Total Pageviews

Showing posts with label ::MESTI TENGOK::. Show all posts
Showing posts with label ::MESTI TENGOK::. Show all posts
Assalamualaikum, salam sejahtera semua orang !


Cak ? Aha ! Kalau dah lama tak update, pastu guna alasan berotben tak ada tak lain tak bukan belog ini ler. Ok lupakan pasal itu. So far Alhamdulillah diri ini masih lagi sihat. jadi dikesempatan ini aku nak share dengan korang mengenai apa yang terbaru dalam belog ini

setelah mengambil kira beberapa faktor, aku dah decide nak revolusikan belog ini sekali lagi . kalau sebelum ini segmen atau label dalam belog ini tunggang langgang,main letak je. jadi atas kesedaran ini aku akan adakan beberapa segmen atau label terbaru dalam belog ini

JOM MAKAN 



Dalam segmen jom makan ini , aku akan review makanan dan tempat yang korang harus singgah untuk tatapan. kekerapan segmen ni bergantung pada tahap duit ler. kehkehkeh kalau setiap hari makan best - best mau kopak duit weh 

JOM MAKAN ANGIN 



Kalau sebelum ini , ruangan ini aku letakkan sebagai travelog. Jadi lepas ini, segmen travelog ini akan berubah kepada Jom Makan Angin. Haa tajuk tak nak kencang pulak enn? Jadi kepada sponsor diluar sana marilah sponsor percutian free kat belog ni, kekekeke...

KAKI WAYANG 

Antara segmen terbaru juga dalam belog ini. Apa yang akan terkandung dalam segmen kaki wayang ni adalah, review dan rating mengenai filem terbaru. Kekerapan entry ini kemungkinan dalam dua minggu sekali,Insyallah. Pendek cerita bergantung pada rezeki . 

SPONSORED POST 

Segmen tajaan ini adalah entry lanjutan bagi mana - mana pihak yang ingin promosikan produk dorang.blogger sekarang dah variety tak macam dulu.orang bagi kita kepercayaan, kita pun kenalah jalankan amanah ye dak. 

KAKI EVENT 



Segmen kaki event ni adalah untuk review dan update mengenai event yang berada di dalam negara seperti event Nuffnang , Resort World Genting dan sebagainya. Selain itu juga, dalam segmen ini akan diisi dengan perkembangan hiburan dan media dalam negara.

KAKI GADJET 

oh lelaki dan gadjet memang tak boleh dipisahkan. memandangkan aku sendiri kaki gadjet, lepas ini review dan tips penggunaan gadjet terkini akan diceritakan dalam belog ni. 

PERSONAL 

kalau sebelum ni namanya adalah "Its Gonna Be Me" .Jadi lepas fikirkan balik segmen personal ini akan ditulis berdasarkan apa yang terbuku dalam hati ni. kehkehkeh. sebenarnya dalam segmen personal ini aku akan bercerita pandangan aku mengenai sesuatu isu dan juga share dengan korang mengenai life as a student,   teacher to be Insyallah. 

haaa semua tu adalah penambah baikan dan segmen terbaru blog budak pacak. selepas ini masih ada beberapa segmen dikekalkan dan ada yang telah dihentikan . antara yang masih kekal adalah segmen 

- Gambar ( Gambar yang menerangkan segalanya) 
- Petua dan Tips ( Petua dan Tips dalam rutin seharian ) 
- Contest dan Montest ( Review dan Pertandingan yang wajib korang join ) 
- Mesti Tengok ( liputan mengenai info terkini dalam dan luar negara ) 
- Ko Tau ? ( info yang mungkin selama ini korang tak pernah tahu ) 
- Lelaki ( segmen dan gaya terkini mengenai lelaki ) 
- Resipi ( resipi simple oleh orang bujang ) 
- Blog Dan Vlog ( update mengenai perkembangan blog ) 
- Iktibar ( sejarah dan pengajaran dari sesuatu cerita ) 

Segmen yang telah dihentikan 

- Artis ( digabungkan dalam kaki event ) 
- Freemason Dan Akhir Zaman ( digabungkan dalam iktibar )
- Happy Birthday 
- Its Gonna Be Me 
- Cepu Emas
- Lirik Lagu 

Dihentikan di sini bukanlah maksudnya akan terus delete dari belog ini . Bagi aku semua tu kenangan masa baru nak naik jadi blogger . Transformasi ini dibuat sebab fikirkan umur makin meningkat jadi content dan cara pendekatan pun kena tukarlah sikit - sikit ye dak . Kalau dulu lebih kepada personal , dan sekarang dengan rasminya

 I AM LIFESTYLE BLOGGER , AND THIS IS BLOG BUDAK PACAK . 

p /s : tak ada siapa nak sponsor header baru ke ? Kehkehkeh 

SEGMEN TERBARU BLOG BUDAK PACAK

by on 20.10.13
Assalamualaikum, salam sejahtera semua orang ! Cak ? Aha ! Kalau dah lama tak update, pastu guna alasan berotben tak ada tak lain ta...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !


tadi masa layan timeline pesbuk , terjumpa junior aku yang share gambar wanita yang berusia 36 tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 6 Berjaya Times Square Kuala Lumpur . kebetulan dia dan kawan - kawan dia shopping dekat situ, dorang ternampak ada lembaga jatuh dari tingkat 6. dorang yang terkejut dengan kejadian tu, sempat ambil gambar kejadian. 






Macam - macam cerita punca kejadian ni, ada yang kata terjatuh sendiri. ada pulak yang kata jatuh sebab boyfriend dia tolak dari atas dan ada juga yang cakap bunuh diri. punca kejadian?


"Wanita cina yang mati ini dikenal pasti sebagai Choo Czek Yeng yang berusia 36 tahun dipercayai telah bersandar pada pagar shopping mall dibahagian tingkat 6 sebelum terjatuh ke bawah lobi Berjaya Times Square, mengikut sumber maklumat mangsa juga bakal menerima rawatan mentaldan tinggal bersama keluarganya di Bangsar. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata tiada kecederaan fizikal pada badan kelihatan dan pihak polis juga masih menyiasat punca sebenar kes ini kerana kawasan tersebut tidak dilindungi oleh CCTV"

jangan le kita memandai membuat spekulasi yer.just ambil iktibar dari apa yang berlaku. peace no war !


kredit gambar : Fadhilah Zainal, BroJinggo

p/s : Gerun dengan tempat tinggi 

[ UPDATED ] GEMPAR ! WANITA MAUT TERJATUH DI TIMES SQUARE

by on 14.2.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! tadi masa layan timeline pesbuk , terjumpa junior aku yang share gambar wanita yang berusia 36...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua !

tadi masa blogwalking , terjumpa satu artikel ni,

Hati-Hati Kaum Lelaki, Kini Bersebaran Video Lelaki Gay Rakam Aksi Buang Air Dalam Tandas Awam! 



mak aih! kalau dulu yang selalu kita dengar kaum hawa yang salu jadi mangsa skodeng. tapi sekarang lelaki pun dah jadi mangsa kepada gay !. setiap kali lelaki yang buang air dalam tanda awam yang dikenalpasti , memang video dia dari a  sampai z direkodkan . 

 

yang kesiannya mangsanya tak mengira umur dan bangsa sampai pak lebai pun terkena juga. kesian betei. nak layan nafsu sampai tahap macam itu sekali . bila tengok blog yang memaparkan video - video ni, bukan 1 atau 2 tapi dekat berpuluh - puluh.


 jadi kepada brader - brader yang nak  masuk ke  tandas awam, sebelum lepaskan hajat tu, sila periksa penutup tangki air, syiling ke manalah tau silap hari bulan kita pula yang jadi mangsa. ambil langkah berjaga - jaga mungkin anda yang seterusnya kehkehkeh ... 

sumber dari SINI 

 

p/s : tak ada kerja sampai orang buang air pun jadi gian 

LELAKI ! SILA BERJAGA - JAGA APABILA MASUK TANDAS AWAM

by on 6.10.12
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ! tadi masa blogwalking , terjumpa satu artikel ni, Hati-Hati Kaum Lelaki, Kini Ber...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat braders dan sistah yang tengah godek baca blog nih.

nebes betei nak update entry ni,kang mau bila aku jumpa geng BBNU kena rembat jauh - jauh. ekceli korang tau tak maksud BBNU yang aku sebut nih ? BBNU pada korang mungkin boleh jadi pelbagai maksud tetapi yang selalu orang maksudkan bila sebut BBNU nih , Budak Baru Nak Up. hehehe

 *sekadar hiasan*

Budak Baru Nak Up atau budak baru nak kenal dunia nih banyak simptom dia. orang cakap , selalu bertapak dekat tempat yang hotsetaf macam pavilion. orang la cakap bukan aku, jadi sila rembat orang tu pelis kehkehkeh. 

Simptom :-
  • Selalu lepak tepi jalan shopping complex yang jadi tumpuan. 
  • Kalau berjalan mesti dalam kumpulan yang kecil dan pakaian pelik dari orang
  • pastu kalau yang berkaple tu , buat - buat suwit macam jalan tu apak dorang yang punya 
  • yang ada dslr tu wajib bawa keluar , kalau boleh nak bagi satu dunia nampak, sengaja tak nak bubuh dalam beg 
  • masuk shopping complex pakai cermin mata hitam atau cermin mata besar gedabak

jadi korang ada ke simptom kat atas ? haha tu antara yang aku ingat le. buat BBNU yang tahap dewa nih , kalau boleh dari pagi sampai malam dia nak lepak tepi - tepi jalan tu. layak dah sebenarnya dorang digelar penunggu jalanan. aku lagi menyampah kalau budak - budak ni berjalan pegang - pegang tangan , pastu peluk sana peluk sini. sakit mata tahap dewa tahu. tapi ingat tak semestinya semua yang di atas BBNU. kalau nak info lagi korang pergi #BBNU dekat twitter.hehe sekadar pandangan sahaja meyh. kalau jumpa aku pelis jangan hentam okeh. kehkehkeh 

p/s : kalau dah nama budak sekolah tu buat cara budak sekolah jangan nak up macam dah besar. LOL 

Wow! Awal Ashaari berlawan dengan Scha Al-Yahya !

SIMPTOM BBNU

by on 17.9.12
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat braders dan sistah yang tengah godek baca blog nih. nebes betei nak update entry ni,kang mau b...
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam syawal buat semua rakan pembaca ^_^

korang ada twitter ? pernah dengar pasal Twtup? ok buat yang tak tau Twtup ni adalah singkatan bagi Twitter-Up maknanya lebih kurang macam gathering tapi gathering khas untuk pengguna twitter sahaja . yer la kalau bloggers pun ada gathering why not twitterian ye dak. kehkehkeh.

kalau pergi mana - mana twtup mesti ada benda nih kehkehkeh 

okeh , habis intro ! bersempena bulan syawal ni , aku mewakili penganjur berbesar hati untuk menjemput kengkorang yang ada twitter ni ke TwtUp amal, #TwtUpBerayaBersamaAnakYatim. kalau sebelum ni join twtup just for fun , tambah kenalan je, jom untuk kali ini kita buat semua tu sambil beramal.  maklumat lanjut mengenai TwtUp ini adalah seperti berikut : 



Tarikh : 8September2012 ( Sabtu ) 
Masa : 12  - 6 petang 
Tempat : Rumah Titian Kaseh Setiawangsa 
Bayaran : RM35 

haa! jadi apa lagi ? jom join ramai - ramai. best dapat gembirakan adik - adik dari Rumah Titian Kaseh ni. semuanya baik - baik dan comel - comel belaka. tak caye meh terjah SINI. setakat RM35 tu takkan la nak berkira sangat kehkehkeh. kalau beli topup , rokok , baju mahal - mahal boleh why not for this time kita melabur sikit untuk kerja amal ni. besar pahalanya buat kerja amal ni tambah pula kepada anak - anak yatim. 






tak dapat join tapi ingin hulurkan sumbangan ? jangan risau , untuk hulurkan sumbangan korang boleh telefon nombor ini -0147436224. segala bentuk sumbangan sangat dialu -alukan. jadi jom luangkan sedikit masa , bagitau rakan - rakan mengenai twtup ini. jumpa korang disana !! 

p/s : untuk pertanyaan boleh follow di twitter @KhaiAzahari atau ikut trending hashtag #TwtUpBerayaBersamaAnakYatim 

#TwtUpBerayaBersamaAnakYatim

by on 5.9.12
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam syawal buat semua rakan pembaca ^_^ korang ada twitter ? pernah dengar pasal Twtup? ok bu...
Assalamualaikum , salam sejahtera.


trimas kepada yang braders atau sistah yang masih buka belog budak pacak. sebelum aku terlupa, sebelum ni KPTM merangkap tempat aku belajor sekarang ni telah pun buka untuk sesi pengambilan program dalaman yang bermula pada 25 Jun yang lalu.





kalau tak silap , pengambilan ni serentak dengan IPT yang lain. dan jumlah pelajar baru yang mendaftar adalah melebihi 1000 orang. dengan kekuatan fasilitator terlatih alhamdulillah semuanya dapat dijalankan dengan baik. hebat mu fasi kehkehkeh. kalau dah 1000 lebih pelajar, ramai tak ramai jangan cakapla. ramai giler umat tahu! dah macam jom heboh kahkahkah. ni belum campur dengan intake UiTM yang lepas. kalau campur boleh bikin "Bersih" baru nih. hahahaha*ok tak lawak* . 








apa pun kepada semua pelajar baru KPTM Kuala Lumpur selamat datang ke keluarga besar kami, diharap dengan jumlah yang masuk ni, kekal sampailah graduate nanti yer, selamat maju jaya braders, sistah sekalian !! babai.....

p/s : nak tengok lagi gambor jenguk - jenguk le ke LINK SINI kehkehkeh...

ORIENTASI KPTM KUALA LUMPUR - HOMEGROWN

by on 8.7.12
Assalamualaikum , salam sejahtera. trimas kepada yang braders atau sistah yang masih buka belog budak pacak. sebelum aku terlupa, seb...
Assalamualaikum kepada semua braders dan sistah yang menjenguk blog budak pacak! 


ampun weyh! belog giler lama berhabuk.bukan aku sengaja tapi sekarang tengah cuti malas bayar berotben. kadang aku tertanya aku ada belog erk ? hahaha cuti ni memang belog jadi tempat RnR la jawabnyer. 

cuti ni macam biasa kalau tak rutin tengok dinding , jaga orentasi pelajar baru.jadi baru-baru ni aku sempat handle orientasi student KPTM secara kerjasama dengan UiTM. macam biasa banyak ragam,aksi sempat tengok. kadang nak tergelak besar pun ada.sampai satu part tu aku gelak sampai terkeluar air mata.bukan nangis erk -,-"hahaa apa pun korang layan gambar - gambar yang sempat aku snap.













selalu budak UiTM ni semua ok jer,kalau sorang dua yang nakal tu biasa la ye dak? kalau tak mesti suram. haha ape pun kepada semua pelajar baru intake kali ini, budak pacak nak cakap, selamat maju jaya dalam pelajaran dan welcome to our family! kalau jumpa jangan lupa tegur - tegur.babai!! 

p/s : lagi gambar korang boleh klik SINI.  rasanya intake UiTM kali ini yang terakhir kot aku jaga.u_u

ORIENTASI KPTM - UITM 2012

by on 10.6.12
Assalamualaikum kepada semua braders dan sistah yang menjenguk blog budak pacak!  ampun weyh! belog giler lama berhabuk.bukan aku sen...
Assalamualaikum buat pembaca , bloggers , braders , sistah dan kipas susah mati semua.

siapa pernah tengok star wars ? angkat lutut sekarang. eherherher... sempena tayangan 3D Star Wars Episode 1 yang sedang melanda bumi Malaysia ni , aku pun sempat juga layan citer ni untuk kali ke berapa pun tak ingat dah. ye la 1st tengok masa aku umur darjah 1 sekarang nak masuk 20 tahun tahu.  tapi ni 1st time la untuk star wars 3D version . overall graphic not bad . jadi tunggu apa lagi , serbu sekarang panggung wayang berdekatan ...



ok dah habis intro , kalau korang kaki susah mati  star wars ni , mesti korang tahu siapa  Jedi Master Qui-Gon Jinn  yang dilakonkan oleh Liam Neeson .





menurut pelakon yang berusia 59 tahun ini , yang ketika itu menjalani pengambaran filem di Istanbul, Turki,

" kekerapan azan selama 5 kali sehari dan berturutan untuk minggu pertama  pada mulanya agak menjengkelkan, namun ia  bagaikan sesuatu dan lama kelamaan kemerduan laungan azan meresap ke dalam jiwa dan islam cukup cantik"

"Terdapat 4,000 masjid di bandar. Ada yang hanya menakjubkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir tentang menjadi seorang Muslim." 
dan bintang star wars ini memberi pandangan beliau tersendiri mengenai agama. 

  " saya telah dilahirkan sebagai katolik tetapi setiap hari secara tidak langsung, kita bertanya pada diri sendiri apakah yang kita buat di planet ini ? ianya mengenai apa? "

"saya selalu membaca buku mengenai tuhan dan ketidaan tuhan (kepercayaan ateisme ) . "

pelakon ini yang turut menyumbangkan suara  dalam filem The Chronicles of Narnia telah dikritik hebat  pada tahun 2010 kerana mendakwa singa - Aslan bukannya merujuk kepada Chris - CS Lewis tetapi turut merujuk kepada pemimpin yang berohani termasuk Muhammad. (Nabi Muhammad S.A.W)

suka entry ini? Like DISINI juga !!

p / s : 1001 keindahan dan keajaiban Islam. 

BINTANG STAR WARS BERMINAT UNTUK MEMELUK ISLAM

by on 12.2.12
Assalamualaikum buat pembaca , bloggers , braders , sistah dan kipas susah mati semua. siapa pernah tengok star wars ? angkat lutut sekaran...
Assalamualaikum kepada braders, sistah , fans rajnikung dan yang sewaktu dengannya. maap ler , aku dah lama tak hentak dan bakar lemak di jari untuk taip entry. well macam biasa kalau aku tak campak broadband di dinding, laptop yang menjadi mangsa,  semua ni sebab semuanya jadi lembab. tau lah aku ohsem tapi pelissh sayang jangan la you all buat hal yer. nanti i buang u dalam tong sampah baru tau. ok mengarut dah.....

ekceli kan tadi aku tweet pasal idea nak taip entry so sorang sistah bagi aku idea nih



bagi aku tajuk ini sesuai benor dihuraikan. eherherherher tengok sampai sistah ni confused dia duduk negara apa. tapi jangan salah faham yer tak de isu politik di sini. ini MALAYSIA.bila kita cerakinkan jadi MALAY - SIA. MALAY mestilah refer kepada negara majoriti melayu. dan SIA rujuk kepada malaysia yang duduk dalam ASIA. tapi kan yang aku bertambah hairan bin pelik , pergilah pelusuk negeri mana pun  , compom mesti ade pendatang dari negara luar . kalau setakat nak melancong , Alhamdulillah sebab sokong industri pelancongan negara kami , tapi kalau duduk meroyan lama - lama kat sini wat the fish ! kau ingat ni negara kau sesuka hati menginap sana - sini dah tu tanpa izin pulak tu . 

walaweh pandai buat peace rupanya eherherher

 yang aku anti sangat puak ni , puak SINETRON , puak  -DESH dengan puak yang suka MENYAMAR. aku bukannya racist tapi aku sendiri dah rasa tak selamat bila ada nya puak - puak ni di sekeliling,. bukak je paper mesti ada cerita negatif pasal mereka nih. agak - agak la kalau negara nak tingkatkan ekonomi  pun. rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang menganggur. risau je kalau tengok anak - anak melayu jadi mangsa mereka ni. pastu yang ni pun satu hal , pernah aku keluar jalan - jalan dan terasa ohsemnya dengan minyak wangi dunhill mewarnai tubuhku. pastu bila lalu jer sebelah puak DESH ni tak semena - mena bau ni tetiba ghaib dan digantikan dengan bau yang aku susah untuk takrifkan.. arghh bau apakah itu ....



pastu yang macam sistah tu rasa , aku pun rasa juga, raya cina baru - baru ni semua ambil peluang bercuti , aku pun tak terlepas. masa nak balik ke kl tu , aku naik LRT. bila sampai dekat Masjid Jamek, tetiba aku terpandang himpunan manusia yang aku agak bukan warganegara, duduk berkumpul ramai - ramai. aku bertanya balik , ada perhimpunan bersih lagi ke ? pelik kaum cina yang beraya tapi puak ni pun beraya,  hambik kau! sekali berkumpul dah macam lalat hurung makanan. serius aku rasa dah macam duduk negara asing pula. kepada pendatang asing yang tegar , pulanglah ke tempat asal usulmu, anak bini mu merindui kehadiranmu.takperlulah kekanda atau adinda berada di negara kami sesungguhnya di negaramu lebih bagus dari sini....

yang merindui , 

 saudara jauhmu , rajnikung...

suka entry ini? Like DISINI juga !!

p/s : ada gegurl ni cakap, dia suka dengan mat -DESH sebab ada banyak bulu dada.katenyer nampak seksi,. errrr buat gegurl diluar sana betul ker korang suka  mamat yang berbulu di dada -_-"

KAU INGAT MALAYSIA NI NEGARA KAU ?

by on 29.1.12
Assalamualaikum kepada braders, sistah , fans rajnikung dan yang sewaktu dengannya. maap ler , aku dah lama tak hentak dan bakar lemak di ja...
assalamualaikum kepada semua... 



hari ini kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi cilik  yang popular dengan lagu Baby iaitu Justin Bieber. JB dipercayai terbunuh akibat ditikam oleh sekumpulan penjahat. sesungguhnya suara Justin Bieber akan dirindui sepanjang masa. R.I.P Justin Bieber!! 

***** TRANSMISSION END *****
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
believe it? don't believe it man!! its such a rumors ! eh kemon la stop posting berita yang palsu boleh tak? hari tu cerita pasal jackie chan mati pastu Cut Tari. sekarang post dekat pesbuk cakap JB mati. memang la aku tak amik port pasal JB. tapi at least stop annoying people with that stupid rumors! cube kalau ada orang tulis kat pesbuk dia cakap korang dah mati " POLAN DALAM KENANGAN 2010 - 2011" . sakit hati tak bila tau berita itu palsu. grrr lagi satu bukan pasal R.I.P ni jer lagi satu pasal khabar angin yang tahap dewa. sebagai contoh "ESOK NEGARA MALAYSIA DAH BERTUKAR NAMA JADI NEGARA ZORAGON" tolonglah pakcik,makcik,abang ,kakak dan sengakatannya berhenti sebarkan berita palsu.memang aku tak percaya tapi kalau orang lain yang terus percaya benda - benda camtu? stop annoying people ok! and one more thing, I HATE CHAIN MESSAGE!!!! 

bebot menderum : banyak betul propa dalam pesbuk . sebenarnya dah boleh tukar dah jadi propabook.

R.I.P JUSTIN BIEBER

by on 19.11.11
assalamualaikum kepada semua...  hari ini kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi cilik  yang popular dengan lagu Baby iaitu Ju...

As - salam kepada semua rakan bloggers , pembaca , braders dan sistah sekalian. macam mana dengan hari ini? harap semuanya baik - baik jer. tajuk entry aku kali ini mengenai  KPTM atau Kolej Poly Tech Mara bakal menjadi kolej universiti. yer la sebagai salah seorang penuntutnya , mestilah bangga bila diumumkan bakal menjadi kolej universiti. moh kite baca dulu artikel 17 Oktober yang lepas mengenai penaiktarafan yang bakal diterima oleh KPTM.


