Total Pageviews

Nate' Bistro Lokasi Berbuka Puasa Paling Sedap 2019!

Susulan dari artikel mengenai lokasi atau pilihan untuk berbuka puasa bagi tahun 2019, suka untuk aku cakap restoran ini mendahului senarai carta aku untuk lokasi berbuka puasa paling sedap 2019. 



Nate' Bistro Atasi Hotel Terkemuka 

Biarpun sekadar restoran, namun sajian yang disediakan di Nate' Bistro ini ternyata berjaya menambat selera aku berbanding dengan hotel-hotel terkemuka yang aku dah review sebelum ini. Nate' Bistro (disebut sebagai Net bukan Natey ye) yang terletak di Ara Damansara , dibelakang Citta Mall ini sebenarnya sudah masuk tahun ketiga operasinya. 



Kenapa aku cakap dekat sini paling sedap? Sebabnya aku sendiri dah cuba rasa masakan disini. Biarpun tengah diet, tapi disebabkan suapan pertama tu aku dah jatuh hati, hampir semua menu disini aku cuba sebab nak dapatkan kepastian. 

Bertemakan Selera Kampung

Hasilnya? 90% aku boleh cakap menu yang disediakan sememangnya unik dan sedap! Seronoknya berbuka disini sebab sajiannya bertemakan selera kampung. Jadi pelbagai aneka juadah yang jarang dapat dilihat akan disediakan. 








Menu wajib cuba? bagi aku murtabak, aneka lauk kampung dia wajib berada dalam list! Bubur lambuk dia pun korang wajib cuba sebab bahan-bahannya cukup meriah dan sedap! Masakan panas lain seperti char koey tiaw dan Roti John pun memang sedap. Sebagai info, makanan-makanan ini akan bertukar-tukar setiap hari jadi buat korang yang ingin berbuka disini setiap hari confirm tidak akan jemu. 

Lebih Dari 50 Juadah Tersedia 









Pada bulan Ramadhan kelak, lebih dari 50 juadah akan disediakan dan  restoran ini boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Aku difahamkan chef-chef disini sememangnya sudah berpengalaman dan turut menjadi pilihan selebriti dalam menyediakan katering perkahwinan mereka. 

Imam Terawih Tersedia 

Terfikir untuk ruangan solat dan sebagainya? Jangan risau kerana kemudahan disini cukup lengkap malah di bulan ramadhan solat akan diketuai imam yang dilantik dan korang boleh tunaikan solat dengan cukup selesa. Ruangan parkir pun cukup banyakm jadi tidak akan jadi masalah bila korang membuat pilihan untuk berbuka disini. 



Harga untuk review disini cukup berpatutan dan of course ada harga early bird untuk korang dapatkan dengan kadar segera. So far Nate' Bistro aku letakkan di tangga teratas untuk lokasi berbuka puasa paling sedap tahun ini.  Senarai penuh lokasi berbuka aku akan kemaskini menjelang ramadhan kelak! 

Tarikh operasi di bulan ramadhan : 6 Mei hingga 1 Jun 
Masa : 7 petang hingga 10 malam 

Harga Promosi tempahan sehingga 4 Mei : RM55 nett

Harga Selepas Promosi : RM 65 Nett

Kanak-Kanak Berumur bawah 7 tahun : Percuma 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan : 


Tel : 03- 7680 2840 


No comments: