Total Pageviews

Promosi PayBack Di Luly Hypermarket Kuala Lumpur Kembali!

Kalau korang nak shopping baju, kasut inilah masa yang sesuai! Sebabnya promosi PayBack di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur kini kembali. 




Promosi PayBack Kini Kembali

Ditambah pula dengan musim perayaan ini, memang sesuailah korang nak beli kelengkapan pakaian semua. Oh Deepavali pun tak lama lagi kan? Beli awal-awal di Lulu dan tempah sekarang bak orang Kedah cakap, awai tak kalut! LOL 



Promosi Di Bahagian Pakaian 

Kalau nak tahu, bermula pada 5 Ogos hingga 25 Ogos ini, Lulu Hypermarket Kuala Lumpur telah mengadakan PayBack Offer tau. Yang mana kalau korang beli barangan-barangan berupakan pakaian, kasut, Beg tangan wanita dan aneka saree berjumlah RM100 ke atas, korang secara automatik akan dapat voucher RM50 secara PERCUMA! haa nampak tak aku capslock disitu. 





Tips Untuk Dapatkan Baucer Di Lulu 

Aku dah pergi ke Lulu KL baru-baru ini, korang bayangkanlah dengan harga yang murah lepas tu siap dapat PayBack lagi so kalau korang spend RM100 seolah-olah korang cuma berbelanja RM50. Lepas tu korang tahu kan aneka barangan basah dan kering ataupun barangan dapur dekat sini super duper murah kan? 




Haa ini tips aku kalau korang nak shopping baju dan barang dapur dengan cara jimat. 

  1. Pergi ke bahagian baju, kasut atau saree 
  2. Shopping lah apa-apa di bahagian situ dengan pembelian minimum RM100.
  3. Bayar dan dapatkan baucer
  4. Dah dapat baucer, shopping lah di bahagian dapur dan makanan sampai tak ingat dunia dan gunakan baucer tadi. Haa bijak tak? jangan cakap abam tak belanja tips ya hehehe. 

Namun perlu diingatkan ya, promosi ini hanya sah di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur sahaja tau! Cawangan Cheras iaitu di Taman Shamelin Perkasa tidak termasuk ya memandangkan dekat sana tiada koleksi Saree untuk korang dapatkan. 




So sementara tengah ada promosi ini, baik cepat ke Lulu KL nanti habis melepas pula!



2 comments:

Sis Lin said...

Hui murahnyaaa..napelah takde kat Johor ek...Kalau ada, Sis ko laa pelanggan tetap setiap pagi dah muncul hehehehe

Abam Kie said...

lepas ni kena serbu Lulu la. x nak ketinggalan shopping n cashback ni.
done follow your blog.
www.zukidin.com