PUTRAJAYA - Kolej Poly - Tech Mara (KPTM) akan dinaik taraf menjadi kolej universiti tahun depan dalam usaha menambah baik kolej itu sehingga berupaya melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera di negara ini. Pengerusi KPTM ,Datuk Sohaimi Shahadan, berkata dua daripada sembilan KPTM seluruh negara akan dipilih pada peringkat pertama untuk dinaikkan taraf menjadi kolej universiti . "Ini sebahagian daripada usaha penambahbaikan KPTM selaras matlamat melahirkan lebih ramai profesional di kalangan bumiputera dalam bidang tertentu seperti perakaunan kerana bilangan Bumiputera masih kurang, " katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen KPTM ke - 28 , disini semalam. Seramai 4,050 graduan menerima ijazah , diploma dan sijil profesional masing - masing pada majlis konvensyen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) , semalam. Beliau berkata KPTM sudah bersedia dinaik taraf selepas menerima penarafan pensijilan ISO 9001 : 2008 daripada Sirim Berhad April lalu.Katanya ,KPTM akan mengadakan kerjasama dengan universiti luar negara seperti United Kingdom dalam meningkatkan lagi kualiti pengajaran di semua kolej berkenaan. "KPTM juga akan mengambil 50 pelajar cemerlang melanjutkan pelajran ke peringkat lebih tinggi di KPTM dalam bidang perakaunan," katanya. Bagi ,memberi  peluang lebih ramai mengikuti pengajian di KPT, beliau berkata , satu lagi cawangan baru akan ditubuhkan akhir tahun ini dengan kapasiti 1,500 pelajar di Sarawak. "Ini juga selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berpengetahuan yang diperlukan negara dalam proses transformasi ekonomi menuju negara maju" katanya.

 
 antara keratan akhbar



jadi kalau dah nama pun tempat kita belajar , mestilah bangga bukan?  apa  pun diharap hasrat KPTM untuk menjadi kolej universiti akan  tercapai. tahniah diucapkan daripada BLOG K.H.A.Z atas melahirkan ramai graduan yang berkualiti .

Bebot Menderum : KPTM Hebat!!

KPTM BAKAL MENJADI KOLEJ UNIVERSITI

by on 21.10.11
As - salam kepada semua rakan bloggers , pembaca , braders dan sistah sekalian. macam mana dengan hari ini? harap semuanya baik - baik je...
Assalamualaikum kepada semua rakan bloggers dan pembaca sekalian. lama dah rasanya tak menghentak keyboard laptop ni, kekekekee. buat korang semua yang masih tak tahu lagi berkenaan pengedaran tiket LRT dan Monorel percuma kepada semua pengguna nya, jom kita review sikit artikel daripada Berita Harian Online. 


KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN 

jadi buat korang yang duduk area berdekatan LRT atau Monorel tu bolehlah dapatkan tiket percuma tersebut dengan kadar segera. walapun boleh guna untuk Sabtu , Ahad dan Cuti Am, tapi sekurang - kurangnya dapat kurangkan penggunaan kenderaan di jalanraya dan semestinya jimatkan duit,kan? khabarnya harga tambang pun akan diberi potongan menjelang 2012 nanti.kekeke....

 inilah rupa tiket LRT dan Monorel percuma.

bebot menderum: pendek pula aku rasa artikel kali ni =_='

TIKET LRT DAN MONOREL PERCUMA

by on 24.9.11
Assalamualaikum kepada semua rakan bloggers dan pembaca sekalian. lama dah rasanya tak menghentak keyboard laptop ni, kekekekee. buat koran...
As - salam kepada semua braders dan sistah sekalian. negara hari ini digemparkan dengan penyebaran berita tentang isu arak dalam biskut keluaran munchy's. biar betik betul? 


haa jangan salah sangka pula. sebab melalui kenyataan media , berita tentang isu tersebut adalah palsu! bukan pasu erk tapi palsu.  JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan..

 "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak". 

Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya. 



Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013. JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di http://www.halal.gov.my/ untuk pengesahan. haa jadi janganlah memandai buat andaian weyh. tak baik tutup rezeki orang.camner kalau jadi kat kite? pikir - pikir......

 bebot menderum:penggemar biskut

ISU ARAK DALAM BISKUT MUNCHY'S

by on 14.9.11
As - salam kepada semua braders dan sistah sekalian. negara hari ini digemparkan dengan penyebaran berita tentang isu arak dalam biskut kel...