Total Pageviews

Aku Nak Luah Part 1

Antara Ujian, Masa & Rezeki

Bulan 7 lepas boleh aku simpulkan sebagai bulan paling sibuk dalam hidup aku tahun ni. Dari awal sampai hujung, hampir setiap hari penuh dengan tugasan.


Kadang rasa macam aku ni hidup atas auto-pilot: bangun, kerja, urus murid, balik rumah, sambung lagi urusan.

 

Kalau ada masa rehat pun, otak masih ligat fikir apa yang belum selesai. Sibuk dia lain macam, tapi aku tetap belajar satu perkara. Kesibukan itu tanda Allah masih beri kita peluang untuk berperanan.


Masuk bulan 8, jalan cerita berubah. Kesibukan masih ada, tapi kali ni diuji dengan perkara yang lebih berat, anak murid. Ada hal yang buat hati aku rapuh, ada cerita yang memaksa aku belajar untuk lebih sabar. 


Kadang rasa lelah, kadang rasa serba salah, tapi aku cuba yakinkan diri bahawa setiap ujian ni hadir bukan sia-sia.

Saja nak tunjuk tangan berbelang sebab rajin eh sebab main panas LOL


Bila ada murid datang mengadu, bila ada masalah yang perlu diselesaikan, itu tandanya aku dipilih untuk jadi tempat mereka berpaut. Berat memang berat, tapi dalam hati aku tahu, aku boleh laluinya.


Sekarang ni, aku cuma berharap ada rezeki lebih. Bukan sebab nak mewah, bukan sebab nak menunjuk. Tapi sebab priority aku sekarang jelas, keluarga dan anak murid. 


Mereka yang aku sayang, mereka yang aku jaga. Kalau aku penat sekalipun, bila ingat dua perkara ni, aku akan bangun balik. 


Sebab hidup ni bukan tentang apa yang aku dapat, tapi tentang apa yang aku mampu bagi.


Walau busy macam mana pun, satu benda aku tak sanggup tinggal, blog. Tempat ni dah jadi sebahagian daripada aku. Ia bukan sekadar ruang menulis, tapi tempat aku curahkan rasa, rekod perjalanan, dan kongsikan cerita dengan sesiapa yang sudi membaca. 


Kadang orang fikir, bila sibuk, kena ketepikan semua benda lain. Tapi bagi aku, blog ni terapi. Bila menulis, aku tenang. Bila berkongsi, aku rasa lega.


Kalau ada event atau job tepi, pintu masih terbuka. Boleh je PM aku. Bagi aku, rezeki yang datang melalui penulisan atau perkongsian ni, bukan untuk aku seorang. 


Aku kongsikan juga dengan keluarga, dengan murid, dengan sesiapa yang ada dalam lingkungan hidup aku. Sebab aku percaya, rezeki yang berkat bukan bila kita simpan seorang, tapi bila kita agih dan rasa sama-sama.


Hidup ni memang macam ni. Ada masanya kita diuji dengan kesibukan, ada masanya kita diuji dengan kesedihan, ada masanya kita diuji dengan pilihan. 

Tapi aku selalu percaya bila niat kita betul, Allah akan buka jalan. Rezeki tak pernah salah alamat, cuma kadang ia datang dalam bentuk yang kita tak jangka.


Dan sekarang aku tertanya-tanya:


Perlu ke aku tukar kereta demi keselesaan keluarga dan anak murid?


Cringe pula baca ayat sendiri HAHAHAHA! Okay jumpa dalam next luahan...kalau aku rajin kbye!

No comments: