Total Pageviews

ARTIS YOUTUBE

assalamualaikum kepada braders dan sistah sekalian. Youtube? apa ada kes? haa kalau korang perasan tujuh perkataan ini sering kali kita buka . sebab dalam inilah munculnya klip - klip video yang terkini ,panas, semua ada. dalam baik - baik aplikasi ini ada juga buruknya, contohnya penyebaran fitnah. 

jadi bukan itu yang aku nak tujukan untuk entry kali ini.entry kali ini ialah  artis youtube. jarang sekali atau ada antara kita yang langsung tak tahu sesetengah individu - individu ataupun kumpulan yang popular asalnya dari laman youtube. dorang ini jadi popular sebab bakat dan kreativiti masing - masing yang ditunjukkan melalui klip video masing - masing. sekarang moh kite terjah individu - individu yang digelar artis youtube.

 artis pertama yang aku nak tunjukkan tak lain tak bukan cikgu shida aka CSDP.siapa sangka seorang guru telah meraih populariti  meningkat secara mendadak hanya kerana bakat dan keberanian yang dimiliki.

 bakat dia yang diketengahkan oleh beliau sendiri ialah miming. pada asalnya CSDP ni saja suka - suka je buat video miming sekadar melepaskan penat bekerja.tapi lama kelamaan apabila banyak video yang dimuat masukkan dalam youtube makin ramai pula yang meminati video beliau.





klik gambar untuk melihat video beliau

tapi sayang kerana video tersebut pelbagai reaksi daripada penonton. ada positive dan negative, kepada korang semua amalkan camtu juga erk, ambil yang positive dan hindarkan yang negative. dan yang terbaru, kerana populariti beliau, banyak pihak cuba tampilkan cikgu shida ke umum termasuklah yang terbaru CSDP terlibat dalam pembikinan drama beliau sendiri yang dengar ceritanya akan ditayangkan pada aidilfitri nanti. so nanti sama -sama kita tengok reaksi daripada orang ramai tentang drama atau filem tentang CSDP ni yer!

individu yang seterusnya adalah anwar hadi dan matluthfi. kedua - dua individu ini mempunyai persamaan iaitu merakam video dorang tersendiri sambil acting dengan gaya pose masing - masing. perbezaan kedua - dua inividu ini, matluthfi lebih kepada video lakonan dan dalam bahasa melayu manakala anwar hadi lebih kepada gaya percakapan dan dalam versi bahasa inggeris.dorang pun tak lari daripada kutukan gara - gara ketidakpuasan sesetengah individu melihat kejayaan mereka menghasilkan video - video sedemikian rupa.


klik gambar untuk melihat video beliau 


klik gambar untuk melihat video beliau

kedua - duanya orang kedah narh.. haa sapa kata orang utagha tak ada bakat ? ni kami bawa mai dua ikon remaja la ni. tak gentar dek kutukan dan cacian. sapa ada kesah noh? janji ada bakat, semua boleh pi. 

sekarang kita terjah artis youtube luar negara pula. sebenarnya banyak bakat - bakat diluar sana cuma yang aku terjah ini, tengah menjadi pilihan kaki - kaki penonton youtube. 


kali ini adalah duo beradik tapiheru daripada indonesia iaitu gamaliel dan audrey.sekarang ni dorang dah jadi penyanyi kat indonesia dan dah keluarkan single masing - masing.1st time aku tengok terus kagum dengan kelunakan suara masing - masing.  


klik gambar untuk melihat video beliau

 asalnya dorang ini memuat masuk video dorang dalam youtube juga  dan telah menarik minat banyak pihak terutama syarikat rakaman muzik untuk mengikat kontrak sebagai artis rakaman dorang.tak dinafikan vokal kedua - dua beradik ini memang mantap dan layak digelar penyanyi. umur dorang pun masih muda dan macam CSDP daripada suka - suka terus jadi minat.

dan sekarang artis youtube yang terakhir ialah julia sheer.julia sheer asal daripada australia. julia ini pun macam adik beradik tapiheru juga iaitu menjadikan video nyanyian beliau untuk tontonan orang ramai. beliau merakam kembali lagu - lagu popular masa kini dalam versi nyanyian beliau bersama - sama beberapa orang rakan yang lain.




antara video lagu julia sheer yang mendapat tempat dikalangan geng kipas susah mati youtube ialah grenade , misery, when i look at you dan banyak lagi. jumlah orang yang menonton video beliau dalam youtube dianggarkan seramai  2,614,994 penonton. jadi memang tidak ada peliknya kalau jumlah seramai itu menonton video beliau. orang kalau dah ada bakat semua boleh buat kan? cuma usaha yang membezakannya.

jadi lengkaplah sudah entry aku kali ini. kesimpulan yang boleh dibuat ialah individu - individu diatas tidak akan berjaya jika tidak ada keyakinan dalam diri.ingat tidak ada benda yang mustahil di dunia ini jika kita berusaha dapatkannya. jadi adakah korang artis youtube seterusnya? 

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: rasa macam psychosis pula entry aku kali ini  

2 comments:

Hairul Hakim said...

ak ingat ade nigahiga, kevjumba, chestersee, y MysteryGuitarMan, freddiew, smoosh, JoeNationTV, ShaneDawsonTV, TheFineBros
ni sumer baru yang top2..

Biey said...

minat ngan nigahiga.. hehe.. anwar hadi pn besh gak.. ble blajar speaking skali dgn british accentnya..