Total Pageviews

Cara Hilangkan Resdung Teruk Dengan Eskayvie Diffenz

Siapa kat sini ada Resdung? Aku percaya ramai di antara korang yang ada resdung. Cuma yang masalahnya, korang sendiri pun tak tahu yang korang tu ada resdung. 





Betul tak? Resdung ni hampir setiap orang ada, Cuma yang membezakannya resdung tu tahap kronik (teruk) atau pun tidak.


Apakah Resdung?


Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis/jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada membran mukus yang melapisi sinus dan mengakibatkan gejala yang mungkin termasuk lendir hidung berlebihan, hidung tersumbat, dan sakit muka. 


Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. Batuk sering menjadi lebih teruk pada waktu malam. 


Komplikasi yang serius jarang berlaku. Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.


Resdung ("sinusitis") boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus.


Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi bertambah baik. 


Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, fibrosis sista, dan fungsi imun yang lemah. Masalah resdung kerap berlaku dan dialami oleh 1 daripada 8 orang dewasa setiap tahun. Sumber: wikipedia


Gejala Resdung


Antara gejala resdung adalah seperti dibawah:


- Hidung selalu tersumbat

- Lendir dari hidung dan tekak

- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata

- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang

- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan

- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


Punca Penyakit Resdung


Antara punca-punca resdung adalah seperti berikut:


- Jangkitan virus

- Jangkitan bakteria

- Jangkitan fungus

- Alahan atau alergi

- Polyp atau ketumbuhan dalam hidung

- Septum hidung yang rosak

- Jangkitan adenoid

- Penyakit cystic fibrosis, penyakit keturunan di mana terdapat pengumpulan mukus di dalam badan

- Jangkitan pada gigi juga boleh menyebabkan resdung.

- Walaupun jarang berlaku, tetapi bakteria daripada gigi boleh merebak dan menjangkiti rongga sinus muka.


Faktor Risiko Resdung


Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat resdung:


- Alahan melibatkan hidung.

- Laluan udara dalam hidung tidak normal seperti kecacatan septum hidung atau kewujudan polyp.

- Perokok atau sering menghidu udara tercemar.

- Adenoid membesar atau mengalami keradangan.

- Pergi ke kawasan jangkitan seperti pusat penjagaan kanak-kanak.

- Aktiviti yang melibatkan perubahan tekanan seperti menyelam skuba dan melakukan terjunan udara.

- Sistem imuniti yang lemah.

- Penyakit cystic fibrosis.


Kesan Jangka Panjang


Kebanyakan kes resdung akan pulih setelah mengambil ubat dan melakukan rawatan di rumah. Namun jika ianya berpanjangan, resdung boleh menjadi subakut atau kronik.


Resdung subakut bermaksud resdung yang berterusan sehingga tempoh empat ke lapan minggu. Resdung kronik pula berlaku melebihi tempoh lapan minggu.


Penyakit resdung juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan kuman kepada mata, telinga dan tulang muka. Kadangkala ianya juga boleh menyebabkan meningitis atau jangkitan selaput otak.


Antara tanda-tanda jangkitan ini adalah:


- Sakit kepala yang teruk dan tidak berkurang dengan pengambilan ubat

- Demam panas

- Perubahan penglihatan

- Tanda-tanda ini bermaksud jangkitan telah merebak keluar daripada rongga sinus.

 Sila berjumpa doktor dengan segera jika ada mengalami gejala ini.


Rawat Resdung Teruk Dengan Eskayvie Diffenz


Berita baik pada korang yang menghidapi resdung yang teruk. Eskayvie Diffenz antara ikhtiar yang boleh korang guna untuk merawat masalah resdung kerana didalamnya mempunyai SUPERFOOD seperti Cendawan Susu Harimau, dan Buah Camu-Camu yang sangat bagus untuk paru-paru, meningkatkan sistem imun badan, anti kanser dan ia telah digunakan secara tradisional sejak dari dahulu lagi untuk merawat simptom masalah yang berkaitan dengan masalah pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.


Eskayvie Diffenz diformulasikan oleh doktor perubatan Dr Syid Ayob, doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. 


Ianya HALAL, selamat dan menggunakan bahan-bahan 100% semulajadi tanpa menggunakan bahan-bahan terlarang seperti bahan kimia dan dadah berbahaya. Jadi tak perlu ragu-ragu kalau nak makan Eskayvie Diffenz ni.


KHASIAT 4 SUPERFOOD DALAM ESKAYVIE DIFFENZ!


Dibawah ini adalah 4 bahan utama yang ada dalam Eskayvie Diffenz.


1. Cendawan Susu Harimau





- Berfungsi meningkatkan kesihatan paru-paru

- Menguatkan sistem imun dari dalaman

- Membantu masalah resdung, alahan dan eczema

- Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom
 masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma

- Bersifat anti kanser dan anti tumor

2. Buah Camu-Camu


Merupakan khazanah hutan tropika amazon yang mempunyai kandungan Vitamin C yang mudah diserap yang paling tinggi dalam buah-buahan. 





Ia mempunyai 30-60 x Vitamin C iaitu lebih tinggi daripada buah oren. Buah Camu-Camu kaya dengan sumber antiaksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic dalam menguatkan lagi sistem imun. 


Ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, kuprum, kalsium, potassium dan manganese.


3. Vitamin C





Meningkatkan tindak balas sistem imun dan mengurangkan komplikasi serius yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2. Banyak kajian menyokong bahawa dos Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.


4. Vitamin D


Penting untuk tulang, gigi dan otot. Ia juga membantu mengawal gula dalam darah, menyokong kesihatan saluran darah, paru-paru dan saluran pernafasan serta menguatkan sistem pertahanan badan dan organ-organ badan seperti paru-paru dan saluran pernafasan.





Kelebihan Eskayvie Diffenz


- Mengatasi masalah resdung, alahan, asma, ekzema

- Menguatkan & melindungi paru-paru

- Meningkatkan sistem imun badan

- Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru

- Memberi tenaga


Cara Pemakanan Eskayvie Diffenz




- Eskayvie Diffenz adalah tablet boleh kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air. 

- Kanak-kanak berumur 5-7 tahun disyorkan untuk mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi. 

- Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas, ambil 1 ke 2 tablet sehari, disyorkan selepas makan.


Feedback Pengguna Eskayvie Diffenz


Dibawah antara feedback pengguna yang dah mencuba dan mengamalkan Eskayvie Diffenz.







Asbab covid suaminya start ambil Eskayvie Diffenz. Alhamdulillah dah kurang bersin. Kalau dahulu selalu bersin sebab tak boleh silap makan, tak tahan sejuk dan habuk.


Feedback dari Norizan Abdullah, 30 tahun dari Klang, Selangor kongsikan kakak dan adiknya amalkan Eskayvie Diffenz selama sebulan. Kulit adiknya jadi lawa dan jerawat hilang. Kakaknya pula resdung semakin berkurangan.


Pengguna ni kongsikan anaknya 13 tahun amalkan Eskayvie Diffenz kulit jadi cantik, jerawat penuh pada dahi dah hilang. Anaknya yang juga menghidap ekzema semakin nampak perubahan yang lebih baik.





Tonton video ini perkongsian dari Puan Norfadillah yang menghidap Covid-19. Beliau dah cuba banyak jenis vitamin lain tapi tak dapat kesan yang diinginkan. 


Tetapi selepas cuba Eskayvie Diffenz, beliau Nampak perubahan yang baik pada dirinya.


Pentingnya Pengambilan Eskayvie Diffenz Sebagai Amalan Harian


Sebenarnya sangat penting ya kita amalkan suplemen tambahan untuk tingkatkan sistem imun badan sekarang ni. Lagi-lagi waktu sekarang ini, banyak sangat penyakit-penyakit diluar sana. 


Covid-19 pun kita masih belum bebas sepenuhnya lagi walaupun kita dah lama masuk fasa Endemik. Kes harian masih lagi tinggi sampai hari ni. Kalau kat negara China tu masih lagi ada beberapa tempat yang kena ‘lockdown’. 


Jadi, penting kita persiapkan diri kita dengan suplemen tambahan untuk memastikan tubuh badan kita berapa pada tahap yang terbaik untuk melawan penyakit yang berjangkit ni. Antara suplemen tambahan yang boleh korang ambil dan amalkan adalah Eskayvie Diffenz ni. 


Sejak dari PKP lepas, ramai yang dah cuba dan amalkan produk ni serta ramai yang dah berikan respon yang baik dan positif setelah mereka mencubanya. 


Eskayvie Diffenz ini juga sesuai untuk semua lapisan umur seawal 5 tahun. Kalau yang bawah 5 tahun tu boleh cuba Eskayvie Diffenz Junior untuk bagi sistem imun badan anak-anak korang tu jadi lebih kuat.


Untuk info lanjut mengenai Eskayvie Diffenz, korang boleh ke laman web dan media sosial Eskayvie.


Website : www.eskayvie.com

Instagram : https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq


#KitaIkhtiar  #EskayvieDiffenz




No comments: