Total Pageviews

The Ballroom Grand Opening    |  Korang suka main boling suka karaoke?suka main dart? suka makan? suka main pool? atau suka kesemuanya sekali ?dapatkan semua kegemaran korang ini hanya di satu tempat iaitu, The Ballroom. Nampak macam best kan? 



Baru - baru ini Budak Pacak dijemput untuk ke  The Ballroom Grand Opening. Pusat hiburan ini terletak di NU Sentral yang pastinya akan membuatkan korang happy bila ke sini. Mana tidaknya , kalau dulu nak main boling ke sana ,nak karaoke kena ke sini. Sekarang dah tak payah, dengan The Ballroom segala - galanya ada disini! 










Tersedia dengan 24 lanes boling , pool and dart lounge dan KTV Karaoke , Budak Pacak rasa ini adalah tempat yang sesuai untuk korang hang out dengan kawan - kawan . Sambil bermain, boleh makan dan minum disini. Menu - menu makanan dan minuman pula tersedia mengikut pilihan dan citarasa korang


with blogger friends 

Disebabkan tangan tak elok lagi, kita main dua je la ye Adam, sampai tertidur haa 

With Buddy Buddies 


The Ballroom yang dibuka bermula jam 10 pagi hingga 1 pagi ini mempunyai kemudahan untuk korang membuat tempahan gathering, corporate event  dan juga private party


Selepas adanya The Ballroom ini, sudah pasti NU Sentral tempat pilihan Budak Pacak untuk lepak dan window shopping. Ditambah pula sekarang dah ada GSC Cinemas , so tak payah nak redah jem masuk ke Kuala Lumpur. Terima kasih The Ballroom! 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Ballroom ini, bolehlah layari 
Facebook Page:

Website :

Rating Blog Budak Pacak disini 

Hiburan - 4 Bintang 
Harga - 3 Bintang 

The Ballroom Grand Opening

by on 13.2.15
The Ballroom Grand Opening     |  Korang suka main boling ?   suka karaoke ? suka main dart ?  suka makan ?  suka main pool ?  atau suka k...
Menu Perayaan Di Kenny Rogers Roasters   |  Ada penggemar  Kenny Rogers Roasters  di sini ? Kalau Ya ada berita baik untuk korang kerana pihak Kenny Rogers Roasters - KRR telah perkenalkan 4 menu terbaru, ' Kenny Cherish Meal' sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang tak lama lagi. 

Budak Pacak berkesempatan merasai kesemua menu terbaru ini dimana korang mempunyai pilihan untuk memilih Golden Treasure , Sourpreme Treasure Platter, Superior Rice Casserole  dan Superior Spaghetti Casserole










Bagi Budak Pacak punya favourite adalah Golden Treasure , kepingan ayam yang telah di grill  bersama sos lada hitam dimakan bersama Spicy Golden Rice dan dihidangkan bersama coleslaw dan sayur- sayuran yang chunky . Kalau dah tekak melayu tu, memang cari nasi jugak la kan 

Kesemua menu ini hanya untuk masa yang terhad sahaja dan range harganya bermula dari RM 12.90 ke RM 18.90 untuk satu hidangan. 



Sempena dengan musim perayaan ini juga, KRR telah memperkenalkan barangan eksklusif mereka seperti KRR card , KRR Journal dan juga soup mugs.  

Jadi jangan lupa untuk mencuba menu terbaru ini dan dapatkan barangan eksklusif mereka sekarang. Thank you Kenny Rogers Roasters for the invitation!

Menu Perayaan Di Kenny Rogers Roasters

by on 12.2.15
Menu Perayaan Di Kenny Rogers Roasters    |  Ada penggemar   Kenny Rogers Roasters  di sini ? Kalau Ya ada berita baik untuk korang kerana...
Yana Samsudin Duta Produk Sofeeya Diamond  | Siapa yang tak kenal dengan Yana Samsuddin pelakon wanita popular yang semakin melimpah ruah rezekinya. Kali ini, Yana Samsuddin sekali lagi dipilih menjadi duta produk dan kali ini bagi produk kecantikan popular Sofeeya Diamond




Bercakap mengenai Sofeeya Diamond, Budak Pacak pertama kali diperkenalkan dengan produk ini pada tahun lepas dan turut mencuba beberapa produknya, Sebagai contoh produk D- Collagen mereka, Budak Pacak ada bagi dekat housemate sorang ni, since at that time I already reviewed another product so pass je la dekat dia. 

 Kalau banyak bahan bercampur dalam badan tak elok juga. So as a  result, lepas member ni minum perghh makin putih kulit dia. Sampai habis botol collagen tu dia minum. Haa tu yang lelaki, kalau yang perempuan confirm dan cantik putih bagai kan ?





Pada masa pengenalan duta Sofeeya Diamond baru - baru ini,  turut diadakan sama adalah pelancaran iklan komersial di rangkaian media tempatan. 

Bergambar jap dengan jiran sebelah rumah , Nisa Kay 


Menggunakan tagline 'Dengan Sofeeya Diamond,  Tak Make Up Pun Cantik' rangkaian produk Sofeeya Diamond yang telah diperkenalkan adalah D-collagen, Fairly Sofeeya, D-babesjuice dan D-berryfibre yang kian mendapat sambutan memberangsangkan. 


Para pengasas Sofeeya Diamond bersama Yana Samsudin 




Apapun tahniah kepada Yana Samsuddin, yang telah dilantik menjadi duta Sofeeya Diamond dan khabarnya  Yana Samsuddin bakal mendirikan rumahtangga dengan adik Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari. Tahniah diucapkan!


Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini boleh layari www.sofeeyadiamond.com

Yana Samsudin Duta Produk Sofeeya Diamond

by on 11.2.15
Yana Samsudin Duta Produk Sofeeya Diamond   | Siapa yang tak kenal dengan Yana Samsuddin pelakon wanita popular yang semakin melimpah rua...
Promosi Makan Malam Hari Kekasih  |  Buat pembaca Blog Budak Pacak yang meraikan Hari Kekasih nanti  korang nikmati makan malam berlatar belakangkan panorama Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Soi23 Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur




Sebelum itu diingatkan kita yang beragama Islam ini sebenarnya ditegah daripada menyambutnya. Walaupun promosi ini khas untuk korang yang sambut Hari Kekasih, kalau korang datang nak makan - makan dan menyambut acara lain di sini pun boleh. 

Soi23 ini adalah salah satu restoran yang terdapat di  dalam hotel lima bintang ini. Terletak di tingkat 23 ,restoran ini berkonsepkan elegan dengan keindahan reka dalaman yang menggabungkan seni bina dan juga warna di Asia sesuai untuk menyambut hari kekasih korang

Untuk promosi Hari Kekasih yang akan datang nanti, pihak Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur membawakan seleksi menu hidangan yang pastinya menambat hati para pengunjung. 










Antara menu yang tersedia termasuklah pan seared of wild barramundi, grilled, fillet of beef  dan oven baked marinated chicken breast yang disediakan khas oleh Chef Zairul Effendi. 



Bukan itu sahaja menu dia tau, Budak Pacak berkesempatan untuk mencuba menu - menu yang menjadi all time favourite di sini. I guess February is not a good month for me to diet. Pardon me! lol..



Dengan pakej harga RM430++ per couple akan mendapat a stalk of rose, a box of chocolate praline , Polaroid photo dan juga complimentary photo ke Luna Bar’s Party

Untuk korang yang berminat untuk kesini, bolehlah membuat tempahan di 

Contact -  +603 2332 7777 ext 6804 
Email -  fnbadmin@pacific-regency.com.


Rating Blog Budak Pacak disini 

Makanan - 3 Bintang
Harga - 2 Bintang 

Promosi Makan Malam Hari Kekasih

by on 8.2.15
Promosi Makan Malam Hari Kekasih    |  Buat pembaca Blog Budak Pacak yang meraikan Hari Kekasih nanti  korang nikmati makan malam berlatar...
Apa Yang Menarik di Krabi  | Haa apa yang menarik di sanasampai semua orang kalau tanya tempat  best di Thailand ? jawapannya adalah  krabi..krabi dan krabi ! Jangan keliru yer,  sebenarnya Krabi ini bukanlah nama pulau tetapi adalah nama tanah besar yang terletak di persisiran pantai. 





Dan yang menjadikannya popular adalah pulau - pulau di sekelilingnya. Kalau pergi ke Krabi sendiri sebenarnya tak ada apa sangat pun, yang best adalah kepulauannya. 


Our Cruise 


Kalau pada entry di Phuket sebelum ni, ada Budak Pacak nyatakan yang kami mempunyai masa yang terhad kalau datang ke sana, begitu juga dengan Krabi.Walaupun masa singkat, tetapi kami berjaya juga jadikannya sebagai trip yang menarik 

Instead of planning to go to the islands, we changed it to food trail .Orang cakap kalau datang Krabi wajib ke pulau - pulau yang berada di sekitarnya. tetapi apakan daya, malas nak bersaing dengan masa, kita jadikan jalan - jalan cari makan. 



Pulau - pulau seperti Phi - Phi Island , Chicken Island , Tup Island , Mor Island dan banyak lagilah merupakan antara yang popular di Krabi . 

Tapi kalau korang nak juga feeling main pantai bagai, jangan risau pergi je ke Ao Nang Beach. Dekat situ kalau nak makan - makan sambil istirehat memang highly recommend!

Jus Buah - Buahan Asli Krabi 

Dekat Krabi ni, sempat juga kami pekena Jus buah - buahan segar dan asli sampai dua kali di tempat yang berbeza. Pertama di Jetty Krabi dan yang kedua di Ao Nang Beach. 




Walaupun berbeza tempat tetapi kedua - duanya mempunyai rasa pati buah - buahan yang asli dan segar. Dah la sedap , murah pulak tu. Memang ngam kalau pekena waktu panas! 

Pure Som Tam



Haa tau tak som tam? okay kalau tak tau juga how about kerabu mangga mesti tau kan hirisan buah mangga muda, cili dan juga betik dicampur bersama sos ikan. udang kering dan kacang yang ditumbuk kasar menambat rasa buat sesiapa yang gemarkan makanan asli thai. bezanya dekat sini memang pure habis!  


Tomyam Thai 



Tomyam mungkin dah rasa biasa bagi korang, but why not try rasa tomyam disini dan bandingkan rasanya? maybe the original tomyam win kan ?

Jagung Bakar Ao Nang Beach

Rata - rata makanan di Krabi ataupun Thailand tak jauh bezanya dengan kita di Malaysia. Yang menjadi beza mungkin dari segi pembuatannya. Dekat sini Budak Pacak nak recommend dekat korang untuk mencuba Jagung Bakar Ao Nang Beach






Menikmati jagung bakar sambil melihat pemandangan pantai best gilos. Tapi Budak Pacak difahamkan penjual jagung bakar disini menjual secara curi - curi kerana tidak dapat kelulusan penguatkuasa. Ada satu ketika sampai lari bertempiaran tinggalkan barang perniagaan kerana nampak penguatkuasa 

Pancake 

Haa cakap pasal krabi, selain terkenal dengan pulaunya. disini juga dikatakan terkenal dengan pancake nya. Jadi Budak Pacak dan Team Projek Travel pun pergilah mencari Pancake yang dikatakan popular di sekitar Ao Nang Beach. 









Hasilnya kami telah mencuba aneka perisa Pancake termasuklah  Nutella Pancake yang dikatakan antara yang paling sedap dan mesti cuba!  



Haa jadi itulah antara cerita apa yang menarik di Krabi, edisi Jom Makan. Insyallah next time kalau ada rezeki , kita cuba buat island hoping pulak. Baru complete percutian di Krabi !  

Baca juga kemeriahan Percutian Bersama PakNil DISINI
dan Apa Yang Menarik di Phuket DISINI

Apa Yang Menarik di Krabi ?

by on 1.2.15
Apa Yang Menarik di Krabi   |  Haa apa yang menarik di sana ?  sampai semua orang kalau tanya tempat  best di Thailand   ? jawapannya adal...