Total Pageviews

Showing posts with label MESTI TENGOK. Show all posts
Showing posts with label MESTI TENGOK. Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Kalau sebelum ini, Budak Pacak ada tulis satu entry mengenai produk Wira Malam bukan ? ( Rujuk Sini). 



Wira Malam ini banyak khasiatnya seperti

•       Mengoptimalkan fungsi testosterone
•       Membantu mereka yang mengalami masalah libido yang rendah
•       Melancarkan peredaran darah
•      Meningkatkan kualitas ereksi dan tahan lama dengan cara melebarkan           pembuluh darah
•       Tidak menyebabkan jantung berdebar
•       Meningkatkan produksi androgen (hormone seksual pria)
•       Memperbaiki jumlah sperma lelaki
•       Membantu menyihatkan tubuh jika diamalkan setiap hari

Kecoh juga baru - baru ini ada beberapa produk kesihatan yang telah dikatakan beracun dan tiruan termasuklah produk Wira Malam dan Harum Malam.

Kalau nak tau produk Wira Malam ini memang beracun kalau diminum bersama racun serangga! kehkehkeh..Sebenarnya produk ini tak beracun pun. Cuma sejak kebelakangan ini , produk wira malam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan . Jadi terdapat sesetengah pihak yang telah cuba memanipulasikan produk ini secara tiruan.



Oleh itu, disebabkan hal ini yang semakin menular, pihak Legacy Secret telah menambahbaik produk mereka dengan ciri - ciri keselamatan hologram (holoQR) . 

Macam mana nak pastikan produk wira malam yang asli dan tiruan ? 



1. Pengesahan Melalui Visual



                     Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah 

2. Pengesahan Melalui Sentuhan




Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari

3. Pengesahan Melalui QR Wechat




Imbas kod produk dan info akan diberikan


PERINGATAN !!!
•      1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
•      Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
•      Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.

Wechat ID : harummalam



Kalau itu wira malam, yang ini khas untuk yang wanita bagi produk harum malam 


Jadi dah tahu macam mana nak bezakan produk asli dan yang tiruan ? Kalau korang rasa macam ada yang tiruan atau apa - apa cepat - cepat laporkan kepada pihak yang berkenaan atau ke Legacy Secret sendiri. Kita sendiri tak tahu kesahihan produk tiruan ni kan ? silap haribulan boleh bawa maut. bahaya !

untuk maklumat lanjut boleh ke 

•      www.harummalam.com
•      www.legacysecret.com

p / s : produk kesihatan semakin bertambah dalam pasaran kena hati - hati takut nanti termakan diri 

Produk Wira Malam Tidak Asli !

by on 28.8.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Kalau sebelum ini, Budak Pacak ada tulis satu entry mengenai produk Wira Malam bukan ? ( ...
"ladies and gentlemen this is Captain Khairul Azfar , your captain speaking . We like to welcome you onboard this flight to Kuala Lumpur. flight duration is around 2 hours  and we are expecting a fairly smooth flight today. Once again we thank you for choosing to fly with us today and we hope you enjoy your flight"


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Ada gaya juruterbang bercakap tak ? hehehee... 


Nak jadi juruterbang bukan senang, perlu ada kepakaran dalam selok belok kapal terbang. Jadi untuk melatih juruterbang ini maka tertubuhlah akademi penerbangan. 

Buat korang yang tak tahu, di Melaka terdapatnya satu Akademi Penerbangan Malaysia atau MFA - Malaysian Flying Academy yang telah diiktiraf selama hampir 3 dekad lamanya. 



Baru - baru ini sepatutnya Budak Pacak ke sana untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman sebagai juruterbang namun disebabkan ada perkara yang tidak diingini berlaku,terpaksa lupakan niat untuk ke sana. 

Namun begitu, di kesempatan ini Budak Pacak nak berkongsi dengan korang mengenai MFA  dan juga syarat - syarat untuk menjadi juruterbang.

Pengetua Akademi Penerbangan Malaysia, Kapten Stephen Michael Terry 

Tahun ni genap 30 tahun penubuhan akademi penerbangan ni .Seramai 1400 orang kadet telah dilahirkan disini Bukan setakat Malaysia , malah ada kadet dari Australia, Portugal, France, Hungary, Maldives, Mauritius, Myanmar, Iraq, Iran, Libya, United Arab Emirates, India, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Finland, Japan, Oman dan Yemen turut dilahirkan di sini. 

Malah yang membanggakan , disini juga terdapat kadet wanita yang bakal menjadi juruterbang wanita . Haaa, jangan tak tahu, perempuan tak berani bawa kapal terbang. Buktinya adalah 50 orang kadet wanita ni. 


Lim Ju Lian salah seorang kadet wanita  yang berasal dari Malaysia 


Untuk lulus menjadi juruterbang , setiap kadet perlu lulus Commercial Pilot License with Instrument Rating (CPL/IR) . Mesti korang tertanya apa benda pulak ni kan  ? 

Sebagai info , Commercial Pilot License with Instrument Rating (CPL/IR)  ini melatih dan membolehkan seorang kadet mempunyai lesen untuk membawa kapal terbang komersil . 



Di MFA seramai 21 instructor yang bertauliah telah ditempatkan. Ratio untuk kelas penerbangan disini adalah 1 Instructor dan 6 orang kadet. 





Jumlah ini akan berubah menjadi 1 Instructor dan 4 orang kadet kelak selaras dengan penambah baikan beberapa fasiliti disini . 

Twin Engine Piper Seminole yang digunakan dalam latihan penerbangan disini 


MFA juga telah melatih kadet untuk beberapa syarikat penerbangan umum seperti Malaysia Airlines , AirAsia , Singapore Airlines , Silk Air , Air Mauritius dan juga Polis Diraja Malaysia .

Okay dari tadi mesti korang tertanya macam mana nak jadi juruterbang ?  Untuk membolehkan korang membawa kapal terbang , korang perlu mempunyai lesen yang diiktiraf. Lesen kapal terbang adalah berlainan mengikut jenis kapal terbang. 

Private Pilot Licence - PPL 


Commercial Pilot Licence - CPL 


The Frozen Airline Transport Pilot’s License - ATPL 


Assistant Flying Instructor Rating - AFI





Dah tahu sedikit sebanyak bukan mengenai lesen juruterbang ni kena ingat bawa kapal terbang bukan macam bawa kenderaan biasa, korang kena ambil beberapa ujian kelayakan yang setaraf baru layak bawa kapal terbang.

Sebelum Budak Pacak end up entry kali ini, buat korang dengan kawan - kawan yang nak merasai sendiri pengalaman di Akademi Penerbangan Malaysia ini , korang boleh berbuat demikian dengan upload gambar korang bersama kawan di facebook dan nyatakan kenapa korang kena menjadi #TheNextPilot. 

Jangan lupa , gambar korang perlu hantar direct message ke facebook page Malaysian Flying Academy bersama butiran MFA #TheNextPilot Photo Contest


1. Full Name as per IC

2. IC No
3. Valid email address
4. (i) Primary contact number; (ii) Secondary contact number



Maklumat lanjut mengenai Akademi Penerbangan Malaysia


Good Luck semua !

p /s ; Simpan impian untuk bekerja di awan biru 

Akademi Penerbangan Malaysia Terbaik

by on 13.8.14
"ladies and gentlemen this is Captain Khairul Azfar , your captain speaking . We like to welcome you onboard this flight to Kuala Lum...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Pejam celik pejam celik , lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri . Jadi pada kesempatan entry ini , Budak Pacak nak kongsi dengan korang beberapa buah lagu raya dan video klip raya aidilfitri . 

Menariknya mengenai Lagu Raya 2014 ini adalah terdiri mashup lagu raya yang sedia ada seperti 

1.Dendang Perantau - P.Ramlee
2. Hari Raya - iamNeeta, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris
3. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina
4. Lagu Raya - Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Ana Raffali
5. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
6. Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
7. Aidilfitri Hari Mulia - Fazidah Jonet
8. Selamat Hari Raya - Saloma

dan kesemua lagu ini dinyanyikan oleh gabungan bakat youtubers Malaysia seperti Azhar Mustapa , Aliyas Zakaria , Syuhada Najuwa , Eika Syah , Faayusra , Ikmal Hijaz dan juga Qiezarra . 



Serius cakap , first time Budak Pacak dengar lagu mashup raya ni asyik ' repeat.. peat peat' je. Terbaik !

Video ini adalah hasil daripada Voxscape . Selain mashup lagu raya, dorang pun ada hasilkan video dan cover lagu raya yang lain bersama artis terkenal seperti Shiha Mentor dan juga Encik Mimpi.





 Apa pun enjoy the video.sambil - sambil balik kampung tu, bolehlah dengar lagu - lagu raya ni. Ambil feeling la katakan kehkehkeh..

Nantikan selepas ini, koleksi ucapan raya aidilfitri daripada selebriti tanah air yang Budak Pacak sempat rakamkan khas untuk pembaca Blog Budak Pacak, tunggu...


p /s ; lagu raya menggamit memori.

Lagu Raya 2014

by on 26.7.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Pejam celik pejam celik , lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfit...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .


Hari ini Malaysia digemparkan dengan khabar berita yang mengejutkan dimana Pesawat Penumpang Malaysia MH 17 dilaporkan telah terhempas di Ukraine  kerana telah ditembak . 

Pesawat yang membawa 280 orang penumpang dan 15 orang anak kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur . Disini Budak Pacak nak berkongsi beberapa gambar pesawat MH 17 yang dikatakan telah terhempas.

 Ada juga yang mengatakan kesemua mangsa telah terkorban . Terfikir sejenak mengenai ada keluarga yang ingin pulang beraya di Malaysia tetapi tidak kesampaian.... 



















Senarai Nama Crew MH 17

  • Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
  • Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
  • Tidak diketahui : 39 orang
  • Jumlah warga Malaysia 35
  • Jumlah Penumpang : 280 orang
  • Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
  • Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Senarai jumlah penumpang pesawat MH17

apa pun sama - sama kita doakan yang terbaik mangsa pesawat  MH17. salam takziah diucapkan untuk ahli keluarga mereka. Al - Fatihah . 

p /s ; Pray For MH17







Gambar Pesawat MH 17 Terhempas

by on 18.7.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Hari ini Malaysia digemparkan dengan khabar berita yang mengejutkan dimana Pesawat Penu...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca ! 



Baru - baru ini bertempat di Khadijah Kitchen, PV128 Setapak telah berlangsungnya satu majlis anjuran Blooggers bersama - sama Video Brosur. 





Event 'lepak santai' ni adalah pertama kali diadakan dan sambutan yang diterima ternyata sangat menggalakkan ! Rugi buat siapa yang terlepas event ni sebab suasana di Khadijah Kitchen's tersangatlah meriah dengan kehadiran para media , komuniti Blooggers dan para jemputan . 

komuniti Blooggers yang hadir. sporting habis ! 

Antara akitiviti yang diadakan selain daripada pelancaran dan pengenalan Video Brosur adalah acara cabutan bertuah, sesi photo booth dan mini games.










 Selain itu juga , para tetamu yang hadir telah dihiburkan oleh Owner Khadijah Kitchen's , tak lain tak bukan Datuk Khadijah Ibrahim.




 Beliau bersama - sama anak-anaknya telah mendendangkan beberapa lagu termasuk nyanyian semula lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee , Getaran Jiwa.Ternyata suara Datuk Khadijah telah memukau para jemputan yang hadir. Terbaik ! 

Untuk pengetahuan korang , majlis ini takkan berlangsung dengan jayanya tanpa sokongan dari rakan penaja kami. Serius cakap, produk dorang terbaik gilos ! Terima kasih diucapkan kepada 








 tak dilupakan pada Rilgis Pro Sticker | Kahwin | Label | Kereta  dan 
Emerald Studios atas tajaan yang sangat hebat ! 



Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir dan diharap dengan penganjuran majlis ini , komuniti Bloogggers terus berkembang . Jangan lupa sentiasa follow perkembangan Blooggers di SINI  !  

'Rezeki Dikongsi Bersama'

p / s : balik terus demam 

PELANCARAN VIDEO BROSUR DAN BLOOGGERS TV MERIAH !

by on 18.11.13
A ssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca !  Baru - baru ini bertempat di Khadijah Kitchen , PV128 Setapak telah...