Total Pageviews

Kafe Ruma Puteh Kena Beratur Panjang!

Sejak kebelakangan ini,  aku kerap juga nampak kawan-kawan muatnaik gambar diorang makan dan bergambar di sebuah lokasi. 




Ruma Puteh Tarik Ramai Pengunjung 

Agak menarik sebab sekali imbas macam berada di Santorini, Greece memandangkan terdapat blok blok binaan berwarna putih dan biru. Itulah kafe terbaharu di Kuala Lumpur yang diberi nama Ruma Puteh terletak di Titiwangsa Kuala Lumpur. 

Tak terfikir pun nak kesini, tapi sebab kebetulan ada dekat KL dan aku serta kawan-kawan lain pun tak makan lagi, kiteorang buat keputusan untuk brunch di Ruma Puteh walaupun tahu risiko untuk beratur panjang sangat tinggi. 

Beratur Panjang Seawal 11 Pagi 

Seperti yang dijangka, walaupun baru dibuka pada jam 11 pagi dan kiteorang sampai lebih kurang 11.30 pagi, sudah tertera papan tanda yang tulis 'sudah penuh' dengan pelanggan yang sampai terlebih dahulu dan membuat tempahan awal.


Alang-alang dah sampai dan panas pun mungkin panas pagi, kiteorang sanggup juga beratur demi merasa penangan Ruma Puteh. 




Masa menunggu, ada juga krew yang bertanya pada kami dan pelanggan lain untuk tunggu agak sedikit lama dan nasihatkan untuk membuat tempahan lebih awal. Menjengah ke ruangan Insta-story diorang tertulis pula  sudah tidak menerima tempahan memandangkan terdapat banyak tempahan yang ingin dibuat dalam IG diorang. 




Aku rasa mungkin tak terima hari tempahan sehari sebelum, so kalau nak senang better korang buat tempahan lagi awal. Kiteorang pun bernasib baik , tak ada la tunggu lama sangat hanya dalam 15-20 minit, dan rezeki dapat tukar meja yang lebih besar dan redup di bawah pokok. 

Port Cantik Bergambar Di Ruma Puteh



Melangkah masuk ke tempat ini, agak kagum sebab memang seakan berada di sebuah negara barat apatah lagi tona warna yang digunakan menaikkan seri lagi Ruma Puteh. Di awal pintu gerbang, kelihatan sebuah rumah putih yang kecil untuk digunakan sebagai acara tertutup, yang ini semestinya korang perlu buat tempahan lagi awal.

Bila dah masuk, of course dine-in first then baru lah ambil gambar. Kesian dekat orang yang tunggu nak masuk nanti.  Masa aku tengok menu-menu dia nak kata terkejut sangat tak ada lah sangat sebab selalunya kafe-kafe di sekitar KL memang harga mahal kadang ada yang tak masuk akal. Nak tahu menu di Ruma Puteh? Nah aku kongsikan buat korang, jangan terkejut ya sebab itu memang harga nya. 

Harga Makanan Di Ruma Puteh 





Masa nak order, ada juga menu yang tak ada jadi aku dan kawan-kawan sepakat untuk order Kacang Phool, Lontong Darat, Nasi Rewang, Nasi Kerabu dan Spaghetti Oglio Aglio Prawn. Untuk minuman pula kami order Kopi Susu, Teh Tarik Ais, Beet Booster dan Peppermint Tea. 


Nasi Kerabu 

Nasi Rewang 

Kacang Phool

Spaghetti Aglio Olio 

Lontong Darat 

Peppermint Tea

Ulasan aku? Dari segi rasa makanan aku rasa sekadar biasa sahaja, tak ada sedap sangat dan tak adalah tak sedap sangat. Tapi dari segi minuman, agak mengecewakan sebab air kopi tu aku boleh katakan macam hampir nak buang, tak boleh nak minum sebab rasa kopinya terlalu nipis. 

Kopi Susu Sebelum & Selepas Mengadu Pada Krew. Terima Kasih Ruma Puteh!

Mujur lah krew mereka datang, dan macam boleh faham situasi kiteorang yang ingin tambahkan sedikit perasa dalam minuman. Siap minta maaf dan sedia menerima penambahbaikan, katanya mereka baru buka dalam masa 2 minggu dan memang menerima kunjungan pelanggan diluar jangkaan. 

Disebabkan itulah segala kekurangan, mereka sedia menerimanya untuk memperbaiki khidmat di Ruma Puteh. Dari segi layanan aku bagi 5 bintang!
 
Tips Untuk Ke Ruma Puteh 






  • Sila buat tempahan lebih awal 
  • Kalau nak walk-in sila datang awal pagi, tapi perlu diingatkan mungkin ada menu yang tak ada 
  • Bila dah masuk, sila pesan makanan terlebih dahulu dan baru ambil gambar di kawasan sekitar. 
  • Pakai baju warna yang menyerlah, confirm gambar korang akan cantik nanti 
  • Menurut pekerja di sini, best timing untuk ambil gambar cantik adalah pukul 4 petang ke atas bila matahari mula terbenam
  • Parking? Disebabkan Ruma Puteh terletah bersebelahan Istana Budaya, korang kena pandai cari parking. Datang awal pagi, mungkin bernasib baik masih ada tempat untuk parking kereta korang, tapi bayangkan kalau datang waktu petang yang sedia maklum sesak dengan ramai orang yang beriadah di Tasik Titiwangsa. 
  • Pesan aku, memandangkan korang masih lagi Work From Home, ambil kesempatan ini  untuk pergi waktu pagi atau tengahari masa hari bekerja. Much better!

Lokasi Ruma Puteh 

60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 11 pagi -10 malam (9 malam pesanan ditutup) 
Dibuka setiap hari kecuali Isnin 

15 comments:

Rawlins GLAM said...

Awalnya memang teruja nak OOTD kat sini tau. Siap kami sekawan ada tema OOTD. Sekali dah 2 jam tunggu makanan, bila dapat plak sejuk, terus takde mood.

Hurm lahai

Bae Roslan said...

lemah betul tempat viral ni naknkena beratur panjang. boleh hilang lapar jadinya haha tapi tempat memang cantik ootd

Yusuf Ahmad said...

Perghhh mesti sedap makan dekat sini...tapi nak beratur panjang tu yang tak sanggup...kalau bawak awek silap2 blh bergaduh ngan awek

Tekkaus said...

Wow! Sampai full house? War...the ambience looks really beautiful and the food seems really amazing too. Wish I could visit this place too. But the waiting time might be a big turn off.

Huda Halid said...

tempat cantik, memang gigih lah orang pergi beratur sini. tapi kalau huda , memang tak sanggup sebab bawa anak2 yang bukan tahu sabar tunggu berjam2 ni

Bella Jamal said...

Haiyo sedihnya kopi tu. Kalau sis memang sorry nak beratur cmtu. Biarlah sis pegi lain kali. Haritu kat Hill Bakers pun bila beratuq kita tk jd duduk. Rimassss! Haha. Tp kn jengah gak ni sb tmpat lawo. Makanan kena improved ye. Kalo tak awassss.

Zaza Azman said...

Haha baru je aritu tgk org promote ruma puteh ni. Baru acah2 nak pergi tapi tgk mcm2 bad feedback. Sis tak mau ah. Harga mkn pun... Hmmm kita kena pegi bila org dh lupakan dia. Hahahhaha

Sis Lin said...

Memang betullah, tempat dia cantik sangat.. harga makanan pun takde laa mahal sangat.. tapi betul ke yang ramai kata pesanan makanannya lambat tu? ..
Ni kalau anak Sis tau, mestilah dia pergi ni..

Sunshine Kelly said...

I heard about this place and one of my friend posted some photos when she was there, the place memang instagramable.

saidila said...

Memang cantik port nak bergambar dia kan. Tapi itulah sejenis tak suka beratur lama-lama lagilah kalau tengah lapar. Kalau nak datang setakat untuk bergambar jer agak2nya boleh tak ? hahahaha

Ruby said...

Ohhh dekat Titiwangsa. Boleh la pergi nanti. ikut saranan Khai kena booking. Nanti nak buat tempahan. Baru la tak beratur panjang. ekekekke.

Marina Bashah said...

Panjangnye beratur. Sis tak gigih nak tunggu lama-lama walaupun tempat cantik. Hihi

Nina Mirza said...

Memang ramai dah tengok kengkawan selfie makan-makan kat sini. Lawa giler view dia, sesuai OOTD. Nanti nak pegi jugak later..

AyuArjuna BiGoshh said...

glamer tempat ni rupanya...cuma ialah..bila dah jadi trikan..kurangla amik berattentang perkhidmatan...sayang tempat cantek tapi servis mengecewakan

Kitkat Nelfei said...

Hurm... teringin nak pergi juga but maybe not masa terdekat... tengah viral biasa la.. mereka pun tak expect to handle crowd macam ni kot.. cool dulu, nanti my turn pulak tengok ada improvement tak... :P