Total Pageviews

Grand Oasis Inspire Event Hall Dewan Acara Paling Cantik 2022!

Pertama kali menjejakkan kaki ke Grand Oasis Inspire Event Hall yang terletak di Seri Kembangan, Selangor membuatkan aku terleka dibuai perasaan kagum. 




Dewan Acara Eksklusif! 

Mana tidaknya, jika diluar dewan acara ini pada hemat aku mungkin hanya sekadar dewan acara biasa . Tetapi bila melihat ada ruangan foyer dan lobby berkonsepkan Inggeris, aku mula terfikir ini bukan dewan biasa. 





Ternyata telahan aku tepat! Buka sahaja pintu, terserlah sebuah dewan berkonsepkan elegan dan terhampar sebuah lantai putih seolah-olah mengalu-alukan kehadiran tetamu. Di sebelah kanan aku tersedia sebuah pentas yang dihiasi dengan dummy pelamin yang menggambarkan hiasan pelamin buat mereka yang ingin menganjurkan majlis perkahwinan. 





Tidak jauh di sebelahnya pula juga tersedia sebuah pentas mini, disitu terdapat beberapa orang pemuzik dan penyanyi yang boleh membuat persembahan nyanyian di mana-mana acara keramaian seperti majlis perkahwinan, sambutan hari lahir dan sebagainya. 

Pelbagai Tarikan

Namun, perhatian aku lebih tertumpu kepada tangga spiral di penghujungnya. Terdetik dalam hati aku beruntung siapa yang buat acara dekat sini. Aku dah bayangkan pengantin akan turun dari tangga untuk bersama dengan pasangannya, atau penyanyi yang adakan konsert di sini muncul dari tangga sebagai gimik. Fuhh! 





Itu baru sebahagian tarikan Grand Oasis Inspire Event Hall. Selebihnya ini info yang aku dapat berdasarkan kenyataan dan info yang diperolehi daripada pihak pengurusan. 

Mempunyai empat ruangan acara 

  1. Grand Ballroom - sebuah dewan glass hall yang dilengkapi kerusi dan meja mewah 
  2. Garden Wedding - ruang acara secara terbuka di dalam taman
  3. Rooftop - ruang acara open air di bahagian atas bumbung 
  4. The Deck - sesuai untuk acara romantis berlatarbelakang waterfront 









Selain itu Grand Oasis Inspire Event Hall juga sedia menerima tempahan untuk acara berikut : 

  • Perkahwinan
  • Acara korporat
  • lain-lain acara (Rujuk SINI
Aku dah cuba rasa makanan yang disajikan oleh mereka so far memang sedap dan tidak mengecewakan. Malah ruang parkir di luar juga sangat besar jadi tidak ada masalah kalau buat acara disini. 




Aku pun dapat rasakan dewan ini bakal menjadi pilihan ramai syarikat untuk adakan acara. 





Difahamkan, pada bulan Ramadan nanti dewan ini juga bakal adakan buffet ramadan. Sama-sama kita nantikan! (Rujuk SINI

Untuk tempahan dan pertanyaan korang boleh rujuk kepada pautan di bawah : 


Email : grandoasiseventvenue@gmail.com 
Contact No : 019-2503090 , 016-3299776 ,  014-6667665.


5 comments:

Sis Lin said...

Rasanya ni dewan yang kawan anak Sis buat kerja kawin dulu.. memang benar sama, kalau dah anak kata cantik, makan dia sedap, so menang berbaloilah buat event kat sini...

Marina Bashah said...

Wahhh.serius cantik event hall dia. Suka tengok outdoor dia.

Princesa3290 said...

memang serious, cantiknyeee, jelesnyaaa sebab tak boleh sanding lg skali haha!

Rawlins GLAM said...

Cantiknya la yang garden location tu. Dah namanya Grand, harus la grand dia nyer decoration kan. Nice!

Rolling Grace said...

This is such a beautiful event hall. the vibe is so elegant and classy, making it the perfect place for a wedding!