Total Pageviews

Popcorn Ini Lagi Sedap Dari Jenama Antarabangsa Itu!

Jujur aku katakan aku bukanlah peminat popcorn sangat walaupun pergi wayang mesti terbeli. Sebab apa? Saja nak feeling hrmm rindu pula nak tengok wayang. 




Parcel Dibungkus Rapi 

Cakap pasal popcorn, menerusi kempen review percuma yang aku jalankan baru-baru ini, pihak Cornessto Popcorn telah menawarkan popcorn diorang untuk bagi aku rasa. Diorang hantar secara delivery, masa itu aku macam dah main teka-teki macam mana diorang nak hantar, dalam kampit ke? dalam tin? 

Tibanya parcel dekat rumah aku terkejut sebab ada kotak bersaiz sederhana dekat rumah aku. Rupa-rupanya Cornessto diorang pack letak dalam kotak. 

Masa nak buka, aku sekali lagi terkejut sebab tak silap ada lebih kurang 5 lapisan yang aku kena buka, kalahkan packaging pinggan mangkuk! Memang betul-betul rapi. Popcorn ini diisi dalam balang plastik jadi memang langsung tak kemek apatah lagi pecah. 

Dua Perisa Cornessto 




Aku dapat dua perisa, satu royal dan satu lagi lite. Dua-dua aku dah rasa dan sangat sedap! Dia punya crunchy tu memang terasa lepas itu masa makan terdetik dalam hati yang popcorn ini macam fully coated je. Rupa-rupanya sangkaan aku betul, dekat botol pun diorang dah claim memang fully coated(bersalut penuh)




Untuk yang suka rasa karamel, korang go for royal popcorn sebab setiap butirnya bersalut dan diadun dgn himalayan salt. Kalau suka kurang manis go for lite, just nice! Aku suka dua-dua ikut mood nak makan mana, even housemate aku pun cakap sedap. 





Tahan lama dan tak masuk angin macam popcorn lain. Kalau ditanya aku punya review, aku boleh katakan Cornessto ini lagi sedap dari sebuah jenama antarabangsa. Yang itu aku dah makan, terlalu manis dan keras!

Kalau nak beli, korang boleh DM Cornessto di Instagram. Nak lagi senang, beli je di Shopee dengan cari Cornestto di platform tersebut. 


Instagram : KLIK SINI
Shopee :KLIK SINI 

8 comments:

Yanie said...

Nampak best, sis pun penggemar popcorn so boleh lah cuba ni sambil layan movie kat rumah hehe *rindu tengok wayang kat mall*

Rawlins GLAM said...

Ok. I berkenan sungguh dengan yang royal ones too. Boleh la makan sambil layan netflix before sleep nie

Mahamahu said...

Tachooog yer bila infulancer cakap lagi sedap dari antarabangsa tu hehehe kita suka juga makan popcorn time tonton netflix kat rumah ni hehehe best juga sedap...

Bae Roslan said...

biasa makan popcorn kalau pi tengok movie, ni dah lama tak pi movie boleh beli yang ni je la hehe

Sis Lin said...

Jujurnya Sis pemakan popcorn tau, tapi bila ko kata yang Gor tu tak sedap, waaaa nak kena try ni yang ni.. sejenis ke ada beberapa jenis Khai?

SalinaJohari said...

Serius sedap !! Haritu geng office ada beli dan terus rasa tau . Memang berbaloi , kalah pop corn branded. Nanti nak repeat

AyuArjuna BiGoshh said...

Nampak pun sedap. Dengan saiz besar2 mcm tu. Nanti boleh try.. makan sambil tgk Netflix

Kitkat Nelfei said...

Benda wajib ada kat rumah sekarang! :) Baru feel tengok movie2 yang ada kat Netflix kan! layan! Okay nak check their IG la... siap ada kat Shopee! Lagi senang macam tue..