Pengalaman Menginap Di Hotel Tenera Bangi | Berhadapan Pasar Malam

Agak lama juga aku tak buat hotel review dan menulis di blog ini. Macam janggal pula kali ini. Yang pasti, suka untuk aku kongsikan untuk tahun 2024 ada beberapa pembaharuan yang aku akan buat. Itu aku akan kongsi kemudian. 



Pengalaman Menginap Di Hotel Tenera Bangi

Tirai 2024 dibuka, aku berkesempatan untuk menginap di Hotel Tenera Bangi selama 2 Hari 1 Malam. Uniknya kali ini, aku bersama rakan-rakan yang lain memilih penginapan apartment memandangkan jumlah kami agak ramai. 

Dekat sini, kalau korang datang dalam jumlah yang agak ramai dan bersama keluarga sememangnya apartment adalah yang paling sesuai.



Kiteorang memilih double room suite yang mana ada dua bilik di dalam apartment tersebut. Satu bilik katil bersaiz King dan satu bilik mempunyai dua katil single. Kedua-dua bilik mempunyai kamar mandi tersendiri. 



Untuk bilik ini berharga RM400 dan sekarang mempunyai promosi percuma sarapan pagi. Kemudahan dalam apartment ini sememangnya lengkap dan korang boleh memasak sajian yang ringkas! 

Kemudahan yang tersedia : 

  • Bath Tub
  • Dapur dan utensil (tapi utensil aku tak pasti sebab time aku check in tak ada) 
  • LCD TV 
  • Mini Bar
  • Ruang Tamu 
  • Balkoni 
  • Kolam Renang



So far aku tak ada masalah dekat sini, tidur pun agak nyenyak apatah lagi semua kemudahan dah ada dekat dalam. Nak pergi kolam renang turun sahaja bawah, cuma nak pergi makan tu korang kena berjalan sikit la dalam 20 meter macam itu sebab berkongsi dengan tetamu di hotel. 

Hi Tea Dan Ala Carte Di Hotel Tenera Bangi 

Untuk pengalaman menikmati juadah di sini, aku berkesempatan untuk mencuba Weekend Hi Tea dan Ala Carte mereka. Weekend Hi-Tea dia bagi aku agak murah sebab harga cuma RM78 bagi dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak. 







Setakat ini aku rasa antara Hi Tea hotel yang termurah pernah aku jumpa kebanyakannya sekarang mencecah lebih RM100 bagi dewasa.  Bertempat di Saffron Basserie, pilihan makanan juga agak banyak antaranya Lontong, Nasi Ayam, aneka makanan panas, pelbagai jenis lauk dan macam-macam lagi. 












Pendapat aku killer menu diorang adalah Kari Salmon. Walaupun aku tak makan ikan tetapi aku sempat mencuba kuah dia, sedap! 

Ala carte pun ada banyak pilihan yang korang pesan. Macam aku, sengaja memilih Mee Bandung berdasarkan cadangan kawan-kawan yang lain. 




Ternyata sedap! Walaupun ada yang cakap Mee Bandung yang sebenarnya sedap di tempat lain tetapi bagi aku yang ini kena dengan tekak. Approved! 

Menu lain yang kiteorang order boleh tengok gambar di bawah: 







Pengalaman Breakfast 

Pengalaman breakfast di hotel ini bagi aku macam kurang memuaskan. Pertama mungkin sebab terlalu ramai, jadi korang terpaksa beratur panjang untuk ambil makanan. Jadi better korang bangun seawal pagi untuk elakkan kesesakan. 

Kedua dari segi pilihan makanan. Tak banyak sebenarnya menu tersedia. Jadi kalau korang rasa nak cuba sesuatu yang berbeza, cadangan aku apa kata korang ke Pasar Pagi Ahad yang terletak di hadapan hotel. 

Korang boleh berjalan kaki sahaja untuk ke situ. Malah di sebelah malamnya pula ada Pasar Malam pada setiap Sabtu. Jadi aku berkesempatan untuk ke situ pada malam dan pagi, memang meriah! 




Fasiliti parkir pula sememangnya mencukupi. pastikan korang validate dahulu sebelum keluar ya. Overall pengalaman aku menginap di sini memuaskan, boleh repeat lagi!

Untuk tempahan dan maklumat lanjut korang boleh ke laman web Hotel Tenera Bangi 

No comments: