Total Pageviews

Selangor Culinary Adventures Part 3

Selangor Culinary Adventures Part 

Selangor Culinary Adventures Part 3 |  Hari ketiga kiteorang disini menuju ke Homestay Haji Dorani. Yang ini paling dinanti - nantikan sebabnya homestay disini tersangatlah cantik malah aktiviti yang menunggu kiteorang khabarnya sangat best 



Memang betul pun, awal pagi sampai disini disambut dengan paluan kompang dari penduduk, Haa pecah suasana! Meriah betul rasa, feeling macam VVIP kejap hahahaa. 





 Sampai saja disana terlihat pelbagai sarapan asli masyarakat jawa dihidangkan seperti lemper, pulut bersama sambal ikan bilis dan macam - macam lagi. Sebenarnya lupa nama makanan kehkehkeh 








Selesai je makan, semua peserta ETW bersama - sama orang kampung bersiap sedia, isi form bagai masuk acara masing - masing. Ada pertandingan menghias orang - orangan , pertandingan membuat rokok cengkih, pertandingan membuat trompet, pertandingan mengagau ikan keli dan banyak lagi.




Budak Pacak join pertandingan menangkap belut tapi seekor pun tak dapat, malu agaknya 


Di sebelah petangnya pula, di homestay Haji Dorani, lagi best sebab kiteorang diberi peluang untuk menyediakan sendiri nasi ambeng. Kalau nak tahu, ini adalah kali pertama Budak Pacak makan Nasi Ambeng. sebelum ni tahu nama je . Tuan rumah dah masak siap, tugas kiteorang cuma susun dan sediakannya. 








Nak sediakan Nasi Ambeng ni ada susunannya tau,bukan boleh main letak je. The best part is bila time makan. sebabnya Nasi Ambeng ni dimakan dalam dulang dan dimakan beramai- ramai. For sure kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila - bila. 



Untuk hari keempat pula, tibalah masa untuk bertolak balik. Tapi sebelum itu, kiteorang singgah ke Restoran Lembah Bernam. Orang kata kalau ke Sekinchan wajib singgah sini. Sebabnya restoran ini sangat unik dalam penyediaan makanannya. 








Haa kalau nak tau restoran ini menyediakan makanan eksotik yang sangat sedap seperti ayam kampung goreng, gulai ikan baung, rendang landak, rusa masak kicap dan banyak lagi.

Jangan tak tahu, kawan kiteorang dari Korea ni pun makan bertambah sebab rasanya sedap gilos! Siap tanya nak bawa balik lagi haaaa 










Apapun entry Selangor Culinary Adventures telah sampai ke penghujungnya. Di kesempatan ini Budak Pacak ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Gaya Travel Magazine dan Unit Perancangan Negeri Selangor kerana sudi menjemput Budak Pacak dan Projek Travel untuk cover keunikan yang ada di Hulu Selangor.

1 comment:

Luqman Zakaria said...

yang menarik adalah makananan.semuanya nampak berbeza. aktiviti pn menarik gak..bestnya.