Total Pageviews

Char Kuey Teow Sedap Di Shah Alam

Char Kuey Teow Sedap Di Shah Alam |  Entri kali ini ditujukan khas buat warga Shah Alam yang ingin mencari lokasi Char Kuey Teow Sedap. Kalau diikutkan Char Kuey Teow ni semua sama je yang berbezanya bergantung kepada tukang yang membuatnya dan juga ingredient di dalamnya. 





Baru - baru ini, saya sempat terjah ke restoran yang menyediakan Char Kuey Teow sebagai menu utamanya. Terletak di Seksyen 19, ( berhampiran Tat Nasi Ayam)  korang wajib datang ke Sham Char Kuey Teow 696 ini sebabnya disini Char Kuey Teow nya unik dan berbeza dari tempat lain




Apakah keistimewaan Sham Char Kuey Teow 696 ? Sebabnya korang boleh pilih ingredient nya mengikut citarasa dan kegemaran korang sendiri. Kalau suka udang, kerang, sotong, telur mata boleh je request

kemain nak serius muka time makan ! 





Bukan itu sahaja, buat penggemar udang galah, Lobster Canada, Ketam juga ada disini. Nak campur semua pun boleh! Order dan hidangan kegemaran korang bakal tersedia 




Selain Char Koey Tiaw, saya juga nak cadangkan dekat korang untuk cuba Nasi Set Bawal Goreng dan Masak Lemak Udang Galah Piauww. Memang Piauww habaq ang ! 

disini konsepnya layan diri ya 


Harga disini juga berpatutan dengan bermula RM4.00 sehingga RM 70.00 mengikut pilihan korang masing - masing.Terliur update entry ni haaa.

Selamat mencuba ! 



****

Lepas daripada makan char kuey teow sempat juga saya singgah dekat kedai soto di belakang Klinik Kesihatan Seksyen 19. nak rasa soto sedap di Shah Alam sinilah tempatnya :) 



3 comments:

Luqman Zakaria said...

Tak berapa sangat kalau Char Kuey Teow ini tapi boleh kot kalau nak try nasi set bawal goreng..nampak sedap. hehe

sayaidaydotcom said...

Wah memang sedap tu. Kalau suka seafood, boleh campak semua udang ketam dalam 1 char kueh tiaw tu. Nanti kalau lepak dekat shah alam, boleh singgah sini. Hehe

Unknown said...

Kuey teow situ ok...tapi yg terbaik cuba pulak kat penang..blah utara char kuey teow bukan kuey tiow basah..pasai..maksud char tu goreng dlm bahasa cina..hangpa mai penang..char kuey teow depa xbasah..terpulang pada selera memasing..cuma dok pikiaq di kl n slgor awat basah