Total Pageviews

DAJJAL DI INDIA SUDAH MATI?



As - Salam kepada semua geng kipas susah mati bloggers , readers, braders dan sistah sekalian. berkenaan dengan tajuk diatas, macam biasa aku selalu terlambat mengetahui perkembangan terkini. tapi apa pun aku still nak tunjukkan korang pasal entry ini. kalau dulu korang dah baca pasal kononnya di India telah muncul seorang manusia yang dikatakan menyerupai dajal yang boleh menyembuhkan penyakit orang dan sebagainya(rujuk entry lepas ). tapi bila aku baca surat khabar baru - baru ini yang mengatakan jelmaan dajal atau dia lebih dikenali sebagai Sai Baba telah pun mati akibat serangan jantung. adakah ini satu konspirasi ataupun realiti? tapi menurut akhbar memang dia telah dilaporkan mati.



PUTTAPARTI, India: Tokoh agama berpengaruh India yang mempunyai pengikut di seluruh dunia, Sathya Sai Baba, meninggal dunia.
Beliau meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Seorang doktor, Dr A. N. Safaya melaporkan Sathya meninggal dunia pada pagi Ahad selepas seminggu bernafas menggunakan bantuan mesin pernafasan di Institut Perubatan Sains, Sri Sathya Sai di sini.Wanita mula meletakkan kalungan bunga sempena memperingati kematian tokoh agama tersebut di kawasan perkampungan beliau di Puttaparti selatan Andhra Pradesh.
Para pengikut Sathya pula berkumpul di kuil tempat beliau bakal diletakkan hingga Selasa depan sebelum disemadikan.
Sathya mempunyai ramai pengikut di lebih 126 negara di seluruh dunia.
 -AFP
dia tidak layak disembah
so ternyatalah sai baba ini hanyalah manusia biasa. mungkin magis ataupun kelebihan yang dianggap selama ini hanyalah silap mata sahaja ataupun sihir. wallahualam. sekian saja entry aku kali ini. merci, As - salam!!
yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : kita hidup di dunia ini hanyalah sementara tiada yang kekal melainkan ALLAH SWT.

1 comment:

Mikah Lurima said...

thank God! thanx 4 d info~