Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Baru - baru ini , Khai bersama - sama dengan Tourism Negeri Sembilan dan Friends Of Negeri Sembilan  (FONS) telah dijemput khas oleh Coca Cola sebagai rakan media untuk merasai sendiri terlebih dahulu  pameran dan aktiviti yang menarik telah disediakan untuk FIFA World Cup Trophy Tour Coca Cola . 






Selain pameran FIFA World Cup Trophy , terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan di sini seperti freestyle soccer , PS4 street soccer , shoot speed dan yang paling menarik adalah pertunjukan hologram video . Dimana dalam tayangan 15 minit ini, sejarah sepanjang penganjuran FIFA World Cup  telah ditayangkan kepada kami. 




Selain itu, terdapat juga pameran bola sepak yang telah digunakan sepanjang FIFA World Cup dan yang paling penting pihak Coca Cola telah menyediakan secara percuma sesi fotografi bersama FIFA World Cup yang telah diterbangkan khas di Malaysia untuk jangka masa 3 hari sebelum seterusnya berada di Indonesia. Terima kasih Coca Cola!






*****************************************************************

Oh ya jom daftar sebagai ahli Friends of Negeri Sembilan! 




Korang cuma perlu klik kategori yang berikut : 


P /S : teruja dapat tengok World Cup 

PENGALAMAN DI FIFA WORLD CUP TROPHY TOUR COCA COLA

by on 10.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Baru - baru ini , Khai bersama - sama dengan Tourism Negeri Sembilan dan Friends Of Ne...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Baru - baru ini , bersama - sama dengan Tourism Negeri Sembilan dan Fans of Negeri Sembilan ( FONS ) , kami telah menghadiri pelancaran utama Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 



Majlis yang telah menyaksikan Timbalan Perdana Menteri , YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yasin bersama - sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan , YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz secara rasminya telah melancarkan edisi keempat Tahun Melawat Malaysia yang bertemakan "Celebrating 1Malaysia Truly Asia" .



Memetik kata - kata Timbalan Perdana Menteri , YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yasin  Tahun Melawat Malaysia 2014 menjanjikan pelbagai aktiviti dan pengalaman yang menakjubkan untuk para pelancong dalam dan luar negara 



Majlis yang telah dihadiri hampir 50,000 pengunjung telah bermula seawal 10 pagi di Dataran Merdeka dengan acara pameran , jualan produk kraftangan, mencanting batik , Van Simulasi 6D dan juga jualan makanan yang turut menampilkan 14 makanan utama di setiap negeri . 










Selain itu, disebelah malam, dimana acara utama seperti tayangan video mengenai budaya dan pelancongan Malaysia , persembahan tarian rakyat Malaysia , "Building Mapping " ,persembahan menakjubkan " Celebrating 1 Malaysia Truly Asia , dan persembahan bunga api telah dipersembahkan kepada para pengunjung. Lihat video DISINI





Artis seperti Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Khadijah Tan telah membuat persembahan dengan nyanyian yang memukau para pengunjung. Selain itu,  Datuk Jamal Abdillah, Amy Search , Hafiz, Nash , Azlan & The Typewriter, Awie dan Najwa Latif turut membuat persembahan pada malam itu. 



Dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan telah menyasarkan 28 Juta kehadiran Pelancong dan untuk itu lebih dari 200 acara dan festival menanti buat para pelancong. Untuk pengetahuan , Monyet Belanda atau Proboscis Monkey telah dipilih sebagai Maskot Tahun Melawat Malaysia 2014

p / s : teruja tengok "Building Mapping" . memang terbaik ! 


PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 MERIAH !

by on 9.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Baru - baru ini , bersama - sama dengan Tourism Negeri Sembilan dan Fans of Negeri Semb...
Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Baru - baru ini, sekali lagi kami dari Blooggers Dot Com dijemput untuk ke Genting International Room ,Resort World Genting bagi menyaksikan detik bersejarah pelancaran Genting Integrated Tourism Plan dan Twentieth Century Fox World . 



Mengenai Genting Integrated Tourism Plan ianya merupakan pelan jangka masa 10 tahun dimana Resorts World Genting bakal menyaksikan perubahan besar dari segi hotel , taman tema dan kemudahan di Resorts World Genting sendiri. 



Majlis ini turut menyaksikan Perdana Menteri Malaysia,  YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak melancarkan projek bernilai 5 Bilion ini bersama - sama Chairman YB Tan Sri Lim Kok Thay, Chief Executive of  Genting Malaysia, YAB Tun Mohammed Hanif Omar , Deputy Chairman of Genting Malaysia, YB Dato' Sri Lee Choong Yan, President and Chief Operating Officer of Genting Malaysia  dan Mr Jeffrey Godsick, President of Twentieth Century Fox Consumar Products . 



Untuk rekod,Resorts World Genting  telah mencatatkan lebih dari 20 million pengunjung setiap tahun . Oleh yang demikian perubahan besar telah dilakukan termasuk pembaharuan Stesen Kereta Kabel yang mempunyai kapasiti 100 gondola , parking kenderaan bertingkat yang mempunyai lebih dari 3,100 parking dan juga pusat membeli - belah yang bakal diwujudkan .

Mengenai wajah terbaru taman tema Resort World Genting pula pengunjung bakal merasai kelainan pengalaman  apabila projek bersama Twentieth Century Fox Consumer Products dijangka siap pada penghujung 2015.

Lihat video Lakaran The International  Twentieth Century Fox World DISINI 

The International  Twentieth Century Fox World bakal diwujudkan dengan lebih dari 25 permainan dan tarikan daripada filem antarabangsa yang terkenal seperti Ice Age , Rio , Night At The Museum dan Alien VS Predator. 

Walau Outdoor Taman Tema ini ditutup sementara, pengunjung masih boleh mengunjungi Indoor Taman Teman seperti Sky Venture , Snow World , 4D Theatre, Indoor Coaster Ride dan banyak lagi yang masih dibuka kepada orang ramai. 

Lihat juga video disebalik sejarah Resort World Genting DISINI 

Yang pasti apabila siap nanti, negara bakal menyaksikan pengunjung yang tak putus - putus datang melancong kerana The International  Twentieth Century Fox World menjanjikan permainan dan keriangan bertaraf antarabangsa ! 

p/s : tak sabar tunggu 2015 ~

PELANCARAN GENTING INTEGRATED TOURISM PLAN DAN TWENTIETH CENTURY FOX WORLD

by on 6.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera  Baru - baru ini, sekali lagi kami dari Blooggers Dot Com dijemput untuk ke Genting Internatio...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2014 ini , rakyat Malaysia dan ekspatriat berpeluang memenangi hadiah - hadiah menarik termasuk pakej - pakej pelancongan domestik bagi 30 orang peserta yang berjaya setiap bulan! menarik bukan ? 




Ini adalah untuk menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut sama - sama membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 . Tourism Malaysia bersama - sama Kakitangan PLUS telah melancarkan dan mengedarkan Sticker Tahun Melawat Malaysia 2014 #TMM2014 secara serentak di seluruh negara. 




Sebanyak 150,000 unit pelekat kenderaan telah diedarkan pada pengguna jalanraya dimana Khai turut berpeluang mengedarkan sticker tersebut di Plaza Tol Batu 3 , Shah Alam.

Untuk pengetahuan korang , Sticker Kenderaan Tahun Melawat Malaysia 2014 #TMM2014 telah menampilkan gambar monyet Proboscis yang merupakan maskot rasmi bagi Tahun Melawat Malaysia 2014. 

Korang boleh dapatkan sticker peraduan ini secara percuma di Plaza Tol yang tepilih seperti  Tol Sungai Besi di Selangor, Tol Skudai di Johor, Tol Ayer Keroh di Melaka, Tol Jambatan Pulau Pinang , Tol Senawang di Seremban , Negeri Sembilan, Tol Batu 3 di Shah Alam, R&R Tapah di Perak dan Tol Hutan Kampung, Alor Setar di Kedah. 

Selain itu, korang juga boleh dapatkan di Tol Jabor di Terengganu , Tol Jambatan Tun Salahudin di Sarawak, Jeti Kuala Perlis di Perlis, KB Mall di Kelantan, Lapangan Terbang Kota Kinabalu di Sabah , Plaza Kuantan Sentral, Pusat Transformasi Bandar di Bentong Pahang, Pejabat - pejabat Tourism Malaysia Negeri, dan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di seluruh negara. 

Nak tahu cara untuk sertai peraduan ini ? 

  1. Tangkap gambar sticker Tahun Melawat Malaysia 2014 di kenderaan korang berdasarkan kreativiti di mana - mana pusat pelancongan dalam Malaysia 
  2. Like page Cuti - Cuti 1 Malaysia 
  3. Upload gambar korang ke page tersebut dan kongsikan bersama 10 orang rakan
Haa senang bukan ! Buat korang yang tak berjaya jangan risau kerana penyertaan yang tidak berjaya pada bulan pertama akan dibawa pada bulan seterusnya. 

Jom sertai sekarang , semoga berjaya !! 



P / S : Musim untuk melancong !


TOURISM MALAYSIA LANCAR PERADUAN FOTO STICKER TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014

by on 6.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2014 ini , rakyat Malaysia dan ekspatriat berpeluang m...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Pada 15 Disember yang lalu , Sahabat Media Cuti - Cuti 1 Malaysia ( SMCC1M) telah ke Bagan Lalang bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan menerusi program Voluntourism .



Pada kunjungan kami ke Bagan Lalang , satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman ( MoU ) bagi pelaksaan Voluntourism Adoption Initiative : Program Pembersihan dan Pengindahan Pantai Bagan Lalang Sepang antara Avani Sepang Goldcoast Resort, Syarikat Hiap Teck Venture Berhad , Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kelab Pengakap Malaysia dan Malaysia Nature Society ( MNS ) telah diadakan di Avani Sepang Goldcoast Resort. 






Untuk makluman , Voluntourism Adoption Initiative : Program Pembersihan dan Pengindahan Pantai Bagan Lalang ini merupakan inisiatif pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi memastikan kawasan pelancongan dalam Malaysia sentiasa menjadi tarikan buat para pelancong dalam dan luar negara . 

Buat korang yang sukakan aktiviti sukarelawan ini apa kata sertai program 1Malaysia Voluntourism di mana di bawah program ini ada 5 teras utama yang korang boleh join seperti : 

1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean ( 1MG1MC )

  • melibatkan penyertaan sukarelawan dalam kempen dan aktiviti kebersihan , kehijauan dan mencantikkan kawasan atau premis pelancongan 

1 Malaysia Voluntutoring 

  • melibatkan penyertaan sukarelawan untuk berkongsi ilmu dengan penggiat industri seperti pengusaha Homestay serta masyarakat umum . Perkongsian ilmu dan kemahiran ini merangkumi aspek pendidikan , hospitaliti dan pengurusan. 

1 Malaysia Volunsharing 

  • Melibatkan penyertaan sukarelawan untuk berkongsi pengalaman percutian termasuk aktiviti sukarelawan di tempat - tempat pelancongan yang mereka sertai melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. 

1 Malaysia Event 

  • Melibatkan penyertaan sukarelawan untuk membantu dalam penganjuran acara - acara pelancongan negara 

1 Malaysia Culture and Heritage 

  • Melibatkan penyertaan sukarelawan untuk membantu dalam usaha promosi dan konservasi warisan dan kebudayaan Negara 
tunggu apa lagi ? Jom daftar sekarang di 



p /s : tenang melihat laut


VOLUNTOURISM ADOPTION INITIATIVE

by on 6.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Pada 15 Disember yang lalu , Sahabat Media Cuti - Cuti 1 Malaysia ( SMCC1M) telah ke Ba...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Merujuk kepada entry sebelum ini dimana, Sahabat Media Cuti - Cuti 1 Malaysia ( SMCC1M ) telah berkunjung ke bagan lalang . Kunjungan kami turut disertai oleh artis yang sedang meningkat naik iaitu Iqwal Hafiz

Kami ke bagan lalang bukan sahaja untuk menyaksikan MoU sempena Pelaksaan Voluntourism Adoption Initiative , malah kami juga telah dibawa ke Homestay Banghuris yang terletak di Kg. Hulu Chuchoh , Sungai Pelek, Sepang. Bagi Khai sendiri, ini adalah homestay kedua di Negeri Selangor yang sempat dikunjungi selepas Homestay Sg Hj Dorani tempoh hari .



Menariknya mengenai Homestay Banghuris ini adalah dimana Homestay Banghuris merupakan " Award - winning Kampung " . Nama Banghuris diambil daripada 3 kampung yang menyokong penuh program homestay ini iaitu Kampung Bukit Bangkung, Hulu Chuchoh dan Ulu Teris .

Paluan Kompang dan Persembahan Muzik 

klik SINI untuk lihat instavideo 

Siapa sangka, kedatangan kami disini telah disambut meriah dengan paluan kompang anak - anak muda yang bergiat aktif di kawasan sini. Terasa macam pengantin pula apabila disambut dengan kompang.



Kalau dahulu ini adalah salah satu adat orang melayu dalam menyambut tetamu . Selain itu juga, kami telah dihiburkan dengan  nyanyian lagu - lagu 90-an oleh penduduk kampung disini. 

