Total Pageviews

Nak Sihat? Jom Makan Amerose Super Cereal

Untuk korang yang nak cepat kenyang, kurangkan masalah sembelit dan yang paling penting nak sihat, apa kata cuba ambil produk kesihatan Amerose Super Cereal by Rosecun. 



Produk yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa khasnya ini mempunyai pelbagai khasiat antaranya seperti mengenyangkan perut, memberi tenaga, mengurangkan masalah sembelit, seimbangkan tahap kolestrol dan nutrisi dalam badan. 


Menurut pengasasnya,  Rosnah Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Rosecun, Amerose Super Cereal ini sesuai dijadikan sebagai  hidangan sarapan pagi dan sesuai untuk semua lapisan umur. 

"Kata orang sesuai untuk mereka yang mahu diet dan mereka yang punyai diabetis pun boleh minum kerana tiada kandungan gula," kata Rosecun 

Untuk pengetahuan korang produk ini merupakan edisi terbaru dan didatangkan dalam bungkusan 10 paket sedia diminum dalam setiap kotak dengan harga RM39. Ia mengandungi bahan seperti Kurma, Madu, Delima, Aprikot, Ubi Bit, Chia Seed, Vitamin C & Kolagen*


Dalam perkembangan lain, pengasasnya, Rosecun yang juga bekas wartawan pernah diuji apabila wang simpanannya pernah licin sekitar enam tahun dahulu saat produk sulung keluarannya mula bertapak. 




Menurut Rosecun, setiap sen wang simpanannya ketika itu dilaburkan dalam usaha membawa produk makanan kesihatan Amerose Super Cereal by Rosecun ke negara Timur Tengah. 

"Kita hanya merancang Allah penentu yang terbaik. Produk yang sepatutnya dieksport hanya tersadai dalam kontena. 

"Memang saya terduduk tapi saya terima dan pujuk hati," katanya. 

Rezeki Allah, kini dia kembali dengan produk yang sama iaitu makanan sihat berasaskan Oat dengan bungkusan baharu lebih jimat. Rosecun berkata, dia yakin bangkit semula demi mencari rezeki sebagai seorang ibu tunggal dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. 

"Saya bertuah ada pihak yang sudi menyokong bersama-sama membangunkan semula produk yang memang mendapat sambutan sebelum ini," katanya lagi 

Untuk korang yang berminat untuk dapatkan produk ini boleh hubungi talian 0122575917 dan bercakap dengan Rosecun. 

No comments: