Total Pageviews

Kadang-kadang, muzik bukan sekadar hiburan. Ia boleh jadi semangat, doa, dan suara yang menyatukan.


Kumpulan muzik tempatan BluntSheep, di bawah naungan Padu Records, melangkah setapak lagi dengan pelancaran mini album terbaru mereka, “Di Puncak Dunia”. 

Album ini hadir dengan empat buah lagu, termasuk trek utama berjudul sama, yang mengetengahkan mesej perjuangan, perpaduan, dan aspirasi untuk mengangkat nama Malaysia ke persada dunia.

Menariknya, pelancaran ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, di bawah inisiatif Dasar Kerajaan Madani.


Ia jelas menunjukkan betapa seriusnya usaha kerajaan dalam mengangkat bakat anak muda dan mengukuhkan industri kreatif tanah air.

Bagi BluntSheep sendiri, album ini lahir daripada rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air. Mereka mahu membuktikan bahawa walaupun berbeza, rakyat Malaysia tetap sejiwa. 

Sebagai simbolik, gitar mereka telah dihiasi warna Jalur Gemilang,  tanda cinta negara yang diterjemahkan dalam bentuk muzik.


Empat lagu yang ditawarkan dalam mini album ini:
Di Puncak Dunia
Lelah
Cinta Paling Hebat
Hanya Dia

Semua lagu ini boleh terus didengari di semua platform penstriman digital utama. Untuk info, BluntSheep dianggotai oleh tiga anak muda berusia 18 tahun  terdiri daripada Ata Rumnan, Umar Naufal, dan Mosses. 


Pemain bass asal mereka, Dzaff, kini sedang memberi fokus pada pelajaran, sementara buat masa ini mereka dibantu oleh Jayden (bass) dan Ariff Azmi (gitaris kedua).

Dalam kenyataan rasmi mereka, BluntSheep percaya mini album ini bukan sekadar karya, tapi simbol harapan bahawa nama Malaysia mampu berdiri megah di pentas dunia.

“Kami mahu muzik ini jadi inspirasi, bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat global,” ujar BluntSheep.


BluntSheep Lancar Mini Album “Di Puncak Dunia"

by on 9.9.25
Kadang-kadang, muzik bukan sekadar hiburan. Ia boleh jadi semangat, doa, dan suara yang menyatukan. Kumpulan muzik tempatan BluntSheep, di b...
Syarikat Perkhidmatan Membaiki Telefon, Zfix berjaya mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam”.



Bertempat di cawangan terbaru mereka di Seksyen 7, Shah Alam dan dengan kekuatan 30 juruteknik bertauliah, dibantu 10 petugas audit  serta 5 kaunter verifikasi sah, Zfix berjaya menukar lebih 1,000 unit bateri iPhone bermula jam 10 pagi . 

Menjangkakan sehingga 12 jam, namun Zfix telah mencatat rekod lebih awal pada jam 4.22 petang. Difahamkan, untuk melayakkan rekod ini dicatatkan, semua proses dijalankan mengikut garis panduan MBOR. 

Rekod Yang Bawa Makna



Bagi sesetengah orang, ia mungkin sekadar angka. Tapi bagi Zfix, ini adalah penanda aras mereka. Penanda aras bahawa servis telefon pintar boleh dilakukan secara profesional, sah dan telus. Bahkan, jenama tempatan juga mampu berdiri sama tinggi dengan piawaian global.



Sepanjang berlangsung. acara ini dilengkapkan dengan Zfix Mobile Fest, sebuah festival komuniti dengan pemeriksaan telefon percuma, bengkel mini, cabutan bertuah, photo booth, hinggalah zon rehat keluarga.


Bagi kami, ia bukan sekadar tentang angka. Ia tentang menunjukkan bahawa servis boleh dilakukan dengan integriti, inovasi dan piawaian yang jelas. Kami bangga dapat membawa nama Malaysia ke dalam Malaysia Book of Records,” kata Pengarah Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof.

Menurut Zulhemi, lokasi Shah Alam menjadi pilihan kerana mereka percaya peluang untuk meluaskan lagi empayar perniagaan mereka akan lebih pesat disini.  

Untuk rekod, pada hari tesebut bayaran hanya dikenakan RM50 buat pengguna yang ingin menukar bateri iPhone mereka. 

Zfix Catat Rekod! Penukaran Bateri iphone Terbanyak Dalam 12 Jam

by on 8.9.25
Syarikat Perkhidmatan Membaiki Telefon, Zfix berjaya mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Penukaran Bateri iPhone T...
Suria FM terus mengukuhkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia dengan mencatat 3.3 juta pendengar bulanan menurut laporan Nielsen Consumer & Media View (CMV) bagi tempoh Januari hingga Disember 2024. 



Berdasarkan laporan yang sama, Suria FM kini berada di posisi tiga teratas untuk Stesen Radio Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia. 

Kejayaan ini turut diperkasakan dengan prestasi digital yang luar biasa. Sepanjang tahun 2024, Suria meraih lebih 113 juta tontonan video, 53 juta pendengar digital, 32 juta paparan & skrin halaman, serta 5.84 juta pengikut dan pengguna aktif di pelbagai platform. 

Angka-angka ini membuktikan kekuatan jenama Suria yang bukan sahaja mendominasi di platfrom radio, malah semakin menguasai dunia digital.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak dan pendengar setia atas sokongan yang diberikan terhadap Suria FM. 


“Kami amat menghargai kepercayaan jutaan pendengar dan pengguna digital yang memilih Suria sebagai teman hiburan harian. 

Sokongan ini menjadi dorongan untuk kami terus menghasilkan kandungan yang segar, relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia. 

Kejayaan ini juga adalah hasil kerja keras seluruh warga Suria yang komited memberikan pengalaman terbaik kepada pendengar, sama ada di radio mahupun platform digital.

Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan padu anda yang menjadi pemangkin kepada semangat kami untuk terus menjadikan Suria sebagai jenama radio pilihan anda" ujarnya 

Sumber: Kenyataan Rimakmur berdasarkan data Nielsen CMV Jan-Dis 2024 untuk pendengar berusia 15 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia. Stesen radio Melayu yang diteliti termasuk Suria FM, Hot FM, Era FM, SINAR, dan Kool 101. 

Penafian: Nielsen tidak bertanggungjawab atas data yang disediakan oleh Nielsen, rekomendasi berdasarkan data tersebut, atau tuntutan pihak ketiga yang timbul daripada penggunaan data Nielsen. 

Sumber Digital: Google Analytics, Meta Insights, Triton Digital, TikTok Analytics & YouTube Analytics (Jan - Dis 2024).

Suria FM Nombor Tiga Teratas Dalam Malaysia!

by on 7.9.25
Suria FM terus mengukuhkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia dengan mencatat 3.3 juta pendengar bulanan menurut laporan...

Antara Ujian, Masa & Rezeki

Bulan 7 lepas boleh aku simpulkan sebagai bulan paling sibuk dalam hidup aku tahun ni. Dari awal sampai hujung, hampir setiap hari penuh dengan tugasan.


Kadang rasa macam aku ni hidup atas auto-pilot: bangun, kerja, urus murid, balik rumah, sambung lagi urusan.

 

Kalau ada masa rehat pun, otak masih ligat fikir apa yang belum selesai. Sibuk dia lain macam, tapi aku tetap belajar satu perkara. Kesibukan itu tanda Allah masih beri kita peluang untuk berperanan.


Masuk bulan 8, jalan cerita berubah. Kesibukan masih ada, tapi kali ni diuji dengan perkara yang lebih berat, anak murid. Ada hal yang buat hati aku rapuh, ada cerita yang memaksa aku belajar untuk lebih sabar. 


Kadang rasa lelah, kadang rasa serba salah, tapi aku cuba yakinkan diri bahawa setiap ujian ni hadir bukan sia-sia.

Saja nak tunjuk tangan berbelang sebab rajin eh sebab main panas LOL


Bila ada murid datang mengadu, bila ada masalah yang perlu diselesaikan, itu tandanya aku dipilih untuk jadi tempat mereka berpaut. Berat memang berat, tapi dalam hati aku tahu, aku boleh laluinya.


Sekarang ni, aku cuma berharap ada rezeki lebih. Bukan sebab nak mewah, bukan sebab nak menunjuk. Tapi sebab priority aku sekarang jelas, keluarga dan anak murid. 


Mereka yang aku sayang, mereka yang aku jaga. Kalau aku penat sekalipun, bila ingat dua perkara ni, aku akan bangun balik. 


Sebab hidup ni bukan tentang apa yang aku dapat, tapi tentang apa yang aku mampu bagi.


Walau busy macam mana pun, satu benda aku tak sanggup tinggal, blog. Tempat ni dah jadi sebahagian daripada aku. Ia bukan sekadar ruang menulis, tapi tempat aku curahkan rasa, rekod perjalanan, dan kongsikan cerita dengan sesiapa yang sudi membaca. 


Kadang orang fikir, bila sibuk, kena ketepikan semua benda lain. Tapi bagi aku, blog ni terapi. Bila menulis, aku tenang. Bila berkongsi, aku rasa lega.


Kalau ada event atau job tepi, pintu masih terbuka. Boleh je PM aku. Bagi aku, rezeki yang datang melalui penulisan atau perkongsian ni, bukan untuk aku seorang. 


Aku kongsikan juga dengan keluarga, dengan murid, dengan sesiapa yang ada dalam lingkungan hidup aku. Sebab aku percaya, rezeki yang berkat bukan bila kita simpan seorang, tapi bila kita agih dan rasa sama-sama.


Hidup ni memang macam ni. Ada masanya kita diuji dengan kesibukan, ada masanya kita diuji dengan kesedihan, ada masanya kita diuji dengan pilihan. 

Tapi aku selalu percaya bila niat kita betul, Allah akan buka jalan. Rezeki tak pernah salah alamat, cuma kadang ia datang dalam bentuk yang kita tak jangka.


Dan sekarang aku tertanya-tanya:


Perlu ke aku tukar kereta demi keselesaan keluarga dan anak murid?


Cringe pula baca ayat sendiri HAHAHAHA! Okay jumpa dalam next luahan...kalau aku rajin kbye!

Aku Nak Luah Part 1

by on 6.9.25
Antara Ujian, Masa & Rezeki Bulan 7 lepas boleh aku simpulkan sebagai bulan paling sibuk dalam hidup aku tahun ni. Dari awal sampai huj...