Total Pageviews

Lulu Hypermarket Adakan Jumbo Sale Gila-Gila!

Rasanya aku dah tak perlu perkenalkan mengenai Lulu Hypermarket, sebuah jenama pasaraya terkemuka yang sememangnya dikenali ramai. Bukan sahaja kerana merupakan jenama antarabangsa, malah Lulu juga terkenal kerana barangan jualannya begitu murah berbanding dengan pasaraya lain. 





Adakan Jumbo Sale 

Menjelang tahun baru ini. Lulu Hypermarket Kuala Lumpur sekali lagi mengadakan jualan ‘kaw-kaw’ sebagai penamat 2018 dan permulaan tahun baru. Untuk pertama kalinya, Lulu telah menganjurkan Jumbo Sale yang memfokuskan kepada dua promosi utama iaitu harga potongan 50% diskaun dan diskaun sehingga 50%. Menarik bukan? 




Promosi Hanya 5 Hari 

Untuk korang yang tertanya, promosi kaw-kaw ini hanya berlangsung selama 5 hari. Bermula 28 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 korang berpeluang untuk shopping di Lulu Hypermarket yang terletak di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Diskaun 50% ini terdapat pada semua barangan fesyen seperti pakaian , kasut dan beg wanita. Murah weh! Inilah masanya utuk korang shopping baju bagai! 




Malah di seksyen lain, jangan risau sebab semuanya juga ada diskaun hingga 50%. Serius aku tak tipu! Buktinya korang tengok gambar-gambar di bawah. Malah aku dah pergi ke Lulu dan tengok barang dia sememangnya murah seperti yang ditawarkan. Ikutkan hati waktu tu juga nak shopping alang-alang dah gaji kan? Tapi sebab nak rushing balik kampong, aku postponed dan plan nak pergi pada 31 Disember atau 1 Januari sebelum promosi ini berakhir. 

Diskaun 40% Barangan Sari 



Ada peminat Sari mahupun fabrik India ataupun Churidars dan Lehangas ? Sebabnya Lulu menerusi ruangan Lulu Celebrate turut mengadakan promosi jumbo! Dimana diskaun sebanyak 40% ditawarkan untuk semua pakaian disini Menarik bukan? 

Promosi Back To School Dan Barangan Elektrik

Tak cukup dengan itu, kepada ibu bapa yang ingin membeli barangan persekolahan anak-anak, sebagai pecutan terakhir aku cadangkan korang beli di Lulu sebab dekat sini. Sebabnya dekat Lulu pun masih ada promosi back to school untuk korang beli barangan persekolahan. Serius murah! 



Malah pelbagai barangan elektrik pun gila-gila murah. Gamers? Okay PS4 menanti korang sebab now ada promosi ye.

Jadi tunggu apa lagi? Cepat siap-siap dan ke Lulu sekarang! Jangan cakap abang tak payung ya!

No comments: