam.

Tambahan Menu 

Nak rasa makanan lain? Boleh saja. Selain menu di atas, korang juga boleh cuba asam pedas ekor (RM58), udang masak kam heong (RM48), Tempoyak Ikan Patin (RM38), Gulai Ikan Tenggiri(RM38), Ayam Goreng Cili Berlada (RM24), Gulai Ayam(RM24) dan Masak Lemak Nenas Cili Padi(RM18). 

Teringin Nasi Bukhari tapi nak tambah lauk-lauk di atas? Boleh ja cuma tambah RM99.  Untuk set A korang akan dapat udang masak kam heong, gulai ayam dan kailan ikan masin manakala Set B akan dapat tambahan kari kepala ikan hot pot, masak lemak nenas cili padi dan ayam goreng cili berlada.Pilihan ini juga akan dapat kuih muih serta kurma percuma. Semua set ini sesuai untuk makan 4 hingga ke 5 orang. 

Ada ramai ahli keluarga mahupun duduk bersama-sama rakan? Jangan risau dengan tambahan RM189 dan  tempahan dua nasi dulang untuk Super Dulang Mewah Set A dan Super Dulang Mewah Set B, korang pun akan dapat menu tambahan lain. 


 Super Dulang Mewah Set A 
  • udang masak kam heong
  • ayam goreng cili berlada
  • kari sayur hot pot 
  • ayam masak masam manis
  • gulai ikan tenggiri
  • kuih muih serta kurma percuma
 Super Dulang Mewah Set B 
  • Udang putih masak cili tomato
  • tempoyak ikan patin 
  • gulai ayam 
  • daging masak lada hitam bersama gajus 
  • kailan ikan masin 
  • kuih muih serta kurma percuma
Menu 'Frozen Ready To Eat Meals' Pun Ada

Menariknya lagi, Grandmama's juga ada sediakan Ready To Eat Meals yang sudah disejukbeku. Tugas korang cuma panaskan atau goreng je balik. Rasa memang asli dan sedap! Aku tak tipu, kalau time raya korang nak hidangkan pun aku galakkan. Pilihan tersebut tersedia dengan 

  1. Ayam Goreng Berempah 
  2. Signature Deep Fried Drumstick
  3. Sambal Ikan Bilis 
  4. Ayam Masak Merah 
  5. Beef Rendang 
  6. Chicken Curry With Potatoes
  7. Chicken rendang

Alang-alang tu baik korang beli terus satu set, mudah lagi jimat. Untuk menu-menu ini korang boleh je beli secara atas talian atau walk-in sahaja cawangan Grandmama's berhampiran. 

Cawangan Grandmama's

Asyik cakap pasal makan je, dekat mana cawangan Grandmama's? Dia ada tiga cawangan tau iaitu di 

  • Pavilion Kuala Lumpur
  • The Intermark Mall Kuala Lumpur
  • KLIA Sepang
So untuk raya nanti, tak tau nak masak apa, korang beli je set Nasi Dulang Bukhari kalau rasa nak buat stock, beli terus yang frozen panaskan dah siap! Bijak kan? Memang sedap weh aku sendiri dah cuba kesemuanya and kena dengan tekak. Highly recommend! 

Maklumat lanjut : 
Website : www.grandmamas.com.my 


*Update 

Grandmama's telah perkenalkan menu promosi sempena PKP guys! Jangan lupa rebut peluang ini





14 comments:

Tekkaus said...

Wow if I were to live near that area, definitely I would order the glorious food to indulge in. They look super tasty. :D

saidila said...

Wow Grandmamams ni memang popular sangat kan. Tahu pun sebab kawan-kawan selalu bagitahu makan kat situ best tapi since sekarang semua kena PKP apa ada hal kan. Benda boleh tapau dah. Janji rasa dia maintain sedap macam kalau kita dine in.

Eiza GreenAppleKu said...

Kenapalah Penang dia tak nak buka cawangan ye. Syoklah orang kl dan sekitar. Best-best menu yang disediakan.

Bonde Zaidalifah said...

Menariklah pakej nasi dulang diatas...dapat free air dan mango pamelo tapi sayang area saya tak cover jauh

Bae Roslan said...

memang special betul pakej takeaway, terliur tengok menu yang ada di kedai ni, nanti boleh try

Mimie said...

Semua menu nampak sedap di Grandmama's ni. Nasi dulang tu nampak sedap dan berbaloi kalau makan. Nasib baiklah semua cawangan di area KL. Kalau ada dinarea Seremban memang dah terjah

Rawlins GLAM said...

Hari tu Rawlins dah try dia nyer RTE, memang lazat, sama seperti kita makan kat restoran. Set dulang tu Rawlins dah ulang 2 kali hahaha

Siti Awadah said...

MENYELERAKAN! rambang mata dibuatnya ni. Lama dah tak makan dalam dulang gini. Kalau dekat boleh beli makan dengan famili.

Sis Lin said...

Memang set dulang gini laa paling best kalau takeaway.. di Johor pun ads set macam ni terjual takeaway.. tahun ni PKP belum lagi order dulang set ..
Tengok Khai tunjuk ni adeii terliur pulak.. harga pun berbaloi kann..

Lea said...

Macam-macam menu ada ye, bestnya. Siap ada pilihan sejuk beku. Mudah la nak order lepas nih rasa macam makan di kedai.

Ruby said...

Grandmama's ni memang sedap. Nak order lah set Nasi Dulang ngan Beef Ribs tu. Sebab daging nyicoh ngan air asam sodap belaka. Hehehe.

AyuArjuna BiGoshh said...

sedap ni kalau dapat order makanan kat sini. Nampak makanan yg ditawarkan juga nampak menarik dan sedap

Kitkat Nelfei said...

Wow! Senangnya ada Grandmama ni.. siap ada ready to eat meal some more! last sahur for this year boleh la order ni nanti...

iena eliena said...

menariknya tengok gambar foods..set set dia pun menarik.boleh la cuba nanti kalau malas masak :)