Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !!

Korang tercari - cari perkhidmatan membuat kek dan pastry terbaik ? tak percaya dengan perkhidmatan pesanan melalui online ? takut rasa tak sama dengan rupa? 



Jangan takut ! semua itu korang boleh dapatkan di Cheez & Choc . Baru - baru ini kami dari pihak Blooggers telah berkesempatan mencuba sendiri hasil tangan dari Cheez & Choc . Ternyata kek dari mereka sangat sedap . sampai berebut - rebut ! serius tak tipu ! 



Kalau korang peminat kek yang tegar , tak payah nak cari S***** R***** . sebab kek dari Cheez & Choc mampu tandingi hasil dan kualiti syarikat yang ternama. 




Kami berkesempatan merasai Snowy Cheesecake. ternyata kelembutan kek bersama - sama hirisan cheese menangkap selera tetamu yang hadir baru - baru ini . Oh yer Cheez & Choc juga merupakan salah seorang penaja bagi event #BlooggersTV bersama - sama #VideoBrosur *rujuk SINI. terima kasih Cheez & Choc



Berita baik buat korang yang sukakan perkhidmatan terus ke rumah , Cheez & Choc turut menyediakan perkhidmatan ini dan turut mengambil tempahan untuk pelbagai jenis acara mengikut pilihan korang. 




Jadi jangan lupa untuk terus singgah ke page mereka untuk dapatkan promosi serta pelbagai kek dan pastry yang terbaru. Dah la murah , sedap pulak tu, rugi kalau tak mencuba ! 

Page    : Cheez & Choc 
Azura   :              012-2614176      
Mazlan :              019-3630673      


p /s : daripada tak minat kek terus jadi peminat tegar kek ! masih terbayang kesedapannya 

KEK DAN PASTY YANG TERBAIK !

by on 24.11.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !! Korang tercari - cari perkhidmatan membuat kek dan pastry terbaik ? tak percaya dengan pe...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca ! 



Baru - baru ini bertempat di Khadijah Kitchen, PV128 Setapak telah berlangsungnya satu majlis anjuran Blooggers bersama - sama Video Brosur





Event 'lepak santai' ni adalah pertama kali diadakan dan sambutan yang diterima ternyata sangat menggalakkan ! Rugi buat siapa yang terlepas event ni sebab suasana di Khadijah Kitchen's tersangatlah meriah dengan kehadiran para media , komuniti Blooggers dan para jemputan . 

komuniti Blooggers yang hadir. sporting habis ! 

Antara akitiviti yang diadakan selain daripada pelancaran dan pengenalan Video Brosur adalah acara cabutan bertuah, sesi photo booth dan mini games.










 Selain itu juga , para tetamu yang hadir telah dihiburkan oleh Owner Khadijah Kitchen's , tak lain tak bukan Datuk Khadijah Ibrahim.




 Beliau bersama - sama anak-anaknya telah mendendangkan beberapa lagu termasuk nyanyian semula lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee , Getaran Jiwa.Ternyata suara Datuk Khadijah telah memukau para jemputan yang hadir. Terbaik ! 

Untuk pengetahuan korang , majlis ini takkan berlangsung dengan jayanya tanpa sokongan dari rakan penaja kami. Serius cakap, produk dorang terbaik gilos ! Terima kasih diucapkan kepada 








 tak dilupakan pada Rilgis Pro Sticker | Kahwin | Label | Kereta  dan 
Emerald Studios atas tajaan yang sangat hebat ! 



Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir dan diharap dengan penganjuran majlis ini , komuniti Bloogggers terus berkembang . Jangan lupa sentiasa follow perkembangan Blooggers di SINI  !  

'Rezeki Dikongsi Bersama'

p / s : balik terus demam 

PELANCARAN VIDEO BROSUR DAN BLOOGGERS TV MERIAH !

by on 18.11.13
A ssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca !  Baru - baru ini bertempat di Khadijah Kitchen , PV128 Setapak telah...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !



Kenapa mesti Blooggers ? bukan Blogger ke ? untuk korang yang tak tau Blooggers ni merupakan nama bagi satu komuniti blogger yang ditubuhkan untuk membantu para blogger di sana mempromosikan produk dan menjana pendapatan melalui blog 

Tipulah kalau cakap korang tak pernah masuk atau follow mana - mana page blogger di facebook. Blooggers ni pun sama juga tempat 'lepak' para blogger tapi Komuniti Blooggers ini menjanjikan lain dari yang lain ! 

Dengan berpegang pada Rezeki untuk dikongsi bersama, komuniti Blooggers ini korang bukan saja dapat berkenalan dengan rakan blogger yang lain tapi dalam komuniti ini juga korang dapat share tips blogging dan berpeluang merasai mana - mana acara anjuran mereka di luar sana. 

Pada 16 November ini , satu lagi acara yang agak besar bagi komuniti Blooggers akan dilangsungkan. Acara apa ? Nantikan blog post dalam Blog Budak Pacak nanti. kehkehkeh 

Berminat untuk jadi sebahagian komuniti Blooggers ? Korang cuma 'Like' di Page Bloggers Dot Com dan sentiasa update perkembangan komuniti ini. Selamat Berblogging  ! 

p / s : Anjakan Paradigma 

BLOOGGERS

by on 13.11.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Kenapa mesti Blooggers ? bukan Blogger ke ? untuk korang yang tak tau Blooggers ni ...
Assalamualaikum, salam sejahtera semua orang !

ohoi ingat lagi pasal entry sebelum ni pasal #NNFoodFest2013 ? masa dekat sana , kiteorang sempat jenguk ke booth Andy's BBQ . pada mulanya dalam hati cakap " ermm apa yang specialnya ?" sebab yang nampak masa tu hanya burger atau brisket sandwich yang tengah dimasak untuk diberi kepada orang yang datang



yang kiteorang ni makan je apa yang ada kat sana, jadi cubalah Andy's BBQ Brisket Sandwich untuk kali pertamanya dan aku mencuba sandwich daging. Bila masuk je 1st bite dalam mulut macam speechless! Perghh sedap giler kot! 



Just imagine, roti dia yang begitu lembut, dan daging atau patty dia merupakan hirisan daging yang dimasak lembut bersama kuah special yang disediakan oleh Andy's BBQ ! memang terbaik ! 








rasanya itulah satu keunikan pada Andy's BBQ dimana cara penyediaan BBQ dorang seperti masakan barat yang asli. kiteorang malam tu , hentam sampai dua biji sandwich,sanggup tunggu dorang masak lain sebab time tu dah habis. dasar muka tak malu kehkehkeh.

selain sandwich, di Andy's BBQ juga turut menyediakan masakan barat yang lain seperti BBQ Sauce , Pulled Chicken Sandwiches,Cowboy Chili,Coleslow,Cornbread,Sweet Potato Fries dan banyak lagi !

Jadi untuk korang yang gemarkan kelainan , apa kata cuba sendiri merasai  Andy's BBQ yang terletak di 9 Jalan Andaman, Wangsa Maju Seksyen 1 53300.

Kalau korang nak tahu secara detail lagi , bolehlah ke Facebook page dorang Andy's BBQ . Sekali cuba confirm nak lagi !

p/s : masih terbayang hirisan dagingnya ! omnomnomnom

ANDY'S BBQ

by on 22.10.13
Assalamualaikum, salam sejahtera semua orang ! ohoi ingat lagi pasal entry sebelum ni pasal #NNFoodFest2013 ? masa dekat sana , kite...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang !


Jangan terkejut sebab aku baru nak update pasal #NNFoodFest2013. Walaupun event ni dah berlepas, tapi kehangatan dia masih lagi terasa. Hari paling heaven kot aku rasa time tu ! 



Ini adalah kali pertama penganjuran Nuffnang untuk pesta makanan ! Korang cuma perlu Tweet dan dapatkan makanan secara percuma.



 Rata- rata makanan masa tu bukan macam taster, portion dia gila besar , memang kenyang dan puas hati .






Aku dengan member yang lain punya eksited datang awal, sebab nak survey tempat maklumlah takut ramai. Sekali bila time register je , berebut - rebut orang beratur untuk dapatkan 'doorgift' dari pihak Nuffnang.

 Kiteorang spent masa sehari suntuk dekat Sunway Pyramid semata - mata untuk #NNFoodFest2013 . Pada mulanya just nak lepak tengahari tu je sekali amik kau, sehari suntuk makan best - best. 




Hampir semua booth makanan kitaorang terjah antaranya adalah Planet PopCorn, Nando's , Crazy Potatoes, Burger Lab, Juice Work dan banyak lagilah. Kiranya time tu semua hajat tercapai, kehkehkeh.






 Dah la makan free, time ni jugaklah dapat lepak - lepak dengan member blogger yang lain. Semuanya bawa perut je . Selain makan free, kiteorang dapat bawa balik PowerBank,Snek dan cenderamata dari Nuffnang sebagai kenangan di #NNFoodFest . terima kasih Nuffnang! You Guys Rock!!! 

Credit : Nuffnang 

p/s : tak sempat nak jumpa dengan ramai blogger, makan punya pasal tak ingat apa dah kekeke 


#NNFOODFEST2013

by on 21.10.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! Jangan terkejut sebab aku baru nak update pasal #NNFoodFest2013 . Walaupun event ...
Assalamualaikum, salam sejahtera semua orang !


Cak ? Aha ! Kalau dah lama tak update, pastu guna alasan berotben tak ada tak lain tak bukan belog ini ler. Ok lupakan pasal itu. So far Alhamdulillah diri ini masih lagi sihat. jadi dikesempatan ini aku nak share dengan korang mengenai apa yang terbaru dalam belog ini

setelah mengambil kira beberapa faktor, aku dah decide nak revolusikan belog ini sekali lagi . kalau sebelum ini segmen atau label dalam belog ini tunggang langgang,main letak je. jadi atas kesedaran ini aku akan adakan beberapa segmen atau label terbaru dalam belog ini

JOM MAKAN 



Dalam segmen jom makan ini , aku akan review makanan dan tempat yang korang harus singgah untuk tatapan. kekerapan segmen ni bergantung pada tahap duit ler. kehkehkeh kalau setiap hari makan best - best mau kopak duit weh 

JOM MAKAN ANGIN 



Kalau sebelum ini , ruangan ini aku letakkan sebagai travelog. Jadi lepas ini, segmen travelog ini akan berubah kepada Jom Makan Angin. Haa tajuk tak nak kencang pulak enn? Jadi kepada sponsor diluar sana marilah sponsor percutian free kat belog ni, kekekeke...

KAKI WAYANG 

Antara segmen terbaru juga dalam belog ini. Apa yang akan terkandung dalam segmen kaki wayang ni adalah, review dan rating mengenai filem terbaru. Kekerapan entry ini kemungkinan dalam dua minggu sekali,Insyallah. Pendek cerita bergantung pada rezeki . 

SPONSORED POST 

Segmen tajaan ini adalah entry lanjutan bagi mana - mana pihak yang ingin promosikan produk dorang.blogger sekarang dah variety tak macam dulu.orang bagi kita kepercayaan, kita pun kenalah jalankan amanah ye dak. 

KAKI EVENT 



Segmen kaki event ni adalah untuk review dan update mengenai event yang berada di dalam negara seperti event Nuffnang , Resort World Genting dan sebagainya. Selain itu juga, dalam segmen ini akan diisi dengan perkembangan hiburan dan media dalam negara.

KAKI GADJET 

oh lelaki dan gadjet memang tak boleh dipisahkan. memandangkan aku sendiri kaki gadjet, lepas ini review dan tips penggunaan gadjet terkini akan diceritakan dalam belog ni. 

PERSONAL 

kalau sebelum ni namanya adalah "Its Gonna Be Me" .Jadi lepas fikirkan balik segmen personal ini akan ditulis berdasarkan apa yang terbuku dalam hati ni. kehkehkeh. sebenarnya dalam segmen personal ini aku akan bercerita pandangan aku mengenai sesuatu isu dan juga share dengan korang mengenai life as a student,   teacher to be Insyallah. 

haaa semua tu adalah penambah baikan dan segmen terbaru blog budak pacak. selepas ini masih ada beberapa segmen dikekalkan dan ada yang telah dihentikan . antara yang masih kekal adalah segmen 

- Gambar ( Gambar yang menerangkan segalanya) 
- Petua dan Tips ( Petua dan Tips dalam rutin seharian ) 
- Contest dan Montest ( Review dan Pertandingan yang wajib korang join ) 
- Mesti Tengok ( liputan mengenai info terkini dalam dan luar negara ) 
- Ko Tau ? ( info yang mungkin selama ini korang tak pernah tahu ) 
- Lelaki ( segmen dan gaya terkini mengenai lelaki ) 
- Resipi ( resipi simple oleh orang bujang ) 
- Blog Dan Vlog ( update mengenai perkembangan blog ) 
- Iktibar ( sejarah dan pengajaran dari sesuatu cerita ) 

Segmen yang telah dihentikan 

- Artis ( digabungkan dalam kaki event ) 
- Freemason Dan Akhir Zaman ( digabungkan dalam iktibar )
- Happy Birthday 
- Its Gonna Be Me 
- Cepu Emas
- Lirik Lagu 

Dihentikan di sini bukanlah maksudnya akan terus delete dari belog ini . Bagi aku semua tu kenangan masa baru nak naik jadi blogger . Transformasi ini dibuat sebab fikirkan umur makin meningkat jadi content dan cara pendekatan pun kena tukarlah sikit - sikit ye dak . Kalau dulu lebih kepada personal , dan sekarang dengan rasminya

 I AM LIFESTYLE BLOGGER , AND THIS IS BLOG BUDAK PACAK . 

p /s : tak ada siapa nak sponsor header baru ke ? Kehkehkeh 

SEGMEN TERBARU BLOG BUDAK PACAK

by on 20.10.13
Assalamualaikum, salam sejahtera semua orang ! Cak ? Aha ! Kalau dah lama tak update, pastu guna alasan berotben tak ada tak lain ta...