Total Pageviews






yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: FRIENDS.FAMILY.SOUL

::WORDLESS WEDNESDAY::

by on 22.6.11
yang memberontak dengan ekzos ::  Khai Artz-Far @ Putera TESL  ::bebot menderum :: FRIENDS.FAMILY.SOUL

As - salam. Artikel ini dikongsi untuk pengajaran dan iktibar buat semua.maaf kerana dah lama tak update blog. kesihatan diri yang tak menentu sejak kebelakangan ini antara punca utama blog tak dapat di update.


Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.
"Tak mampu," kata mereka.
Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.
Merungut lebat, kerjanya lambat.
Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.
Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!
Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?
Sabar, sabar, sabar dulu...
OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.
OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.
Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?
Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.
OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!
-sumber : ILuvIslam

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: mohon maaf lama tak update blog 

SAYA BENCI O.K.U

by on 19.6.11
As - salam. Artikel ini dikongsi untuk pengajaran dan iktibar buat semua.maaf kerana dah lama tak update blog. kesihatan diri yang tak me...
assalamualaikum kepada braders dan sistah sekalian. Youtube? apa ada kes? haa kalau korang perasan tujuh perkataan ini sering kali kita buka . sebab dalam inilah munculnya klip - klip video yang terkini ,panas, semua ada. dalam baik - baik aplikasi ini ada juga buruknya, contohnya penyebaran fitnah. 

jadi bukan itu yang aku nak tujukan untuk entry kali ini.entry kali ini ialah  artis youtube. jarang sekali atau ada antara kita yang langsung tak tahu sesetengah individu - individu ataupun kumpulan yang popular asalnya dari laman youtube. dorang ini jadi popular sebab bakat dan kreativiti masing - masing yang ditunjukkan melalui klip video masing - masing. sekarang moh kite terjah individu - individu yang digelar artis youtube.

 artis pertama yang aku nak tunjukkan tak lain tak bukan cikgu shida aka CSDP.siapa sangka seorang guru telah meraih populariti  meningkat secara mendadak hanya kerana bakat dan keberanian yang dimiliki.

 bakat dia yang diketengahkan oleh beliau sendiri ialah miming. pada asalnya CSDP ni saja suka - suka je buat video miming sekadar melepaskan penat bekerja.tapi lama kelamaan apabila banyak video yang dimuat masukkan dalam youtube makin ramai pula yang meminati video beliau.





klik gambar untuk melihat video beliau

tapi sayang kerana video tersebut pelbagai reaksi daripada penonton. ada positive dan negative, kepada korang semua amalkan camtu juga erk, ambil yang positive dan hindarkan yang negative. dan yang terbaru, kerana populariti beliau, banyak pihak cuba tampilkan cikgu shida ke umum termasuklah yang terbaru CSDP terlibat dalam pembikinan drama beliau sendiri yang dengar ceritanya akan ditayangkan pada aidilfitri nanti. so nanti sama -sama kita tengok reaksi daripada orang ramai tentang drama atau filem tentang CSDP ni yer!

individu yang seterusnya adalah anwar hadi dan matluthfi. kedua - dua individu ini mempunyai persamaan iaitu merakam video dorang tersendiri sambil acting dengan gaya pose masing - masing. perbezaan kedua - dua inividu ini, matluthfi lebih kepada video lakonan dan dalam bahasa melayu manakala anwar hadi lebih kepada gaya percakapan dan dalam versi bahasa inggeris.dorang pun tak lari daripada kutukan gara - gara ketidakpuasan sesetengah individu melihat kejayaan mereka menghasilkan video - video sedemikian rupa.


klik gambar untuk melihat video beliau 


klik gambar untuk melihat video beliau

kedua - duanya orang kedah narh.. haa sapa kata orang utagha tak ada bakat ? ni kami bawa mai dua ikon remaja la ni. tak gentar dek kutukan dan cacian. sapa ada kesah noh? janji ada bakat, semua boleh pi. 

sekarang kita terjah artis youtube luar negara pula. sebenarnya banyak bakat - bakat diluar sana cuma yang aku terjah ini, tengah menjadi pilihan kaki - kaki penonton youtube. 


kali ini adalah duo beradik tapiheru daripada indonesia iaitu gamaliel dan audrey.sekarang ni dorang dah jadi penyanyi kat indonesia dan dah keluarkan single masing - masing.1st time aku tengok terus kagum dengan kelunakan suara masing - masing.  


klik gambar untuk melihat video beliau

 asalnya dorang ini memuat masuk video dorang dalam youtube juga  dan telah menarik minat banyak pihak terutama syarikat rakaman muzik untuk mengikat kontrak sebagai artis rakaman dorang.tak dinafikan vokal kedua - dua beradik ini memang mantap dan layak digelar penyanyi. umur dorang pun masih muda dan macam CSDP daripada suka - suka terus jadi minat.

dan sekarang artis youtube yang terakhir ialah julia sheer.julia sheer asal daripada australia. julia ini pun macam adik beradik tapiheru juga iaitu menjadikan video nyanyian beliau untuk tontonan orang ramai. beliau merakam kembali lagu - lagu popular masa kini dalam versi nyanyian beliau bersama - sama beberapa orang rakan yang lain.




antara video lagu julia sheer yang mendapat tempat dikalangan geng kipas susah mati youtube ialah grenade , misery, when i look at you dan banyak lagi. jumlah orang yang menonton video beliau dalam youtube dianggarkan seramai  2,614,994 penonton. jadi memang tidak ada peliknya kalau jumlah seramai itu menonton video beliau. orang kalau dah ada bakat semua boleh buat kan? cuma usaha yang membezakannya.

jadi lengkaplah sudah entry aku kali ini. kesimpulan yang boleh dibuat ialah individu - individu diatas tidak akan berjaya jika tidak ada keyakinan dalam diri.ingat tidak ada benda yang mustahil di dunia ini jika kita berusaha dapatkannya. jadi adakah korang artis youtube seterusnya? 

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: rasa macam psychosis pula entry aku kali ini  

ARTIS YOUTUBE

by on 14.6.11
assalamualaikum kepada braders dan sistah sekalian. Youtube? apa ada kes? haa kalau korang perasan tujuh perkataan ini sering kali kita bu...
Artikel ini diambil dalam laman sosial facebook.sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama.


Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.



Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

** “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

**“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

**“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

** “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

** “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

**Na’uzubillah, Ajirna minannar.

**Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

** “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: jangan pendamkan perasaan taubat "sementara".tanamkan azam yang kuat untuk kembali ke pangkal jalan


NANAH YANG KELUAR DARI KEMALUAN ITU

by on 12.6.11
Artikel ini diambil dalam laman sosial facebook.sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama. Saya berjumpa fenomena menakutkan h...
As - salam kepada braders dan sistah sekalian. entry kali ini aku nak tunjukkan korang semua gambar - gambar english camp tempoh hari ini. minta maaf sebab baru hari ini aku tunjukkan,program ini pun berjalan pada minggu lepas. aku lewat update pasal aktiviti ini disebabkan line internet area rumah aku tersangatlah lembab dan nazak tahap dewa. untuk pengetahuan korang kem ini sebenarnya diadakan untuk adik - adik yang berumur 7 hingga 12 tahun. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak pihak dan rintangan yang perlu kami tempuhi sepanjang menjalankan program ini. sambutan pun agak mengalakkan. program yang kiteorang jalankan ini memberi 1001 pengalaman dan ilmu yang berharga . memandangkan kiteorang ambil kos perguruan, benda - benda ini amat penting untuk rujukan masa hadapan . jadi  dikesempatan ini aku nak ucapkan tahniah dan ribuan terima kasih serta  tujukan entry ini untuk penasihat program , Madam Salinah , project manager, Anis Hussin, serta ahli - ahli One Step. jadi jom kita terjah gambar - gambar disebalik program ini berlangsung.











 jadi setakat itu je la gambor- gambor yang dapat aku tunjukkan..nak tengok lagi gambor - gambor aktiviti ni sila terjah ke page blog K.H.A.Z yer.kalau berminat nak panggil kiteorang untuk anjurkan kem ini, bagitau je okay! .sekian saja entry aku kali ini.tunggu entry seterusnya...chow bebeh!!


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: kepada sesiapa yang ada letak link untuk bloglist insyallah dalam masa terdekat aku akan letakkan link korang 

:: ONE STEP ENGLISH CAMP ::

by on 8.6.11
As - salam kepada braders dan sistah sekalian. entry kali ini aku nak tunjukkan korang semua gambar - gambar english camp tempoh hari ini. ...
As -salam kepada readers yang masih lagi menatap blog usang aku nih, dikesempatan ini aku nak promote kat korang semua pasal tawaran mengikuti kursus di KLIA. kira macam job application la.tapi yang ini kena pergi kursus dulu. hari tu aku ada join juga benda - benda ini.kira tak rugilah korang join  sebab banyak benda yang berfaedah boleh korang dapat. so kat sini aku sertakan butiran - butiran tentang tawaran ini.



Tawaran Mengikut Kursus:
-Kerani/Penyelia tempahan tiket dan tiket penerbangan
-Kerani/Penyelaras/Penyelia operasi pelancongan dalam negeri
-Kursus Asas Persediaan Intensif Pramugara/Pramugari
-Kursus Asas Bahasa Inggeris

Yuran Pendaftaran RM650
1 Bulan Kelas,3 Bulan Praktikal
Yuran Asrama RM150 (semasa kelas),
Tempat Penginapan Disediakan Semasa Praktikal

jadi tunggu apa lagi? buat korang yang lepasan SPM yang masih lagi menunggu mana - mana tawaran. korang semua digalakkan untuk turut serta dengan segera.kalau berminat boleh IM aku ataupun member aku;

Muhammad Nur Azran Nordin

sekian saja entry aku kali ini. buat korang yang masih bersekolah isikan masa lapang cuti  ini dengan benda yang berfaedah,merci.,As-Salam.chow bebeh!!

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: mulakan sekarang perangkaan masa depan korang :D

::TAWARAN MENGIKUTI KURSUS ::

by on 6.6.11
As -salam kepada readers yang masih lagi menatap blog usang aku nih, dikesempatan ini aku nak promote kat korang semua pasal tawaran mengiku...
As - Salam kepada semua bloggers dan readers yang dihormati sekalian. intro untuk hari ini aku mulakan  dengan ucapan maaf aku kepada korang semua sebab tak dapat nak update blog.maklumlah ingatkan bila balik kampung dapat la memenuhi nafsu duduk depan laptop taip entry baru sekali line broadband macam minta kena hempuk daa.ni pun aku update dekat restoran makanan segera. ok lupakan pasal tu sekarang aku nak gitau pasal segmen anjuran abang ben ashaari.dah lama benor tak join segmen beliau. so segmen kali ini lebih kurang macam exchange link tapi melalui segmen. macam yang korang boleh lihat tajuknya seperti di atas. jom kita review cara- cara nak join segmen ini.




Caranya mudah saja.. Setiap blog yang ingin join ni , perlu ada satu BLOG LIST yang baru ( bagi pengguna blogspot , sila add widget > blog list ) ...atau boleh je guna bloglist yang lama .. terpulang ..
Kemudian ,sila  pilih blog dari SENARAI BLOG yang akan dinaikkan nanti .. Dan tinggalkan komen di blog mereka dengan mengatakan bahawa SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA ...
Jika ada respon nanti dari blogger tersebut , maka masukkanlah link blog tersebut ke dalam blog list di blog anda .. Mudah kan ? Kira tukar suka sama suka laa..
Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan trafik anda secara tidak langsung .. Ok ? Amacam ? Setuju ? tiada paksaan tau !! Haaa...

haaa bak kata abang ben kita.senang kan??? jadi kalau tak paham atau sebarang pertanyaan sila terjah blog beliau yer. yang ini benda yang korang kena buat untuk segmen ini.

  1. Letak header Ben Ashaari Blog ...
  2. Tajuk : JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG dan linkkan ke blog ini ..
  3. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen entri ini .

jadi setakat itu sahaja entry aku kali ini. panjang kan? jadi tunggu entry aku yang seterusnya. aku dah join segmen ini. korang bila pula? sekian saja,merci!As-Salam.chow bebeh...


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: jangan segan-segan join  segmen ini.ade orang nak tukar dengan aku tak? ahaks....

:: JOM TUKAR SAMA SUKA LINK BLOG ::

by on 6.6.11
As - Salam kepada semua bloggers dan readers yang dihormati sekalian. intro untuk hari ini aku mulakan  dengan ucapan maaf aku kepada korang...
 Salam kepada kaki bloggers dan readers yang dihormati sekalian. sebagai introduction entry aku kali ini.aku nak minta maaf jika kebelakangan ini aku banyak tulis entry pasal diri aku sendiri.hari ini dah masuk hari yang ke 15 aku menghabiskan cuti semester aku di kuala lumpur. so duduk kat kl ni pun bukan duduk saja - saja.kira banyak aktiviti berfaedah yang aku join.

inhouse training fasilitator


 "reward day" dengan  team fasilitator

berkenaan tajuk entry aku diatas,  hari ini kelam - kabut budak - budak kolej aku semak keputusan masing - masing termasuk aku. aku target pointer semester ni 2.80 camtu sebab terlalu banyak benda - benda yang tidak diingini berlaku. sebelum ni, aku punya carry mark untuk semester ini terutamanya subjek bahasa perancis, grammar semuanya gagal! tapi alhamdulillah lepas daripada itu sokongan daripada kawan - kawan dan pensyarah telah membuktikan sesuatu pada diri aku. tadi bila semak keputusan, subjek yang aku ingat akan  gagal rupa - rupanya lulus. alhamdulillah pointer semester ini pun naik. so di kesempatan ini juga aku ingin berkongsi pendapat dan nasihat yang boleh aku kongsi sepanjang aku menghadapi masalah untuk belajar dan menerima keadaan sekiling

"always be patient in facing all the challenges and obstacles ALLAH has predetermined to you.only He knows whats best for you.its okay shed river of tears in this battle seeking knowledge but never give up your hope soon you'll embrace victory and success"
  1. kalau dalam keadaan stress, tuliskan atau luahkan segalanya dalam sehelai kertas.
  2. pilih kawan yang betul - betul boleh bawa kebaikan kepada diri kita kerana sokongan dan pertolongan daripada seseorang amat penting kepada kita.
  3. selalu rujuk dan minta nasihat daripada orang yang kita boleh percayai.contoh terdekat ialah pensyarah dan kaunselor.
  4. fokus kepada suatu pekerjaan yang kita ingin buat dan ketepikan sementara masalah yang dihadapi
  5. selalu ingat yang ada orang lain lagi banyak masalah daripada kita
  6. time kuliah atau study,hiraukan sebentar jika ada tarikan atau pelawaan daripada rakan - rakan yang mengajak kita keluar untuk hiburan atau membuang masa
  7. tetapkan dalam fikiran kita" aku akan "reward" diri aku sendiri bila habis saja semester ini".
  8. jadikan satu nasihat itu sebagai pembakar semangat diri kita
  9. sentiasa berdoa dan bertawakal dalam sesuatu pekerjaan atau perbuatan
  10. sentiasa cool , senyum meskipun diri dalam masalah
 "saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba untuk berfikir secara positif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan dan mulakan hidup yg baru, kerana walau saya tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang jua.. percaya lah Allah itu maha Esa dan mengetahui segala kedukaan yang telah saya alami selama ini "

jadi jangan sesekali berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. kerana tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh dan tidak ada yang dilahirkan pandai. semua ini bergantung atas usaha dan penat lelah masing - masing. jadikan setiap keputusan itu sebagai penanda aras pada masa akan datang . buat yang gagal, fikir balik kelemahan dan kesilapan kita pada masa ini dan cuba baiki balik untuk kebaikan pada masa akan datang. buat yang berjaya pula jangan sesekali bongkak atau sombong dengan kejayaan masing - masing. kerana orang yang betul - betul berjaya adalah orang yang inign membantu diri sendiri dan orang lain. so sekian saja entry aku kali ini. merci, As- Salam! chow bebeh..

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::esok ada satu lagi event besar.wish me luck for tomorrow

:: RESULT OH RESULT ::

by on 31.5.11
 Salam kepada kaki bloggers dan readers yang dihormati sekalian. sebagai introduction entry aku kali ini.aku nak minta maaf jika kebelakang...