Kesegaran Air Kelapa dan Keenakan Mi Sup Homestay Banghuris 




Dengan cuaca panas terik , memang tepat betul apabila menikmati kesegaran Air Kelapa sambil menjamah Mi Sup disini. Memang terbaik ! 



tengoklah  blogger si emas putih dengan nina , khusyuk betul makan 


Selain itu juga , kami juga dihidangkan Raja Buah, Buah Durian. Tak pandang orang lain dah bila makan. 

Mengail Ikan , Menoreh getah dan Taman ala Korea 




Selepas menikmati juadah petang, kami ke kolam ikan yang terletak bersebelahan pusat aktiviti Homestay Banghuris .



Sempat juga kami mengail ikan, adalah juga  beberapa ekor ikan yang tertarik dengan umpan kami. 




Seterusnya kami di bawa ke Kebun Getah dimana di sini kami telah diberi beberapa penerangan mengenai cara menoreh dan menghasilkan getah yang berkualiti.






 Masing - masing punya bersemangat untuk merasai sendiri pengalaman menoreh getah. 

Yang menjadi tarikan kami pada lawatan kali ini adalah Taman Ala Korea. sebenarnya nama ini Khai yang bagi sendiri memandangkan suasana dan pemandangannya yang memukau buat siapa yang berkunjung disini. 






Buat mereka penggemar fotografi , tempat ini wajib korang singgah ! 


Jadi buat korang yang tercari - cari homestay suasana kampung disamping ingin merasai sendiri budaya masyarakat Melayu disini adalah tempatnya ! 

Homestay Banghuris 
Kg Hulu Chuchoh 
43950 Sungai Pelek
Sepang
Selangor Darul Ehsan 

Hjh Misriah : 012 - 662 8458
Hj Basir : 019 - 232 5787

E-mail : banghuris_homestay@yahoo.com 



SAHABAT MEDIA KE BAGAN LALANG

by on 6.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Merujuk kepada entry sebelum ini dimana, Sahabat Media Cuti - Cuti 1 Malaysia ( SMCC1M ) tela...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Tercari - cari pakej bilik seminar yang murah dan memenuhi bajet korang ? 



Di Sumai Apartment Hotel semuanya memenuhi bajet dan keperluan korang. Di sini terdapat dua kategori pakej yang disediakan iaitu Full Day dan Half Day

Pakej Full Day 

Non-Residential: RM60 per person (Min.30 pax+3 meals)
Inclusive of:
>1 unit meeting room
>2 Tea/coffe break with 2 snacks
>1 set/buffet lunch
>1 unit basic PA System with 2 microphones
>1 unit white screen
>1 unit of flipchart
>1 unit whiteboard
>Free WIFI
>Writing Material
>Mint and ice water

Half Day 

Non-Residential:RM45 nett per person (Min.30 pax + 2 meals)
 Inclusive of:
>1 unit meeting room
>1 tea/coffee break with 2 snacks
>1 set /buffet lunch
>1 unit basic PA system with 2 microphones
>1 unit white screen
>1 unit of flipchart
>1 unit whiteboard
>Free WIFI
>Writing Material
>Mint and ice water

Untuk pengetahuan  segala urusan tempahan hendaklah dibuat dengan kadar segera , kerana disini sentiasa mendapat tempahan orang ramai. Kalau tempat pun murah dan cantik pulak tu siapa yang tak nak bukan ? 
Jadi untuk segala tempahan bolehlah rujuk laman web SUMAI APARTMENT HOTEL atau 
Terus hubungi :-
Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment
 Puan  Noor Zarimaniza :   014-5243941
 
Restoran Bintang Laut 
Selain pakej bilik seminar yang murah, tarikan lain disini adalah Restoran Bintang Laut di bawah kelolaan Sumai Apartment Hotel .Menariknya disini sudah semestinya makanan dia yang verstail ! . 

Paling tidak dilupakan adalah Tempoyak Ikan Patin Temerloh , Set Ikan Bakar , Set Makanan Cina dan juga Set Makanan Barat. Sumpah terbaik gilos ! Sampai demam dibuatnya rindukan makanan disana. 






Di Restoran Bintang Laut ini korang boleh membuat tempahan samada berminat secara bufet, ala carte, lunch dinner dan macam - macam lagi. Yang terbaik dari Restoran Bintang Laut ! Mengancam habis ! 


PAKEJ BILIK SEMINAR DI TERENGGANU

by on 2.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Tercari - cari pakej bilik seminar yang murah dan memenuhi bajet korang ?  Di...