Total Pageviews

realme Book Kini Di Malaysia! Lagi Gempak Dari Macbook?

Korang tengah cari laptop yang ringan , laptop yang murah dan bersaiz kompak? Apa kata dapatkan realme book yang kini tiba di pasaran Malaysia. Kalau korang nak tahu ini adalah cubaan pertama realme untuk  meneroka ke dalam segmen komputer riba. 




Dua Pilihan 

Berapa harga nya? Untuk korang yang berminat, realme Book ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Realme Blue dan Real Grey. Harganya bermula RM2,999 untuk realme Book (i3), sementara itu model i5 pula berharga RM3,499. 




Nak lagi murah? realme ada buat promosi untuk model i3 yang mana korang boleh beli pada serendah RM2,499 ketika jualan pertama yang berlangsung pada 27 Ogos ini. '

Spesifikasi realme Book

Untuk spesifikasi , realme Book hadir dengan pilihan CPU dan GPU yang berbeza. Model dengan CPU Intel-Core i3-1115G4 dipadankan dengan GPU Intel UHD. Sementara itu, model dengan Intel-Core i5-1135G7 pula menggunakan GPU Intel Iris Xe.




Selain itu, laptop ini turut  dilengkapi skrin bersaiz 14-inci LCD (IPS) dengan resolusi 2K (2520 x 1680 piksel), sRGB 100% dengan kecerahan 400nits, nisbah aspek 3:2 dan nisbah skrin-ke-badan mencecah 90%. Memori pula terdiri daripada 8GB DDR4 RAM dan storan sehingga 512 GB PCIe SSD.




Yang aku cakap gempak, sebab realme book mempunyai bateri sebesar 54Wh yang dikatakan mampu beroperasi sehingga 11 jam lamanya. Di samping itu, ia turut menyokong pengecasan 65W Super Fast Charge yang boleh mengecas komputer riba sehingga 50% dalam masa 30 minit. Power kan? 

realme book ini boleh selaras  dengan teknologi pengecasan 30W Dart Charge yang boleh mengecas telefon realme dengan port sambungan USB-C. Tak cukup dengan itu, laptop ini ada perisian PC Connect. So buat realme user boleh la connect phone korang dengan realme book .


Link pembelian : 



-  realme Book (i3) : https://bit.ly/laptopi3pr


-  realme Book (i5) : https://bit.ly/laptopi5pr 

No comments: