Sajian Seantero Dunia Di Le Meridien Putrajaya Sempena Krismas

Namakan sahaja, sajian antarabangsa? India? Cina? Jepun? Melayu asli? Semuanya ada di Le Meridien Putrajaya bersempena dengan perayaan Hari Natal/Krismas yang akan disambut oleh mereka yang meraikannya pada 25 Disember ini. 




Dibawakan oleh Chef Liou dan pasukannya, beberapa menu sudah pastinya akan menjadi tarikan buat tetamu hotel ini. Aku berkesempatan untuk merasai buffet yang disediakan dan seperti biasa hotel ini sentiasa mempunyai tempat di hati.

Antara menu yang menjadi tarikan disini adalah  Grand Fresh Seafood Mountain on Ice with succulent baby lobster, snow crab, fresh oysters, yabbies’ dan banyak lagi tersedia di Latest Recipe. 






Selain itu, terdapat Christmas Turkey Strip Pie, Roasted Christmas Lamb Rack, Roasted Giant Chicken , whole Christmas Fruit Cake, Christmas Yule Logs, Pudding, Stollen, Gingerbread turut menanti para pengunjung. 







Menariknya, pada New Year’s Eve Buffet Dinner akan ada band performance yang menghiburkan para tetamu ketika menjamu selera. 

Selain itu, pada tahun ini Le Meridien Putrajaya bekerjasama dengan Evian dengan menghidangkan Evian Sparkling water untuk menghilangkan dahaga. Minuman tersebut akan diberikan ketika Christmas Eve Buffet Dinner, Christmas Day Buffet Lunch dan New Year’s Eve Buffet Dinners. 







Harga Latest Recipe: 
  • The Christmas Eve Buffet - RM258 nett untuk dewasa dan RM129nett untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun). 
  • The New Year’s Eve Buffet Dinner - RM288 nett untuk dewasa dan  RM144 nett  untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun)
  •  A New Year’s Day Buffet Lunch (1 January 2024) RM218 nett untuk dewasa dan  RM109 nett untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun) 
Harga Le Mei : 
  • Le Mei Christmas Eve Set Dinner (24 December 2023) RM258 nett per pax  (minimum 4 pax)
Diskaun menanti untuk pemegang kad kredit yang terpilih. Untuk tempahan dan maklumat lanjut hubungi : 

+603 8689 6888 atau email dining.lmputrajaya@lemeridien.com

No comments: