Total Pageviews

Kedai Gajet Murah Di Semenyih | Gila Gadjets

Tahniah diucapkan buat kedai gadget murah, Gila Gadjets yang kini telah membuka cawangan terbaru mereka di Semenyih, Selangor. 




Baru-baru ini aku berkesempatan juga untuk singgah ke Gila Gadjets Semenyih dan tengok apa yang ada dijual dekat sana. Cakap je apa-apa mengenai telefon korang, semua aksesori ada jual di sini. Ada casing. screen protector, cable USB dan banyak lagi. 




Yang paling penting ia dijual dengan harga yang murah. Sebenarnya dekat sini ada jual macam-macam gadget, sesuai dengan namanya sebagai Gila Gadjets. 







Selain jualan, kedai ini juga tersedia dengan khidmat membaiki telefon bimbit yang rosak.

Dengan kepakaran pekerja diorang, telefon bimbit korang yang bermasalah boleh dibaiki face to face. Menariknya, proses baiki hanya mengambil masa selama 30 minit  bergantung kepada kerosakan dan stok alat gantian.



Cara macam ini sebenarnya lagi telus dan yakin berbanding yang suruh korang tinggalkan telefon. Selain itu, dekat sini juga hanya menggunakan alat gantian original dan berkualiti tinggi serta mampu milik.

Korang juga boleh dapatkan konsultansi kerosakkan secara percuma. Sebagai contoh, telefon aku yang satu lagi dah pecah dan saja lah tanya diorang boleh repair ke tak. Terus diorang check stok kalau ada dan maklumkan proses untuk repair. Bagus! 

Jadi untuk korang yang duduk di Semenyih dan berhampiran bolehlah ke kedai Gila Gadgets untuk dapatkan pelbagai aksesori telefon dan gajet yang murah. 


No comments: