Total Pageviews

:: SEMUA 25 MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT, SELANGOR BERJAYA DIJUMPAI::

As - salam kepada semua pembaca sekalian. kali ini aku bawakan korang semua berita terkini tentang kejadian tanah runtuh di di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat Selangor dimana kesemua 25 orang mangsa telah dijumpai. seramai 16 orang mangsa dilaporkan meninggal dunia dan 9 lagi masih menerima rawatan susulan.


Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku


:: SEMUA MANGSA KORBAN BERJAYA DIKELUARKAN ::

KUALA LUMPUR: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.
Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.


Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.


Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.


Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.








:: PUNCA KEJADIAN ::

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).
Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa. 

Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995. 

“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.



“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.



Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk. 

“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa. 

“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya. 

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008. 

“Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit. 

“Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya. 

Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit yang didiami penduduk. 

Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan. 

“Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya.






:: TURUTAN KEJADIAN ::


  • Menurut Berita Harian Online, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
  • Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
  • Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
  • Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
  • **Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20pelajar dan empat warden kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
  • **Kini tujuh mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera, mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
  • **Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
  • ***Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak dikeluarkan dari tanah runtuh. Sementara itu, pasukan penyelamat bersama penduduk berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang
  • ***Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini 5 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa. 12 yang lain berjaya diselamatkan.
  • ***Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa ialah 10 orang. 9 orang berjaya diselamatkan dan 6 lagi dilaporkan masih tertimbus.
  • Setakat 1.30 pagi tadi 12 mangsa disahkan terkorban, manakala 4 lagi masih tertimbus.
  • ***2.00 pagi (22.5.11) Seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus berjaya dikeluarkan.
  • Mangsa ke 6 meninggal sebentar tadi.
  • Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
  • ***3.00 pagi (22.5.11) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Kos rawatan turut ditanggung kerajaan.
  • Setakat jam 4.10pagi, seorang lagi mangsa yang terkorban ditemui namun belum dibawa keluar menjadikan jumlah 13 terkorban manakala pasukan menyelamat menemui anggota badan yang tidak sempurna dan tidak diketahui identiti.
  • ***4.30 pagi Lagi mangsa terkorban ditemui, menjadi angka korban sekarang ialah 15 orang. Seorang lagi belum ditemui dan masih tertimbus.
  • ***5.10 pagi (22.5.11) ‎Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan dan ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban ialah 16 orang. 13 kanak-kanak dan remaja manakala 2 dewasa.
  • # Tragedi ini melibatkan jumlah rasmi 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala 9 yang lain cedera, 3 daripadanya masih kritikal










Alhamdulillah kesemua mangsa berjaya ditemui walaupun ada di antara mereka yang meninggal dunia. salam takziah buat kesemua ahli keluarga mangsa dan seluruh kerabat  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. sama - sama kita sedekahkan Al -Fatihah kepada semua mangsa yang meninggal dunia. kepada masyarakat diluar sana jadikan ini sebagai iktibar kepada kita semua. berwaspada dengan faktor - faktor  fizikal alam yang tidak menentu seperti di lereng- lereng bukit . sekian saja entry aku kali ini. as - salam!

sumber dan kredit :
SUFFEROZINE
MY METRO



yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: Tahniah kepada pihak bomba, SMART dan pihak berkuasa yang pantas ke tempat kejadian 

4 comments:

Anonymous said...

takziah kepada semua yang terlibat :(

Papa said...

semoga roh anak-anakku sentiasa di sisi Allah.Amin...

Unknown said...

SEMOGA MEREKA YG TERKORBAN DI TERIMA AMALANNYA DAN TEMPATKAN DI KALANGAN ORG2 YG BERIMAN...+_+

Tyra said...

takziah...:'(
tiba2 air mata mengalir bila baca entri & tengok gambar2 ni :(