Total Pageviews

Inikah Tanda Syahid Siti Sarah? Aku Sendiri Saksikan Di Tanah Perkuburan Sungai Pusu Gombak

Sehari sebelum penyanyi popular Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, aku macam terdetik rasa tak sedap hati. Sebelum tidur, aku mengharapkan akan ada keajaiban buat penyanyi ini. 





Aku tidur tak berapa nyenyak malam itu tak tau entah kenapa. Tepat pukul 5.45 pagi aku terjaga dari tidur,   terus tengok telefon sebab nak tahu pukul berapa. Masa itu, ada beberapa Whatsapp masuk kira-kira 15 minit sebelum itu. 

Sarah Sudah Tiada 

Rupa-rupanya dari pengurus Sarah yang memaklumkan figura ini telah meninggal dunia pada jam 5.13 pagi. Terus air mata aku mengalir sebak tanpa henti seakan tidak percaya. Aku buka timeline Twitter, betul Sarah sudah tiada.




Kebetulan azan Subuh sudah berkumandang, air mata masih lagi mengalir. Terus aku ambil wudhuk tunaikan solat Subuh. Menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang wartawan hiburan, aku buka laptop untuk memulakan rutin harian. Kali ini terasa lain sangat, kerana mengenali Sarah bukan sekadar selebriti, tetapi untuk pengetahuan korang Sarah merupakan antara selebriti yang begitu rapat dengan rakan-rakan wartawan.




"Industri Berduka, Siti Sarah Meninggal Dunia". Itulah tajuk artikel pertama aku untuk 9 Ogos bersamaan hari terakhir bagi tahun 1422 H bagi umat Islam. Tangan aku terhenti beberapa kali daripada menaip menulis artikel. Entah berapa kali aku menangis daripada jam 6 pagi tadi mengenangkan pemergian Sarah serta nasib Shuib dan anak-anaknya yang masih kecil selepas ini. 

Bergegas Ke Kubur 

Aku sempat menulis 3 artikel mengenai Sarah sebelum salah seorang wartawan senior yang mesra disapa sebagai Mak Wan/ Abang Wan mesej aku mengajak pergi ke Tanah Perkuburan Sungai Pusu,Gombak, tempat dimana jenazah Sarah akan disemadikan. Masa diajak aku agak berbelah bahagi memandangkan jauh di Gombak manakala aku di Shah Alam. Kalau diikutkan jenazah akan dikebumikan pada jam 12 tengahari dan sekarang waktu menunjukkan pukul 10 pagi, terdetik di dalam hati memerlukan surat kebenaran merentas negeri. 




Mengenangkan ini adalah penghormatan yang boleh diberikan selaku rakan wartawan, aku bergegas siap memandangkan Abang Wan ajak pergi sekali. Masa itu kalau diikutkan aku perlu siapkan artikel selebihnya tetapi aku minta izin kepada editor untuk pergi ke sana buat liputan secara langsung. 

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Kami tiba di Tanah Perkuburan Sungai Pusu Gombak jam 12 tengahari ini. Masa itu, kelihatan rakan-rakan wartawan lain sudah berada disitu untuk turut buat liputan. Kami dimaklumkan van jenazah baru sahaja bertolak daripada hospital dan mengambil masa kira-kira 45 minit juga untuk tiba di tanah perkuburan. 

Tiba-Tiba Sesak

Kawasan tanah perkuburan di situ tidak lama kemudian secara tiba-tiba dipenuhi dengan ramai orang yang terdiri daripada ahli keluarga Sarah, media, kenalan serta penduduk kampung yang ingin memberikan penghormatan. Aku sendiri tidak sedar bila masa diorang datang dan kawasan situ sesak dengan kereta. 





Untuk makluman, kami semua tidak dibenarkan masuk ke dalam tanah perkuburan.Hanya boleh lihat dan buat liputan di luar pagar sahaja memandangkan ada SOP yang perlu dipatuhi. Tidak lama kemudian, kedengaran siren dari van jenazah berwarna hijau tiba di tanah perkuburan. Ya, itulah van yang membawa Sarah. Secara tiba-tiba muncul perasaan sebak dan sekali lagi air mata aku mengalir melihat van tersebut, terasa seperti Sarah sedang melihat kami. Ya, Sarah ramai kawan-kawan datang untuk tengok mu walaupun dari jauh. 

