Assalamualaikum dan salam sejahtera ~!
Bertempat di Desa Waterpark , Taman Danau Desa , Kuala Lumpur Khai bersama - sama 3 rakan bloggers yang lain telah dijemput untuk membuat review disana. Kali terakhir Khai ke sana sewaktu kecil lagi . Sekarang besar gedabak barulah merasa nikmat main air di Desa Waterpark .Terima Kasih Desa Waterpark .
bersama - sama Mr David Wan ,Park Manager dan Mr M.Gunaseelan , Head of Operations disini. Terima kasih kerana menjemput kami !
Walapun Desa Waterpark merupakan antara taman tema yang terawal di Malaysia, saban tahun taman tema ini menjanjikan sesuatu kelainan. Nak tahu apa kelainan disini? Baca sampai habis ya..
Apa yang akan korang dapat di Desa Waterpark ? Disini terdapat 12 permainan yang unik sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Antaranya adalah Bubble Pool , Ripple Bay , Shock Wave , Super Tube , Tarzan in Town , Surf Shack , Thunderbolt , Baby Wave , Water Factory , Pink Slide , Clown a round dan Action River .
Yang paling penting semua permainan disini menjanjikan keselamatan para pengunjung dimana terdapat Para Penyelamat ditempatkan khas untuk mengawal kejadian yang tidak diingini berlaku .
Selain itu , disini juga terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti parking yang mencukupi, tempat tukar pakaian yang besar dan selesa , surau , loker keselamatan , kiosk dan restoran .
model pelampung yang tak bertauliah
dewan pun turut disediakan untuk acara - acara besar
Selain itu , disini juga terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti parking yang mencukupi, tempat tukar pakaian yang besar dan selesa , surau , loker keselamatan , kiosk dan restoran .
Mengenai restoran disini pula adalah kendalian Kafe Sila Rasa dimana untuk pengetahuan korang Kafe Sila Rasa ini merupakan tender tetap untuk makanan Staff Air Asia . Tidak hairanlah makanan di sini sedap - sedap belaka sehingga menjadi pilihan Air Asia.
Oh ya , mesti korang tertunggu, permainan apa yang menarik sehingga menjadikan Desa Waterpark ini lain dari yang lain ? Jawapannya adalah Thunder Bolt ! Uniknya mengenai Thunder Bolt ini kerana permainan ini merupakan Permainan Pertama yang menggunakan Kuasa Pancutan Graviti Air dan Yang Terpanjang di Asia! Satu pencapaian yang membanggakan.
Patutlah orang ramai sanggup beratur panjang dan lama semata - mata untuk merasai sendiri pengalaman mencuba permainan ini.
Patutlah orang ramai sanggup beratur panjang dan lama semata - mata untuk merasai sendiri pengalaman mencuba permainan ini.
Malangnya buat kami kerana tidak sempat menaiki Thunder Bolt ni kerana masa mencemburui kami namun begitu kami sempat mencuba kesemua permainan disini. Ternyata meluangkan masa terluang disini sangat berbaloi dengan keseronokan mencuba permainan di Desa Waterpark.
Harga tiket dan waktu operasi masuk ke sini adalah seperti berikut :
Harga Tiket
Dewasa : RM 35
Kanak - kanak : RM 25
Waktu Operasi
Hari Bekerja : 10.30 Pagi - 6.00 Petang
Hari Minggu dan Cuti Sekolah/ Am : 10.00 Pagi - 6.00 Petang
*Ditutup setiap Rabu kecuali pada Cuti Sekolah / Am
Untuk maklumat lanjut boleh layari website Desa Waterpark : www.desawaterpark.com.com
Terima Kasih Desa Waterpark !
p /s : Terima Kasih juga dekat Kisah Tatie tak pernah lupa untuk jemput Blog Budak Pacak :)
DESA WATERPARK MENJANJIKAN SUATU KELAINAN
by
khai artzfar
on
25.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera ~! Siapa suka pergi Taman Tema Air ? Kalau ya, bolehlah geng dengan Khai. kehkehkehkeh. ...








