Suria FM Nombor Tiga Teratas Dalam Malaysia!
Suria FM terus mengukuhkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia
dengan mencatat 3.3 juta pendengar bulanan menurut laporan Nielsen Consumer &
Media View (CMV) bagi tempoh Januari hingga Disember 2024.
Berdasarkan laporan
yang sama, Suria FM kini berada di posisi tiga teratas untuk Stesen Radio Bahasa
Melayu di Semenanjung Malaysia.
Kejayaan ini turut diperkasakan dengan prestasi digital yang luar biasa. Sepanjang
tahun 2024, Suria meraih lebih 113 juta tontonan video, 53 juta pendengar digital,
32 juta paparan & skrin halaman, serta 5.84 juta pengikut dan pengguna aktif di
pelbagai platform.
Angka-angka ini membuktikan kekuatan jenama Suria yang bukan
sahaja mendominasi di platfrom radio, malah semakin menguasai dunia digital.
Mengulas mengenai pencapaian ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid
(DJ Lin), meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak dan pendengar
setia atas sokongan yang diberikan terhadap Suria FM.
“Kami amat menghargai kepercayaan jutaan pendengar dan pengguna digital yang
memilih Suria sebagai teman hiburan harian.
Sokongan ini menjadi dorongan untuk
kami terus menghasilkan kandungan yang segar, relevan dan dekat di hati rakyat
Malaysia.
Kejayaan ini juga adalah hasil kerja keras seluruh warga Suria yang komited
memberikan pengalaman terbaik kepada pendengar, sama ada di radio mahupun
platform digital.
Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan padu anda yang menjadi pemangkin
kepada semangat kami untuk terus menjadikan Suria sebagai jenama radio pilihan
anda" ujarnya
Sumber: Kenyataan Rimakmur berdasarkan data Nielsen CMV Jan-Dis 2024 untuk
pendengar berusia 15 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia. Stesen radio Melayu
yang diteliti termasuk Suria FM, Hot FM, Era FM, SINAR, dan Kool 101.
Penafian: Nielsen tidak bertanggungjawab atas data yang disediakan oleh Nielsen,
rekomendasi berdasarkan data tersebut, atau tuntutan pihak ketiga yang timbul
daripada penggunaan data Nielsen.
Sumber Digital: Google Analytics, Meta Insights, Triton Digital, TikTok Analytics &
YouTube Analytics (Jan - Dis 2024).







No comments:
Post a Comment