Masa itu, ada tiga pengebumian jenazah perlu dilakukan termasuk Sarah. Kalau diikutkan SOP, kesemua urusan pengebumian tidak boleh dilakukan serentak, perlu ikut giliran dan mengikut masa yang ditetapkan. Van jenazah Sarah tiba yang terakhir. 




Nak dijadikan cerita, urusan pengebumian jenazah 1 dan 2 disempurnakan dalam masa 15-20 minit manakala jenazah Sarah seolah-olah mendapat kelebihan menjadi yang terakhir. Manakan tidak, ketika usai pengebumian jenazahnya orang ramai masih disitu untuk memberi penghormatan dan mendoakannya. Aku kagum. 

Banyak Keajaiban 

Malah, ketika jenazah dikeluarkan dari van langit yang tadi panas terik secara tiba-tiba mendung di kawasan perkuburan. Terdetik di dalam hati, adakah ini tanda syahid mu Sarah? Ramai yang datang beri penghormatan walaupun dari jauh sehingga pihak Polis terpaksa membuat pengumuman meminta orang ramai menjaga SOP dan penjarakkan fizikal.  Di media sosial, tak perlu aku sebut sebab rasanya seharian orang bercakap pasal Sarah, ramai yang mencemburui akan kematiannya. 

Shuib pula memaklumkan, di masjidil haram  ada pihak yang telah membuat solat jenazah Ghaib buat Sarah. Kebaikan apa yang dibuat oleh Sarah sampai ramai yang terkesan dengan berita pemergiannya?

Buat rakan-rakan non muslim yang membaca artikel ini, Syahid bermaksud meninggal dunia dalam keadaan yang mulia. 

Alhamdulillah. Urusan pengebumian Sarah berjalan lancar. Masa kami nak balik ke rumah, tiba-tiba Abang Wan tanya dekat aku.

"Macam mana Sarah malam ni? Dia dah la penakut.." "Okay takpe kubur dia insyallah luas dan terang kan khai"
Aku diam seketika dan tanpa sedar air mata aku mengalir lagi. Dalam hati aku getus, Insyallah bang. Sarah sekarang ini mungkin berada di dalam Syurga menjadi bidadari dan sedang tersenyum melihat ramai orang mendoakannya. 

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga tertinggi Siti Sarah Raissuddin. Buat Shuib, teruskan kuat semangat menjaga empat cahaya mata yang diwariskan Sarah buatmu. Al-Fatihah. 

7 comments:

Suria Amanda said...

Sedih kan ..apatah lagi awak yang mungkin agak rapat dengan arwah..kami yg bukan siapa2 ni pun terkesan dengan pemergian arwah..3 hari terkesan...semoga areah ditempatkan dikalangan para solihin...amin

Rawlins GLAM said...

Even membaca yang nie pun air mata bertakung sedikit. Tak pernah bertemu arwah secara berdepan tapi taktau kenapa sayu sangat dengan pemergian arwah.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan berdampingan kesayanganNya.

SalinaJohari said...

AlFatihah (dibaca). Moga Allahyarhamah ditemptkan bersama golongan yang beriman dan solehah. Pemergian yang dicemburui. Insan yang menjadi sebutan & dirindui

marsha said...

Akak tengok LIVE pengebumian arwah Siti Sarah aritu. Sedih sangat. Tapi memang akak adore dengan arwah. Kematian yang dicemburui.

Ruby said...

Innalilillahiwainnalillahirojiun, Al-Fatihah. Akak tengok live di Youtube Astro Awani. Semoga arwah Siti Sarah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sis Lin said...

Allahuakbar.. sehingga kini masih ramai yang terkesan selepas kemtian SS ni kan.. sedih satu dunia.. kita berdoa agar kematian kita juga akan baik-baik jua di mata ALlah..

Sunshine Kelly said...

My deepest condolences and I pun turut bersedih atas pemergian Siti Sarah