Total Pageviews

Salam Web Diiktiraf Sebagai Pelayar Web Patuh Syariah Pertama Di Dunia




Buka saja website, confirm akan terselit dengan pelbagai iklan yang kadangkala tidak senonoh, atau sebarang paparan yang berkemungkinan menganggu sensitiviti setiap pihak. Ini kerana pelayar web tersebut tak ada sebarang tapisan atau jaminan bahawa kandungannya selamat. 



Salam Web Selamat Dirasmikan 

Untuk itu, suka aku perkenalkan korang dengan Salam Web, sebuah pelayar web yang baru sahaja dirasmikan baru-baru ini. 




Aku sendiri berkesempatan untuk hadiri ke majlis pelancarannya yang diadakan di ibu kota dan sememangnya aku sendiri akan syorkan Salam Web kepada korang untuk pakai mulai sekarang! 

Pelayar Web Patuh Syariah Pertama Di Dunia 

Sebab apa? Salam Web telah diiktiraf sebagai pelayar web  atau web browser patuh syariah pertama di dunia.



Selain pengiktirafan tersebut,  Salam Web ini juga tersangatlah mesra pengguna dengan beberapa kelebihan dan aplikasi yang terdapat di dalamnya. 


Fungsi Salam Web 



Salam News : Fake news, sumber yang tak boleh dipercayai? Di Salam Web segalanya telah ditapis melalui fungsi Salam News. Yang pasti berita disini adalah lengkap dan dari sumber yang boleh dipercayai. 




Salam Chat : Bukan sahaja selamat dan diyakini, malah korang juga boleh berinteraksi dengan pengguna lain menerusi ruangan komen yang disediakan. 

Salam Protect : Haa inilah antara tunjang utama Salam Web! Menerusi kemudahan Salam Protect, segala isi kandungan yang dikhuatiri kandungannya seperti pornografi, menghina mana-mana pertubuhan atau sensitif dapat ditapis 



Salam Widget : Best thing about Salam Web ini semestinya adalah widget atau perantara yang ada padanya. Kalau korang nak tahu, di dalamnya terdapat waktu solat, arah kiblat dan juga kata-kata hikmat yang sentiasa dikemaskini. Mudah kan? Just make sure korang ada aplikasi Salam Web dan pergilah ke mana sahaja, ianya pasti membantu korang supaya tidak terleka 



Salam Sadaqah :  Menariknya lagi, Salam Web menggalakkan pengguna nya untuk melayari internet sambil beramal. Korang boleh bersedekah dengan menukar pengalaman internet harian korang kepada amal jariah. Bagus kan? 



So, selepas ini dah tahu nak buat apa kan? Sila lah download Salam Web dimana-mana peranti korang tidak kira website, android ataupun apple user kerana Salam Web adalah percuma! Malah suka untuk aku highlight kan pada ibu bapa yang khuatir anak-anak buka laman web yang tidak ketahuan, gunakan saja Salam Web kerana diyakini selamat! 

Untuk maklumat lanjut, layari https://salamweb.com/ms/

19 comments:

Ezna Khalili said...

Web tak senonoh tu kadang2 dia pop out. Geram pulak rasa bila tiba2 anak lalu depan komputer kita. Bagus betul kalau ada pelayar patu syariah macam ni. Boleh la menjaga mata kita dari tengok benda2 yang tak berfaedah ini.

Secret Admirer Writer said...

I dah download salam web ni... Mmg bagus untuk org islam menggunakan salam web ni.. Semua benda complete dalam salam web browser. Berita x elok pun dia sekat tak mcm google chrome dan yahoo .. Mmg best salam web ni.. Security pun ok 👌

adianiez AIDA said...

dgr pasal ni di radio.
lom try klik lagi. last time ada satu la website ala-ala gini.
pernah klik. masa tu dok cari laman yg elok utk anak.
bagus gini.
now, iklan yg ntah hape hape muncul jer di mana :(
di games.
di laman shopping.
sometimes bila anak2 pompuan aida cari maklumat, diorang jumpa iklan x elok.
hu hu hu hu hu :(

Suria Amanda said...

Bagus kewujudan Salam Web ni.. internet memang sepatutnya di tapis untuk di layari kan..bagus untuk umat islam sebab ianya patuh syariah..banyak info yang boleh didapati melalui apps ni kan...

Wai Yee aka Rane said...

oh wow this Salam Web sounds like so powerful. I need to use it too, especially when I am not around and let my girls using my laptop. nice app thanks for sharing.

Cik Min said...

Heyyy..ingat kte baca semua ke? (Balas balik hahahah) tak la..actually bagus la bila ada salam web ni sebab dia patuh syariah jadi tak ada la keluar yang bukan2 haha

Huda Halid said...

Memang terbaik la salam web ni. Semua ciri2 dan manfaat kepada pengguna memang terbaik. Jom kita ramai2 guna salam web ni.

Tekkaus said...

I have seen a lot of advertisement about this new website. Guess the Muslims will be more than happy to use this syariah-compliant web browser.

Hanny Abdullh said...

Bagus sangat apps ni. Kena download gak ni..maklumlah sis ni ada anak dara..risau jugak le kalau2 dia terbukak benda-benda yang tak senonoh. Kita ni tak leh nak pantau 24 jam..dengan adanya apps ni kurang sikit le risau kalau dia bukak intenet

Ruby said...

Salam Web ni ruby lagi faham apabila iklan mereka ada di radio. Iklan laman web ada pop up pornografi yang bos dia ternampak tu. Kawan dia rekemen guna salam web. Salam Web ni ibarat geocities, yahoo, google search engine kan. cuma ia patuh syariah. bagus kan buat camni. hehehe. nanti nak download apps.

AyuArjuna BiGoshh said...

Banyak juga manfaat website ni ya. Berminat lah pulak akk. Suka tgk content website macam ni yg bagi akk banyak memberi manfaat kepada org lain

Mawardi yunus said...

Baguslah ada pelayar yang macam ni. Mak bapak pon tak takot nak bagi anak2 mncari maklumat kan.

Syamimi Saad said...

Menarik. Bagus nya ada website macam ni.
Bab bab penapisan tu memang penting.
Lagi lagi zaman sekarang ni tersilap tekan je, mudah sangat keluar benda pelik pelik.
Bolehlah download nanti nak tahu lebih lanjut isi kandungannya.

Julia Mahir said...

Wahh browser pun ada patuh syari'ah juga ye. Hehe. Bagus lah kalau boleh tapis kandungan website. Kdg2 ada pulak iklan yg bukan2 keluar x semena2 je kan.

Mimie said...

Pernah juga dengar pasal web SALAM ni. Memang bagus sebab patuh syariah kan. Web yang patuh syariah ni memang patut kita titikberatkan nak nak zaman sekarang ni macam macam benda negatif boleh dilayari di internwt. So adanya Salam ni memang bagus untuk kita semua

Mouse Mommy Treats said...

Pelayar web baru ni dgn konsep shariah. Terima kasih kongsi maklumat terkini ni!

Absolute Yana said...

So basically it is like Google but a halal version? And you can do donations on it?

Emi said...

Baguslah kalau dah diiktiraf. Perlu lebih banyak promosi tentang benda alah ni kot, sebab mungkin ramai yg belum tahu kewujudan benda alah ni. Bila dah makin ramai yg tahu, makin ramai la yang dapat manfaatnya nanti.

Mek Onie said...

Bagus jugak ye aplikasi ni. Nanti nak muat turun la best ke idok :D