Total Pageviews

Lulu Amerin Mall Kini Dibuka! Lulu Hypermarket Perkenalkan Cawangan Keempat

Dalam diam Lulu Group Retail telah membuka cawangan mereka yang ke-4. Bertempat di Amerin Mall, Balakong Lulu di sini adalah Lulu Grocer yang pertama berkonsepkan stor runcit.



Lulu Grocer Amerin Mall Kini Dibuka

Aku berkesempatan untuk pergi ke pembukaan Lulu Grocer Amerin Mall baru-baru ini memandangkan terdapat promosi khas yang diadakan bermula pada 25 hingga 27 Oktober. Bagi aku, pembukaan Lulu di Amerin Mall ini tersangatlah bagus. Bukan sahaja membantu masyarakat sekitar membeli barangan runcit dengan lebih murah malah turut memeriahkan lagi mall ini. 




Dari segi kemudahan, aku rasa serba lengkap kerana di bahagian basement mempunyai ruang parkir mencukupi dan di dalam Lulu Grocer sendiri mempunyai pemisah mengikut barang-barang keperluan. 

Masih Ada Promosi Lain 

Buat korang yang dah terlepas promosi pembukaan, jangan risau sebab Lulu Grocer masih adakan jualan promosi lain sehingga hujung Oktober. Selain itu, terdapat juga promosi Deepavali untuk korang yang merayakannya. 



Yang aku suka dekat Lulu Grocery ini walaupun lagi kecil daripada Lulu Hypermarket, tetapi di dalamnya dengan bersaiz 31 ribu kaki persegi masih lengkap dan pelbagai.  Antaranya : 

  • Delicatessen - aneka jeruk dan bahan kisar mentah 
  • Roastery - aneka kekacang dan kurma 
  • Hot Food - Masakan Panas (beriani dan aneka nasi dia wajib cuba!)






Jadi kepada korang yang tinggal berhampiran jangan lupa untuk datang ke Lulu Grocer Amerin Mall okay?  Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman sosial media rasmi LuLu Hypermarket di bawah:

1 comment:

suituapui said...

Not familiar with the vicinity! Business looks all right, quite good for a time like this. Hopefully, it will do well. #staysafe #staywell