Total Pageviews

Excited pula aku nak tulis pasal Lulu Hypermarket ini. Ketahuilah korang, kalau aku tulis ni bermakna tengah ada jualan murah la tu. Actually setiap hari ada jualan murah, serious tak tipu! 

Lulu Hypermarket Buat Jualan Murah Sempena Deepavali!

by on 24.10.18
Excited pula aku nak tulis pasal Lulu Hypermarket ini. Ketahuilah korang, kalau aku tulis ni bermakna tengah ada jualan murah la tu. Actua...
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku datang ke sini. Sejak beberapa tahun yang lalu D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini sering kali menjadi pilihan aku untuk mencuba aneka steamboat. 




Beberapa Penambahan Pengubahsuaian Menu 

Kali ini aku sempat datang lagi kesini setelah sekian lama tak menjamah steamboat. Diet pun tolak ketepi nak makan punya pasal LOL. Dari segi pemerhatian aku terdapat beberapa penambahan dan pengubahsuaian menu. Apa yang ditambah? Kalau dulu banyak pilihan steamboat dari grill. Sekarang kedua-dua pilihan dah sama banyak! 



Yang berubah pula, dulu ada skewer tapi sekarang dah tak ada. Barangkali sebab kawasannya yang tak berapa sesuai menjadikan skewer terpaksa dihentikan. TETAPI! haa nampak tak capslock disitu! Sekarang ini pengunjung boleh nikmati Teppayanki yang disediakan panas dan segar setiap hari. Too bad time aku pergi belum start lagi promosi ini.



Nasi Lemak D'Kayangan Mesti Cuba

Selain daripada aneka steamboat dan grill, korang mesti cuba Nasi Lemak dorang yang dikatakan sedap! Disebabkan aku tengah control makan dan tak nak lepaskan peluang, aku rasalah sedikit nasi lemak dia.



Sambal dia sedap! Sebagai peminat nasi lemak aku approved dorang punya nasi lemak. Cumanya kalau ada telur mata atau telur rebus yang dah siap, confirm lagi padu. Selain nasi lemak, pilihan nasi beriani, koeytiaw goreng, 12 jenis aiskrim juga ada disini! 






2 Pilihan Sup

Mesti korang tertanya bukan berapakah pilihan sup yang ada disini? Restoran ini masih mengekalkan dua pilihan sup iaitu sup ayam dan sup tomyam sebagai rebusan steamboat. So far tomyam dia sedap dan sesuai untuk korang yang suka pedas! 



Aneka Sos 

Selain dari pilihan sup, untuk pencicah pula tersedia pelbagai pilihan sos. Macam aku pergi haritu ada sos cili, sos cili thai, sos lada hitam, sos yong tau foo dan banyak lagi! 







Untuk menu grill dia ada macam-macam pilihan ayam, daging,  sotong, kerang, udang pendek kata semua ada! Tapi aku agak kecewa dorang punya Cappucino meat tak ada hari tu sedangkan yang tu sedap gilos. 

Kemudahan 

Okay bercakap pasal kemudahan, jangan cakap dekat sini semuanya sudah tersedia! Ruang parkir yang luas, kemudahan surau serta boleh memuatkan 600 orang dalam satu masa. 




Boleh pilih nak makan dalam berhawa dingin atau di luar. Kalau aku suka di luar, lagi fresh! hehehe

Harga D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat 



Boleh dikatakan harga disini masih lagi murah dan berbaloi dengan pilihan yang ada. So dah baca semua nanti bolehlah set tarikh dan makan bersama keluarga ya! 

Dewasa RM 33.00 nett
Kanak -kanak RM 12.50nett
Kanak-kanak bawah 4 tahun : PERCUMA 

Masa perniagaan : 
Isnin - Jumaat : 5pm to 11.30pm
Sabtu & Ahad : 3pm to 12am

*Penambahbaikan 

As usual, aku tak nak korang hentam aku sebab tipu atau cuba selindung atau apa. Aku harap pihak restoran akan take note dengan perkara ini ya. Overal yang lain tip-top

  • lantai terlalu licin - alasan pekerja sabun yang digunakan. Actually tu kesan percikan minyak dan anak Afzal dua kali terjatuh sebab licin. Tidak perlu tipu dan jujur sebab customer akan faham. Barangkali tiles tersebut boleh digantikan dengan lantai getah. 
  • Ada sesetengah macam kurang sedikit fresh. Harap akan ada pemantauan dari semasa ke semasa
  • Peminta sedekah keluar masuk - rasanya pihak restoran boleh ketatkan rules dimana larangan peminta sedekah patut diletakkan. at least ada sticker ke apa sebab pelanggan rasa tak selesa bila peminta sedekah ni masuk dan meminta sedekah waktu makan. 
Lokasi : Acapella Service Apartment, Seksyen 13 Shah Alam (Bersebelahan Hayaki) 

Steamboat Sedap Dan Murah Di Shah Alam

by on 22.10.18
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku datang ke sini. Sejak beberapa tahun yang lalu D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini ...
Siapa tak suka minum susu angkat tangan! Hahaha to be honest aku memang tak minum susu melainkan ada perisa. Jadi kebetulan dapat produk Fernleaf UHT aku pun memberanikan diri untuk minum susu Fernleaf perisa Asli setelah berpuluh tahun tak minum. Iyer lah takkan nak membazir kan? 


Fernleaf UHT Dijamin Berkualiti Tinggi Dari New Zealand Dan 100% Mmmmm!

by on 13.10.18
Siapa tak suka minum susu angkat tangan! Hahaha to be honest aku memang tak minum susu melainkan ada perisa. Jadi kebetulan dapat produk...
Tahun 2018 adalah tahun keempat aku memilih Plaza Premium Lounge (PPL) sebagai tempat untuk aku berehat sebelum aku berlepas menaiki kapal terbang. Setakat ini aku dah pernah ke PPL KLIA, KLIA2, Singapura, Aerotel KLIA2 dan termasuklah yang terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang 

Plaza Premium Lounge Penang 'Pit-Stop' Terbaik Sebelum Berlepas

by on 18.9.18
Tahun 2018 adalah tahun keempat aku memilih Plaza Premium Lounge (PPL) sebagai tempat untuk aku berehat sebelum aku berlepas menaiki kapal...
Untuk yang tidak tahu, baru - baru ini aku berkesempatan untuk menginap di Four Points By Sheraton Puchong. Untuk tahu pengalaman aku stay disana, bolehlah baca di pautan link INI. Disebalik keselesaaan menginap disana, aku tertarik untuk highlight kan mengenai makanan yang diperkenalkan.

Four Points By Sheraton Puchong Pecah Rekod Kerana Makanan! Ini Adalah Sebabnya

by on 17.9.18
Untuk yang tidak tahu, baru - baru ini aku berkesempatan untuk menginap di Four Points By Sheraton Puchong . Untuk tahu pengalaman aku sta...
Untuk korang yang mengikuti blog aku ini, pasti tahu setiap kali kalau nak terbang kemana sahaja menerusi KLIA2, aku akan menginap di Plaza Premium Lounge, sebuah lounge seperti hotel yang terletak di dalam KLIA2. Bukan sahaja di Kuala Lumpur dan beberapa tempat di dalam negeri, Plaza Premium Lounge(PPL) juga terdapat dikebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia. 

Hotel Di KLIA2? Aerotel Adalah Pilihan Terbaik!

by on 13.9.18
Untuk korang yang mengikuti blog aku ini, pasti tahu setiap kali kalau nak terbang kemana sahaja menerusi KLIA2, aku akan menginap di Pla...
Sebenarnya dah lama aku tak buat hotel review sejak dah bekerja sepenuh masa dalam bidang hiburan. Namun begitu blog dan niche aku yang tertentu tidak akan ditinggalkan begitu sahaja termasuklah bagi niche Hotel. 

6 Kelebihan Four Points By Sheraton Puchong

by on 11.9.18
Sebenarnya dah lama aku tak buat hotel review sejak dah bekerja sepenuh masa dalam bidang hiburan. Namun begitu blog dan niche aku yang ter...
Syamel kini tampil dengan genre terbaru menerusi single Kau Pun Sama yang diedarkan oleh label Rocketfuel Network. Korang boleh beli lagu ini melalui media digital seperti iTunes, Joox, Amazon, Qobuz, Langit Music, Spotify, Deezer, KKBOX dan media pembelian muzik dalam talian yang lain.

Bagi aku, lagu ini begitu malar segar dan memang sedap! 





Artist : Syamel
Tajuk Lagu : Kau Pun Sama
Music Composed by Syamel & Kidd Santhe
Album : Kau Pun Sama - Single
Label : Rocketfuel Network


Lirik Kau Pun Sama - Syamel

Jangan kau tanya siapa semalam
Takut bibirku kan menyakitkan
Abaikan saja ku kan disini
Melayani mu setiap hari

Tapi tak ku sangka
Satu hari terjumpa
Pesanan ringkasnya baby you di mana…
Kelu kau terpinga
Tapi tak mengapa
Kau dan aku kita sama

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta
Lalala

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama
Kau pun sama

Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku (kau pun sama)

Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta
Lalala

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama
Kau pun sama

Lirik Lagu Kau Pun Sama - Syamel

by on 2.9.18
Syamel kini tampil dengan genre terbaru menerusi single Kau Pun Sama yang  diedarkan oleh label Rocketfuel Network. Korang boleh beli lagu...