Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Diam - tak diam , dah hampir separuh bulan kita berpuasa. Jadi ramai di antara kita yang sibuk membuat persiapan raya. tak kurang juga mereka yang dah siap segalanya termasuklah persiapan baju raya. 

Di kesempatan entry kali ini Budak Pacak nak berkongsi antara koleksi gaya bagi Baju Raya 2014. Tetapi entry ini khas untuk mereka yang mencari Baju Raya 2014 Lelaki.

Selalunya setiap tahun kita akan dengar fesyen Baju Melayu Cekak Musang dan juga Baju Melayu Teluk Belanga. Tahun ini kita dapat tengok persaingan corak dan gaya tak kiralah dari pereka fesyen popular mahupun underground  yang mencari kelainan dalam Baju Melayu 2014

Apa yang Budak Pacak perhatikan, tahun ini kebanyakan Baju Melayu mengambil konsep dua warna sebagai gaya bagi tahun 2014. Jadi di sini Budak Pacak senaraikan antara corak dan gaya Baju Melayu Lelaki yang menarik perhatian 


Baju Melayu Rizman Ruzaini : Highness 


Baju Melayu Rico Rinaldi : Amat 


Baju Melayu Rico Rinaldi : Samat


Baju Melayu Melinda Looi With Piping 


Baju Melayu Zery Zamry 


Baju Melayu Kashfi Zulkufli 


Baju Melayu Andres Avenue 


Baju Melayu Hijrah Couture 


Baju Melayu Idranska 


Jadi ini antara Koleksi Baju Melayu 2014 yang menarik perhatian Budak Pacak. Nantikan entry akan datang, Budak Pacak dan rakan blogger yang lain review dan peragakan Baju Melayu terkini dari pereka fesyen yang sedang meningkat naik tunggu. !

p /s ; akan datang juga entry mengenai koleksi jubah raya 2014 








Baju Raya 2014

by on 7.7.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Diam - tak diam , dah hampir separuh bulan kita berpuasa. Jadi ramai di antara kita yang...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Di kesempatan entry kali ini , Budak Pacak ingin memaklumkan  Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor ingin memohon bantuan dari rakan-rakan Blogger dan pembaca untuk membuat hebahan terhadap program Jalinan Ramadhan yang akan diadakan tidak lama lagi.



Apa yang korang perlu buat untuk buat hebahan tentang Program Jalinan Ramadhan ini adalah dengan membuat satu entry ringkas tentang Program dan war-warkan di blog dan Facebook masing-masing.

Mana tau dengan usaha kita ini dapat mengumpulkan sedikit dana untuk mereka yang memerlukan diluar sana.InsyaAllah. Buat rakan pembaca pulak , korang boleh je copy paste entry ini atau share je link mengenai program ini. Mudah bukan 


Maklumat Program.

Program Jalinan Ramadhan
Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)

Tarikh  dan Tempat - 
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor

Matlamat - 
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Objektif -
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran -
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.


Kos Program -

Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200

Jumlah Dana yang diperlukan - 
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan - 
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui 

Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8

Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340


Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in

Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362

Info lanjut di 




Pegawai Bertugas-
Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091



Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


‘Berkongsi Membawa Berkat’


Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com


Dan jangan lupa untuk war-warkan sekurang-kurangnya sekali di facebook,twitter dan instagram. Jom share mengenai program ini. Semoga usaha korang diberkati Allah SWT di bulan yang rahmat ini .

p /s ; teringat zaman twtup dulu .selalu join twtupberbukaanakyatim 

Program Jalinan Ramadhan 1435H - Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

by on 6.7.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Di kesempatan entry kali ini , Budak Pacak ingin memaklumkan   Kelab Kebajikan Nur Insaniah...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Kalau korang perasan lately ni Budak Pacak selalu up entry dalam slot jom makan. Alhamdulillah rezeki blog di Bulan Ramadhan ni .

Untuk slot Jom Makan kali ini , Budak Pacak nak bawakan satu lagi tempat atau port yang menarik untuk korang makan sambil santai - santai iaitu di Fish & Co  . 

Bercakap mengenai Fish & Co  , sebuah restoran dan jenama terkenal yang menyediakan makanan laut segar serta mempunyai dekorasi dalaman yang sangat cantik .Bila korang ke sini terasa bagaikan berada di perairan lautan .







 Bahan - bahan makanan yang disediakan pula,  korang janganlah risau kerana ianya adalah halal dan menggunakan bahan semula jadi di seluruh dunia seperti zaitun dan pelbagai herba. 

Berinspirasikan seafood in pan , masakan yang dimasak akan terus dibawa ke meja korang, jadi korang bolehlah menikmati makanan pilihan korang dengan rasa yang panas dan asli . Servis di sini pula sangat tip - top , pekerjanya mesra belaka. 



Sebenarnya ini adalah kali pertama Budak Pacak datang ke Fish & Co sempena dengan pengenalan menu  ' Spice Up Your Ramadhan '.Dengan harga RM64.95  untuk dua orang,  bagi sajian Ramadhan kali ini , Fish & Co telah memperkenalkan Grilled Peri - Peri Chicken With Arctic Fish dan juga Seasonal Catch with choice of sambal or teriyaki sauce.






Untuk menu ini didatangkan dengan dua minuman Summer Coolers dan sepotong Triple Chocolate Cake . Sebagai tambahan, korang boleh memesan menu tambahan Prawn Fritters dengan harga RM 8.95 . Cool habis !





Terdapat beberapa fakta mengenai Fish & Co  dan acara pengenalan menu Spice Up Your Ramadhan yang korang patut tahu antaranya 
  • Budak Pacak memang tak makan ikan, tapi disebabkan menunya yang terbaru membuatkan Budak Pacak 'berani' untuk makan. Sedap kot!
  • Selebriti tanah air seperti Dato Fazley dan Peter Davis turut sertai majlis tersebut
  • Budak Pacak dan Kite Punya satu - satunya yang makan lebih dari satu menu Sajian Ramadhan. kehkehkeh..
  • Mempunyai 4 cawangan iaitu  One Utama, Paradigm Mall, Pavilion dan The Mines
  • Dua cawangan lagi bakal dibuka di Main Place dan IOI Mall




Menariknya lagi mengenai Sajian Ramadhan Di Fish & Co  , korang bakal mendapat sampul raya Fish & Co  yang eksklusif.Sementara stok masih ada ya,lambat nanti melepas la jawabnya. 



Tengok siapa yang paling excited dekat situ 


Apapun secara keseluruhannya Budak Pacak bagi 5 bintang untuk Fish & Co . Satu citarasa dan pengalaman yang terbaru bagi Budak Pacak. Terima kasih Fish & Co !




untuk maklumat lanjut boleh ke 

Website: www.fish-co.com.my 
Facebook: www.facebook.com/FishNCoMY 
Instagram: www.instagram.com/FishNCoMY 
Twitter: @FishNCoMY 

p /s ; suka tekstur rasanya. 




Sajian Ramadhan Di Fish & Co

by on 5.7.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Kalau korang perasan lately ni Budak Pacak selalu up entry dalam slot jom makan . Alha...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Sempena Bulan ramadhan ini , banyak promosi dan tawaran telah ditawarkan oleh restoran makanan di negara kita .

Ini termasuk Pizza Hut yang telah memperkenalkan promosi terbaru sempena Bulan Ramadhan ini iaitu Aneka Selera Eksotik Ramadan



Menampilkan pizza Asiana ,Sajian Asiana dan minuman Zesty Selasih yang lazat lagi menyegarkan .



Piza Asiana menampilkan ayam tandoori lazat yang empuk bersama sos tandoori,bawang , lada benggala , tomato dan perahan limau nipis di atas pizza pan crust kegemaran ramai. 




Sajian Asiana pula mengandungi sate bebola ayam, jejari ayam berempah , tacos ayam, kek ikan Thai  dan salad segar. Bagi menyegarkan lagi hidangan ini adalah minuman Zesty Selasih, campuran Mirinda Strawberi , selasih dan perahan limau nipis yang menyegarkan .





Sajian Aneka Selera Eksotik Ramadan telah diperkenalkan baru – baru ini dimana selebriti terkenal Nur Fathia Latiff dan Wak Doyok telah dipilih bagi menjayakan kempen Citarasa Ramadhan ini.


Piza Asiana dijual ala ‘ carte dengan harga yang berpatutan iaitu RM 26.80  bagi saiz sederhana dan RM 36.80  bagi saiz besar. Manakala Sajian Asiana dijual pada harga RM 21.90  sepinggan . Minuman Zesty Selasih pula berharga RM 3.20 untuk setiap gelas.


Pizza Hut turut menawarkan set citarasa Ramadhan dimana pilihan pertama menawarkan satu Piza Asiana bersaiz sederhana , Satu Sajian Asiana , dua gelas minuman Zesty Selasih yang kesemuanya berharga RM 39.90 .


Bagi pilihan kedua pula , menampilkan satu Piza Asiana bersaiz besar , satu Sajian Asiana , roti bawang putih dan satu jag minuman Zesty Selasih berharga RM 59.90 sah di semua cawangan Pizza Hut di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali di Pizza Hut KLCC .

Menariknya sempena bulan puasa ini , Pizza Hut menawarkan diskaun khas sebanyak 40 % untuk hidangan ala carte dan set makan promosi Citarasa Ramadhan selepas pukul 9 malam. Jadi ini memberikan kelebihan kepada korang yang ingin menikmati juadah berbuka yang lebih berat setelah menunaikan solat Terawih .


Pada masa yang sama , sempena dengan kempen World Hunger Relief 2014, korang mampu membantu kanak – kanak yang kelaparan . 







Setiap pembelian set Citarasa Ramadhan , sebanyak 50 sen akan disumbangkan kepada Program Makanan Dunia United Nations – World Food Program . Walau bagaimanapun, pilihan untuk memberi sumbangan terpulang kepada korang.



Jadi di sini Budak Pacak telah memberi lagi pilihan untuk korang berbuka puasa. Jangan lupa untuk ke Pizza Hut berdekaran kerana promosi ini boleh didapati mulai 19 Jun 2014 hingga 7 Ogos 2014. 

p /s ; All time favourite 

Sajian Asiana Pizza Hut

by on 4.7.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sempena Bulan ramadhan ini , banyak promosi dan tawaran telah ditawarkan oleh restoran mak...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Tempat Berbuka Puasa di Klang yang Budak Pacak syorkan untuk korang adalah di Premiere Hotel Klang.




Kenapa Premiere Hotel Klang ? Dengan perkenalkan Citarasa D’ Ramadhan, hampir semua masakan nusantara boleh didapati di sini. 







Antaranya adalah Ulam – ulam kampung , Lemang , Nasi Impit , Serunding ,Ayam Pencen masak gulai , Ikan Bakar ala Portugis , Udang Galah Goreng Berlada, Ikan Kekek masak Acar Perak  dan banyak lagi.








Mempunyai 3 menu yang akan bertukar sepanjang bulan Ramadhan ini , antara menu yang bakal menjadi tarikan utama disini adalah 3 Jenis Beriani istimewa dengan pilihan ayam, daging atau kambing , Shawarma Ayam bersama Tortilla , Serawa Durian bersama Pulut , Durian segar serta Laksa Nyonya yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung .





Yang menariknya lagi , buffet disini disediakan mengikut gayanya tersendiri dimana buffet disediakan seperti bazaar. 




Jadi para pengunjung boleh melawat kawasan sekitar hotel sambil memilih juadah yang digemari.


Boleh menempatkan hampir 800 orang pengunjung, buat korang yang merancang untuk berbuka di sini boleh membuat tempahan di 03 – 3325 6868 pada harga RM 98 per net. Setiap pembelian 10 baucer yang berharga RM 980,  tambahan satu lagi baucer akan diberikan secara percuma.


Manakala untuk Early Bird promosi , tawaran harga RM 78 boleh didapati dan sah untuk minggu pertama Ramadhan . Bagi pemegang kad ahli Premiere dan Premiere Plus , ahli akan mendapat potongan sebanyak 20 % dan 15 % . 


Pemegang WCT AirAsia BigCard pula akan mendapat satu Big point untuk setiap RM 1.00 bagi melayakkan mereka menebus tiket penerbangan percuma dari AirAsia. 

p /s ; Menurut chef disini , Laksa Nyonya sentiasa mendapat sambutan 

Tempat Berbuka Puasa Di Klang

by on 3.7.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Tempat Berbuka Puasa di Klang yang Budak Pacak syorkan untuk korang adalah di Premiere Hot...