Total Pageviews

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum !


Diam tak diam , esok kita bakal menyambut kedatangan bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan 1001 kebaikan. 

jadi di kesempatan ini , aku ingin ucapkan salam ramadhan buat semua kenalan tak kira lah dalam social network atau dunia realiti.

 Semoga ramadhan kita pada kali ini membawa keberkatan dan diberi peluang untuk tingkatkan amal ibadat. Jangan lupa sahur dan niat puasa nanti! kehkehkeh ....

Lafaz niat untuk sebulan puasa 

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan Kerana Allah Ta'ala



Lafaz niat puasa harian 

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan ramadhan,tahun ini kerana Allah  Ta'ala 


Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Doa Selepas Berbuka Puasa


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


p / s : selamat menjalani ibadah puasa& selamat menunaikan solat terawih ! 

1 comment:

Nazerah Yahya said...

selamat berpuasa ... :3