Total Pageviews

Ella, Afgan, Masdo, Exists, AMNEETA Bakal Meriahkan Festival Aku.Muzik & Kamu 2.0

Kembali menghangatkan selatan semenanjung, Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) bagi edisi 2.0 akan menampilkan sembilan (9) pemuzik Nusantara yang akan menghangatkan pesta 10 jam tanpa henti tersebut pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor.




Festival AMK yang memasuki tahun kedua penganjuran kini dikenali AMK 2.0 akan menjanjikan satu festival muzik yang tidak akan dapat dilupakan di mata pemegang-pemegang tiket.




CoAction Events Sdn Bhd selaku penganjur AMK 2.0, dengan bangganya mengumumkan sembilan pemuzik Nusantara terdiri daripada kumpulan Masdo, IAMNEETA, Saixse, Feel Koplo, Imran Ajmain dan Ratu Rock Negara, Ella.


Lebih menarik, Afgan dan kumpulan Nidji akan diterbangkan khas dari Indonesia untuk menghiburkan peminat-peminat. Bakal mencetuskan fenomena seperti kelazimannya, , kumpulan Exists turut akan mencipta sejarah baharu dalam AMK 2.0 yang akan bermula dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.

"Seramai 12,000 orang hadir di Aku.Muzik&Kamu yang julung kali diadakan tahun lepas.

Festival ini begitu berjaya sehingga dicalonkan sebagai Acara Dalam Negeri Terbaik Johor untuk 2023. Tahun ini, kami menjangka kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak.

"Festival muzik kali ini akan terus menampilkan sembilan pesohor seni muzik bakat tempatan dan Indonesia. Mereka mewakili genre muzik yang berlainan untuk menepati citara pengunjung kami nanti.

"Ini adalah landasan kami untuk menyemarakkan industri seni, dengan menyatukan bakat-bakat muzik Nusantara, sekaligus memberi kepuasan maksima kepada semua pembeli tiket," ujar Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring.

Di kesempatan itu, David turut  berterima kasih kepada rakan kongi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga rakan kongsi media, Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakan festival tersebut.







Dalam perkembangan lain, untuk Exists, menyertai Festival AMK 2.0 adalah seperti 'menunaikan kewajipan' kembali ke negeri kelahiran, Johor lalu menghiburkan peminat mereka yang bukan hanya dari Malaysia tetapi Indonesia dan Singapura.

"Bersedialah untuk berpesta dengan lagu-lagu yang akan membawa kalian pulang ke zaman nostalgia. Jumpa di Festival AMK 2.0," ujar Along mewakili Exists.

Selain daripada persembahan yang hangat, festival ini juga akan menampilkan festival makanan dari MaQan Space untuk memuaskan pelbagai citarasa pengunjung, menawarkan pengalaman gastronomi yang melengkapi suasana festival ini.




Harga tiket adalah RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING, RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING), RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING) dan RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS) dan boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my

No comments: