Total Pageviews

As - Salam kepada semua braders , sistah, bloggers dan readers sekalian. Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan lagi untuk menghentak keyboard menaip entry. ikutkan aku nak tulis entry pasal hasrat dan impian aku untuk penghujung semester. alih - alih tadi ada satu insiden yang bagi aku agak kurang ajar apabila seorang hamba Allah ni meninggikan suara kepada member aku yang agak senior daripada kiteorang dan dia  siap buat muka minta pelempang lagi.serius memang aku agak kecewa dan terkejut apabila dia melakukan sedemikian rupa. bagi aku itu agak melampau apabila bercakap meninggikan suara  dihadapan orang yang lebih tua daripada kita. sebenarnya sebelum tu aku yang kena lepas tu baru member aku yang agak senior ni yang kena . aku bukan nak malukan dia dekat korang semua. tapi ini sebagai nasihat dan renungan untuk kita bersama.



 kita sepatutnya sebagai orang melayu , ada  adat dan budi bahasa. kalau orang cakap dengan kita dengan keadaan menengking mestilah kita marah ataupun terkejut ditambah pula orang yang meninggikan suara itu adalah wanita. kan kaum wanita ni lemah - lembut dan sopan - santun? jadi kat sini aku nak tegaskan, kalau orang itu ada buat salah atau kita ingin melarangnya, seharusnya kita bercakap dengan nada yang lembut dan berbudi bahasa tambah lagi apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita. sesetengah orang berpendapat perkataan yang keluar dari mulut, melambangkan keperibadian kita. 


yupp!! memang aku setuju. dan  ingin aku tambahkan sedikit kat sini. " kerana mulut badan binasa" . sekali kita luahkan perkara yang orang tak senangi lepas itu jangan nak pelik kalau kita pula yang tak disenangi, ingat tu! kesimpulan dekat sini kalau kita marah atau apa sekali pun , berfikir dahulu  dan jangan ikutkan perasaan apabila bercakap. terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata tak boleh berundur. jadi renung - renungkan kembali apa yang ingin aku sampaikan. buang yang keruh dan ambil yang jernih. sekian saja entry aku kali ini, Merci,As - Salam!!

Biar Yaasin membuang resah ... 
Pada jiwa yang sering gelisah ...

Biar Yaasin jadi peneman ...
Pada hati yang selalu kerisauan ...

Biar Yaasin mulai menyembuh ...
Pada akal yang semakin lumpuh ...

Biar Yaasin sebagai pengubat ...
Pada diri yang ingin bertaubat ...

Biarlah Yaasin dibaca penuh keikhlasan ...
Jika harapkan Syurga sebagai balasan ...

bebot menderum : no hard feeling yer! just sekadar peringatan bersama

:: BUDI BAHASA BUDAYA KITA ::

by on 21.4.11
As - Salam kepada semua braders , sistah, bloggers dan readers sekalian. Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan lagi untuk menghentak keyb...
As - salam kepada semua braders , sistah , bloggers dan readers sekalian, harap hari korang dalam keadaan baik sejahtera. aku baru je balik dari perkhemahan pemilihan fasilitator KPTM Kuala Lumpur semalam. tu sebabnya aku ghaib sekejap untuk 3 hari.kem ini bertempat di ulu yam, selangor. kem ini adalah hasil kerjasama pensyarah dan kakitangan KPTM serta moderator dari Eagle Nest. untuk korang yang nak buat perkhemahan, aku syorkan korang tempat ini sebab kemudahan yang disediakan semua berkualiti.





 tujuan aku masuk kem ini sebab aku nak mencuba nasib dan timba ilmu yang diperoleh memandangkan semester depan aku bakal bangunkan 2 persatuan besar.buat sementara ini nama  persatuan itu aku rahsiakan dulu. so keseluruhan perkhemahan ini memang seronok walaupun penat. adatlah kalau penat itu. sebelum aku pergi ke kem ni ramai yang kata bakal kena buli. bagi aku orang yang tak pernah pergi kem memang akan berkata sedemikian tapi bagi aku ini adalah satu proses pembelajaran dimana mengajar kita 1001 makna.aku cuba menghayati dan maksud semua aktiviti ini. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tapi malang tak berbau masa aku buat river tracking, tangan aku tersepit celah batu, and guess what? tangan aku yang patah baru ni yang jadi mangsa.sepanjang kem tu memang berdenyut - denyut tangan aku sebab  bengkak.aku pun tak tahu kenapa semua yang terjadi sebelum ini bertimpa - timpa dan tangan kanan yang menjadi mangsa.mungkin semua ini ujian buat aku. 

siap ada jambatan gantung lagi,Mampu??


air terjun sg.sendat, terbaik!!

berbalik kepada sesi perkhemahan, kami diajar pelbagai tips dan nasihat untuk menjadi fasilitator terbaik. memang tak dinafikan semuanya amat berguna masa hadapan.untuk semua jurulatih, fasilitator yang terlibat, terima kasih banyak - banyak kerana sudi mengajar ,menasihati dan tahan dengan karenah kami semua. ampun maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap serta terkasar bahasa sepanjang perkhemahan ini berlangsung. dapat atau tidak itu lain kira. janji ilmu yang dicurahkan, insyaallah akan dimanfaatkan sebaiknya untuk rujukan pada masa hadapan.so sekian saja entry aku kali ini, Merci dan As - Salam!!


**klik untuk lihat gambar : http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.139931812746658.30491.100001895199931

kredit : Eagle Nest

bebot menderum :
1.tak sangka akak fasi, kak akey seorang blogger juga. sila terjah blog beliau yer
2.ada orang kata benda - benda yang jadi kat aku angkara buatan orang. boleh caye ke?

:: ULU YAM MEMBERI AKU 1001 MAKNA ::

by on 18.4.11
As - salam kepada semua braders , sistah , bloggers dan readers sekalian, harap hari korang dalam keadaan baik sejahtera. aku baru je balik ...
As - Salam kepada semua bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. 1st sekali aku nak ucapkan bermilion-lion ( ade ke ayat ni,abaikan je la ) kepada korang yang sudi lagi datang singgah ke blog aku yang usang ni.ok jom straight to the point nanti tunggu aku mengarut entah sampai bila boleh habis. kalau hari tu kita dah tengok part 1 punya cerita. dalam entry tu aku lebih dedikasikan ucapan terima kasih aku kepada semua yang menjayakan acara ini.


kena make - up daa


dengan peserta kanak - kanak

pemenang retro fashion show - minah retro




 so untuk kali ini kita cuci mata sikit tengok gambar sekitar acara ini berlaku. untuk pengetahuan korang acara ini adalah hasil usaha semua mentee dibawah naungan English Department KPTM Kuala Lumpur. ye la kiteorang kan amik kos TESL tak kan bawah Business Department pulak kan? ada yang kena buka booth, uruskan acara treasure hunt , permainan tradisional dan tak lupa juga acara yang team aku kena uruskan ,retro fashion show. 








perghh, kalau cakap penat memang tidak tercakap lah memang penat giler. tapi alhamdulillah semua penat tu terubat bila tengok acara ini berjalan dengan lancar. bagi aku ni satu kejayaan buat kiteorang semua sebab berjaya menguruskan acara besar dan penting macam ini. bak kata orang tak kenal maka tak cinta. kalau tak cuba mana nak dapat pengalaman kan? untuk acara fesyen , memang jumlah peserta melebihi jangkauan daripada sasaran. sebab pada mulanya kiteorang menganggarkan peserta  hanya 30 orang kebawah  tapi sekali bila dah kumpulkan semua peserta jumlahnya melebihi 40 orang tidak termasuk dengan peserta kanak - kanak.


persembahan daripada salah seorang team kiteorang , ann bakhtiar

meriah gitu hahaha :)






 ye la anggaran cuma 30 orang tu sebab ingatkan tak ada yang berminat,tambah pula masa hari tu, kolej kiteorang ada 3 event serentak tapi berlainan tempat.kepada semua peserta, terima kasih aku ucapkan. buat yang berjaya tahniah dan buat yang tak berjaya korang bukan tak cantik atau tak hensem cuma nasib tak menyebelahi korang, cuba lagi erk. untuk menghabiskan entry kali ini, aku nak ucapkan sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kiteorang, madam Siti Normala, miss Izra Inna dan miss Fatimah Fukaiha yang banyak memberi kiteorang panduan dan semangat untuk mengadakan acara ini, English Department KPTM Kuala Lumpur kerana memberi kiteorang peluang untuk menguruskan acara besar seperti ini , semua krew - krew yang terlibat kerana korang sanggup berhempas - pulas sampai tengah malam demi menjayakan acara ini, koreografer kiteorang,akira dan fafar kerana sanggup menghabiskan masa korang ajar kiteorang menari seterusnya kepada individu mahupun kumpulan yang secara langsung dan tidak langsung membantu dan menyokong acara ini. terima kasih semua!! sekian saja entry aku kali , merci, As - Salam

kredit: photograper;marlboro man dan ikhwan ismail


yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum :
1- hari ni aku pergi camping dekat ulu yam untuk pemilihan fasilitator, doakan keselamatan aku disana yer.so OFF untuk 3 hari
2- buat masa ini mungkin aku akan kurangkan aktiviti blogging sebab nak dekat final. pe pun ada masa aku jenguk blog korang



::RETRO FASHION SHOW DAY PART 2 ::

by on 15.4.11
As - Salam kepada semua bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. 1st sekali aku nak ucapkan bermilion-lion ( ade ke ayat ni,abaikan j...
As - Salam kepada braders dan sistah sekalian. hari ni aku muncul dengan entry pasal imam mahdi.atas permintaan ramai aku cari juga artikel ini sampai dapat. harap sedikit sebanyak korang memperoleh manfaat dari entry kali ini.sekarang jom review cerita ni..
Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.
Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam.
sungai furat
 Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.
Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.
Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.
Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.

Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.
Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.
sumber : wordpress

yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : semakin hari semakin sibuk..maklumlah dekat nak final ni

IMAM MAHDI

by on 13.4.11
As - Salam kepada braders dan sistah sekalian. hari ni aku muncul dengan entry pasal imam mahdi.atas permintaan ramai aku cari juga artike...
As - Salam kepada semua geng kipas susah mati bloggers , readers , braders dan sistah sekalian. 1st sekali aku nak minta tumit  sebab lama sangat tak update blog. ada yang kata aku merajuk dengan dunia blogging.kan dah lari followers. heih pandai - pandai je kau ni nyah. hehe sebenarnya minggu lepas aku teramatlah sibuk sebab terikat dengan komitmen untuk menguruskan retro fashion show day 2011. semalam barulah dapat tidur dengan nyenyak. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun disebalik pembikinan acara ini terdapat 1001 rintangan yang perlu dihadapi demi menjayakan acara ini sebaik mungkin.

so untuk part one, aku nak dedikasikan entry ini buat semua krew - krew, koreografer dan mentor kiteorang yang telah bertungkus - lumus menjayakan event ini. haaa.. cakap pasal koreografer, apa kena mengena dengan retro fashion show? sebenarnya memandangkan acara ini adalah acara anjuran team kiteorang, jadi kiteorang kena buat persembahan sempena acara ini. koreografer kiteorang ialah Akira dan Fafar.

akira dan fafar, koroegrafer kiteorang, thanks a lot!!

aku memang tabik KLCC dengan dorang ini sebab sanggup menghabiskan masa dorang dengan mengajar kiteorang menari sampai tengah malam pula tu. memang terharu giler. berkat kesungguhan kiteorang semua, dalam masa 2 hari kiteorang dah boleh menari dengan baik. terima kasih akira, fafar!

kepada semua krew - krew aku yang disayangi sekalian. ( ayat tak boleh blah, nak penampo please! ).

sebahagian daripada krew yang terlibat

 terima kasih dan tahniah aku ucapkan kepada kita semua kerana berjaya merealisasikan impian mentor kita untuk lihat acara ini berlangsung dengan lancar. selain itu aku nak minta maaf juga sekiranya tugas aku sebagai CEO korang tidak berjalan dengan baik.aku harap dimasa yang lain kita boleh bekerja sekali lagi sebagai satu team yang mantap. love you guys!!


so setakat ini dulu  cerita part 1.nak tau cerita ,gambar dan video disebalik retro fashion show kenalah tunggu part 2 yer kawan - kawan. sekian saja entry aku kali ini, merci, As -Salam!!!

yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : lepas ni sibuk dengan drama pula...

:: RETRO FASHION SHOW DAY 2011 PART 1 ::

by on 10.4.11
As - Salam kepada semua geng kipas susah mati bloggers , readers , braders dan sistah sekalian. 1st sekali aku nak minta tumit  sebab lama s...
As - Salam kepada semua bloggers dan pembaca yang dikasihi sekalian. ceh jiwang pula ayat aku. semalam mesti ramai yang menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Shaheizy Sam,tahniah diucapkan.Dalam pada itu , banyak juga artis yang mempromosikan baju tajaan masing - masing. tapi semalam bila tengok persembahan Yuna,aku terkejut kejap sebab cara pemakaian tudung Yuna macam rahib?


 memanglah tak sama 100 % tapi cara pemakaiannya sedikit tidak kena sebab mempernampakkan bentuk leher. setahu aku itu kira haram. mungkin yuna tak sedar, tapi sebagai public figure memang kena 'alert' benda - benda macam ni supaya tidak jadi ikutan kepada masyarakat. cakap pasal aurat ni ada hadis Al - Quran yang mengatakan " dan hendaklah mereka menutup belahan baju mereka dengan tudung kepala mereka; ( Al- Nur,31 )". sekarang terbukti orang perempuan wajib melabuhkan tudung kepala mereka hingga menutupi leher dan dada mereka. Menurut ulama’ ayat ini sekali gus menjadi dalil bahawa dada dan leher perempuan adalah aurat. Tidak harus dilihat oleh ajnabi dan oleh itu tidak harus didedahkan kepadanya.

klik gambar untuk tumbesaran

Allah memerintahkan wanita-wanita beriman agar melabuhkan tudung-tudung mereka ke bahagian depan mereka hingga menutup dada dan leher mereka dan dengan itu selamatlah mereka dari sebarang fitnah dan perbuatan jahat. Oleh itu tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita pada hari ini tidak menepati dengan syara’ kerana ia tidak menutup dada sehingga menimbulkan keghairahan kepada orang lelaki. Begitu juga kalau bertudung tetapi memakai baju yang berlengan pendek dan baju yang ketat. Ini tidak termasuk di kalangan wanita yang beriman dengan surah al-Nur.so apa pendapat korang ? you see, you judge..sekian saja,merci, As - salam!!

*sumber:I rakan

yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : ada orang cakap" tunggulah i tua nanti baru i pakai tudung". apa punya turr da...

TUDUNG YUNA MACAM RAHIB

by on 4.4.11
As - Salam kepada semua bloggers dan pembaca yang dikasihi sekalian. ceh jiwang pula ayat aku. semalam mesti ramai yang menonton Anugerah ...
As- salam kepada pembaca braders dan sistah sekalian. mesti banyak yang tertanya betul ke aku dah merajuk dengan dunia blogging ni. tak sebenarnya bukan aku merajuk atau apa cuma ambil masa untuk muhasabah diri dan buat sedikit renovation kat blog aku ni . sikit ke? aku rasa banyak kot, haha. sebelum tu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cik mas kerana sebelum ini, dia yang tolong buat header dan template blog aku. dalam diam - diam aku buat renovation blog ni ada la seorang makhluk yang ambil kesempatan dengan 'hack' blog aku dan buat page fans dia menggunakan nama blog aku .eh suka - suka dia je ambil hak orang. biarlah kat dia. tak berguna pun fan page tu. so apa pendapat korang mengenai wajah baru blog aku ni? semua ni hasil karya chuck zipper. dia ni buat tempahan banner, header dan lain - lain. baik korang pergi terjah blog dia kalau tak nanti kena sula dengan aku. kehkehkeh. dia ambil tempahan ni cuma RM 5. murah je kan? so tunggu apa lagi, serang!!!.



wajah dulu dalam kenangan





kini berwajah baru dan nafas baru


tu pasal header sekarang, pasal decoration dalam blog ni pula hasil karya ketty honey, coursemate aku. thanks a lot kety!. aku suruh dia buat sebab blog dia memang kemas dan sejuk je mata memandang. tak percaya sila terjah blog beliau.so secara rasminya semangat berblogging kini kembali.ceh ayat minta simpati. apa - apa pun aku tetap bengang sebab bulan ni terlalu sibuk. awesome april jadi bad april. sibuk dengan retro fashion show, drama presentation, assignment dan kuiz last minute.ada orang cakap biar mengeluh seorang diri tetapi jangan sesekali berputus asa. sekarang tinggal lagi sebulan sebelum aku menghabiskan semester ini. harapan aku cuma semuanya berjalan dengan baik. amin! sekian saja entry aku kali ini, merci! As - salam!

yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum :
1: jangan segan - segan tinggalkan link korang erk !
2: perlu ke aku buat fans page untuk cover "hackers" tu? 

:: BLOG AKU KINI BERWAJAH BARU::

by on 4.4.11
As- salam kepada pembaca braders dan sistah sekalian. mesti banyak yang tertanya betul ke aku dah merajuk dengan dunia blogging ni. tak sebe...

Assalamualaikum....


Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
Senyum Lagi
Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.
Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.
Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”
Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”
Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam,
“anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”
Bukankah itu indah?
Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita!

*sumber: ILuvIslam.com

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: mood untuk berblogging pudar buat ketika ini, perlukan  sesuatu yang baru..

:: SENYUM ITU SUNNAH ::

by on 2.4.11
Assalamualaikum.... Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. B...