Total Pageviews

Food Network Summit USJ Shopping Mall Kini Dibuka! Ada Banyak Makanan Menarik

Untuk korang yang berada di kawasan Subang dan berdekatan serta suka makan apa kata korang terjah Food Network yang terletak di Summit USJ Shopping Mall, Subang Jaya. 


Baru sahaja dirasmikan minggu lalu, di Food Network terdapat pelbagai jenis kafe vendor dan restoran yang menyajikan aneka hidangan. 



Sebut sahaja, masakan asli Melayu, Cina, makanan Jepun, Thai, Barat segalanya ada di sini. 





Sempat juga aku cuba makan di Kampung Lah, salah sebuah kedai yang terdapat disini. Sedap! Boleh dikatakan aku akan datang ke sini lagi untuk menjamu selera. Selain itu, aku suka tengok konsep dan dekorasi vendor-vendor disini yang ceria dan menarik. 


Sempena Ramadan akan datang kalau korang shopping atau mencari tempat untuk berbuka ke boleh je datang ke Food Network, macam-macam ada!

Untuk maklumat lanjut dan lihat kedai yang ada, korang boleh terus ke Food Network yang terletak di Ground Floor Summit USJ.

No comments: