Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera !


Peminat setia makanan western ? Jemu dengan menu biasa dan ingin mencari kelainan ? 

Makanan di Restoran Kaw'D adalah jawapannya ! Berkonsepkan Burger dan Daging, setiap citarasa dan teksturnya menjanjikan kepuasan kepada setiap pengunjung yang menikmatinya. 




Mana taknya, Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari. 




Menggunakan konsep Relax and Dining In , para pengunjung pasti tertarik dengan konsep rekaannya yang berunsurkan ala Barat dan lebih santai yang pasti menjamin keselesaan . 




Oh ya mesti korang tak sabar untuk melihat antara makanan disini bukan ? Khai bersama rakan bloggers yang lain telah mencuba hampir semua menu utama yang menjadi tarikan para pengunjung setiap kali ke sini .


Inilah dia Chef yang menyediakan kesemua hidangan lazat disini 

Serius Khai cakap Burger Bakar dan menu - menu disini lain daripada yang lain ! Bayangkan hirisan daging yang dipotong, penuh dengan jus yang telah diserap sehingga menjadikannya lembut dan enak ! Memang tak rugi makan disini. 




Hampir 15 jenis Burger dan hidangan kami rasa malam tu . Untuk Burger , korang boleh pilih untuk memesan daging ayam atau daging lembu / kambing. Khai sendiri pilih Texas Chili Beef Burger dimana burger ini adalah daging chili yang digabungkan bersama -sama telur sehingga membangkitkan rasa Mexico apabila menjamahnya.




Untuk Steak dan Bbq pula , BBQ Grill Chicken Chop menjadi pilihan. Apa yang menjadi kelainan pada chicken chop Restoran Kaw'D adalah pada sos nya. Bahagian Ayam yang lembut ini telah diperap dengan sos istimewa dan didatangi oleh sos pilihan istimewa khas dari Restoran Kaw'D. 




Seterusnya adalah menu Snack, disebabkan Khai peminat tegar Nachos , jadi Khai telah mencuba Nachos with Chili. Ternyata ianya lain dari yang lain. Ini kerana Keropok Nachos ini dihidangkan bersama sos daging chili buatan Restoran Kaw'D sendiri. Sekali cuba pasti nak lagi ! 




Semua menu utama dah cuba , tibalah masa untuk minuman dan pencuci mulut. Untuk minuman, pilihan Khai adalah Nutella n Peanut Butter Shake. Disebabkan kami pesan menu yang berlainan, maka pilihan ini menjadi rebutan . Mana taknya rasanya tersangatlah sedap dan ini adalah kali pertama Khai mencubanya. Terasa nak minta satu lagi dan bawa balik , eh ! hahahaaha....

 Gabungan Nutella bersama - sama campuran kacang dan mentega yang dijadikan sebagai minuman menjadikannya antara salah satu menu yang mendapat sambutan hangat di kalangan para pengunjung

Jom kita tengok pula , apa kawan - kawan Bloggers yang lain pesan .


Chocolate Milkshake
Chilli Con Carnae - Homemade Chili Meat
Baconizer Beef Burger
*kredit picture to tatie* 


Brisket Sandwich With Fries



Burger Permaisuri

Kaw'D Beef Bolognese

Kaw'D Chili Potato

Kaw Mojitos Grape dan Kaw Mojitos Strawberry 

Rib Eye & Lamb Chop

Kaw'D Meatball with Homemade Cream Sauce
Oh ya sebelum terlupa, Restoran Kaw 'D ini terletak di Ampang Waterfront. Pastikan korang tidak terlepas dengan papan tandanya kerana walaupun papan tandanya agak besar namun kami tetap tersesat disebabkan pilihan warnanya tidak berapa sesuai. Jadi diharap selepas ini ada penambah baikan dilakukan.


ada gaya pengacara jalan - jalan cari makan tak ? 
*kredit photo Mawardi Yunus dan Beki*

 Apapun #blogbudakpacakrecommendthisplace ! Terima Kasih Restoran Kaw'D ! 

Makanan : *****
Kebersihan : ****
Servis : ****



Alamat :
No 46-G, Jalan AWF3, 
Ampang Waterfront, KL

No Tel :
012-62776547 / 017-3250244

Email :
burgerbakar@gmail.com

Facebook :

p /s : syurga makanan ! really love it ! 



BURGER BAKAR SEDAP DAN POPULAR

by on 24.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Peminat setia makanan western ? Jemu dengan menu biasa dan ingin mencari kelainan ?  Maka...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

[PART 1] [PART 2]


Awal pagi hari ketiga kami terasa sayu sekali kerana hari ini merupakan hari terakhir kami bersama - sama keluarga angkat. Terasa seperti baru semalam kami sampai disini.







 Apa pun , pertemuan dan perpisahan itu adat biasa . Insyallah ada masa kita berjumpa lagi. Tepat jam 10 pagi , kami bertolak pulang dari Homestay Bukit Gantang

 Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, masih ada  satu acara yang perlu kami hadiri iaitu Pelancaran Voluntourism peringkat negeri Perak di Karai , Kuala Kangsar Perak. Sebagai info ,dulunya  disinilah terletaknya Victoria Bridge, jambatan landasan keretapi yang menghubungkan Enggor dan Karai sebagai alternatif utama penduduk disini .





Tapi kini keretapi tidak lagi menggunakan laluan ini kerana disebelahnya terdapat satu jambatan landasan keretapi yang baru . Namun begitu, jambatan ini masih kekal utuh dan strukturnya yang menarik dan unik menjadikannya sebagai lokasi yang kerap kali dikunjungi kaki fotografi . 



meriam yang sudah siap sedia untuk menembak 




Tibanya kami disana, disambut meriah oleh Dato Seri Muhammad Nazri Aziz bersama - sama penduduk kampung dengan tembakan 5 das meriam. Bagi Khai sendiri, inilah kali pertama merasai pengalaman disambut sebegitu rupa kerana menteri sendiri yang menyambut kami .








Gimik pelancaran juga tidak kurang menariknya dengan persembahan Tahun Melawat Malaysia 2014 , konvoi bermotor , absailing yang membawa bendera ,formasi Homeguard dan banyak lagi ! 







Selain itu, kami turut dijamukan dengan jamuan makanan ala kampung seperti rendang tok , gulai kawah , ayam masak merah dan makanan orang perak yang wajib ada , tempoyak ! memang terangkat habis selera kami . 

Sebelum bergerak ke Stesen KTM Ipoh , kami sempat meronda - ronda sekitar pekan Kuala Kangsar yang terkenal dengan trademark , Bandar Diraja. Jadi jom tengok - tengok gambar yang Khai sempat tangkap sekitar Kuala Kangsar 


sempat pose di Victoria Bridge bersama Sahabat Media 

Istana Kenangan 

Masjid Ubudiah 



stesen KTM Kuala Kangsar yang baru 


Jadi itu sajalah perkongsian sepanjang 3 Hari 2 Malam di Perak bersama - sama Sahabat Media. Jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan , Santai Travel , Sahabat Media dan KTMB kerana memberi peluang kepada Khai untuk sertai trip ini . Yang pasti jalinan persahabatan Sahabat Media semakin akrab. Jangan lupa untuk sokong industri pelancongan negara !

p/s : 1001 Kenangan tercipta. 



VICTORIA BRIDGE

by on 23.1.14
A ssalamualaikum dan salam sejahtera semua ! [PART 1] [PART 2] Awal pagi hari ketiga kami terasa sayu sekali kerana hari ini mer...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !


Para tetamu AirAsia dan AirAsia X kini boleh menikmati beberapa hidangan terbaru dalam syarikat penerbangan ini .



Antara menu terbaru bagi penerbangan AK AirAsia adalah Kamal's Mee Goreng Mamak, Spicy Tuna Wrap dan menu Krismas , Roast Chicken with Cream Sauce. Kesemua hidangan ini boleh didapati dalam penerbangan AirAsia berkod AK dan korang boleh buat pra tempahan secara atas talian di www.airasia.com



Selain itu, AirAsia turut memperkenalkan hidangan premium X-Citing yang terdiri daripada Big Breakfast Meal , Japanese Bento dan Roast Chicken with Special Stuffing dan Cranberry Sauce







Untuk pengetahuan korang , setiap set hidang premium ini dihidangkan bersama minuman, pembuka selera dan pencuci mulut. Kesemua set hidangan premium AirAsia X boleh didapati atas pra tempahan atas talian sahaja bermula dari 1 Disember 2013. 

Berita baik untuk penggemar Pak Nasser's Nasi Lemak yang menjadi signatur Air Asia , kini korang boleh dapatkannya dengan harga RM10 sahaja dalam masa terdekat ! 

Bersama - sama AmirNawawi.com , kami telah cuba sendiri kesemua menu hidangan AirAsia  semasa sidang medianya di Le Meridien dan rasanya sangat sedap ! 



Para tetamu digalakkan membuat pra tempahan hidangan dalam pesawat bagi mengelakkan sebarang kekecewaan dan dapatkan penjimatan lebih. 

tunggu apa lagi ? Nikmati perjalanan selesa tambang murah dengan AirAsia 

p /s : selalu update dengan AirAsia untuk tambang murah :) 

AIRASIA PERKENAL HIDANGAN TERBARU DALAM PESAWAT

by on 22.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Para tetamu AirAsia dan AirAsia X kini boleh menikmati beberapa hidangan terbaru dalam syarik...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Seperti yang dijanjikan , di dalam part 2 ini, Khai akan berkongsi pengalaman mengikuti program Homestay yang telah disediakan. 




Oh ya buat yang tidak tahu , Khai telah ditempatkan di Homestay Bukit Gantang,Perak. Hari pertama kami tidak apa yang menarik untuk dikongsi memandangkan kami tiba di Homestay tengah malam. Disana kami telah dipecahkan 4 orang dalam satu kumpulan untuk duduk bersama - sama keluarga angkat  selama 3 hari 2 malam. 





Khai bersama - sama lagi dua orang rakan blogger dan seorang pelancong Indonesia telah ditempatkan untuk tinggal bersama Keluarga Encik Tamim dan Puan Hashimah . 


Rumah Abah dan Mak 

Mereka inilah Abah dan Mak kami sepanjang disana kehkehkeh... Pada hari kedua , awal pagi lagi sudah bangun kerana pada hari tersebut kami akan  ke Lenggong untuk menghadiri Pesta Makanan .Jadi pagi - pagi lagi Mak dah sediakan kami cucur sampah ! hahahaha...


*gambar ihsan google* lupa nak ambil gambar hehehe 

Buat korang yang tak tahu, orang disini panggil kuih ini sebagai Cucur Sampah.didalamnya ada tepung yang digoreng bersama - sama adunan daun kucai, bawang dan ikan bilis . Menurut Mak , ditempat lain orang menggelarkannya Cucur Kucai. 




Selesai saja sarapan , kami terus ke Lenggong menaiki bas yang disediakan bersama - sama rakan yang lain untuk merasai sendiri Pesta Makanan Lenggong 2014 . 


berselera betul Dato Seri Mohammad Nazri Aziz ! 

demonstrasi cara membuat Ikan Pindang

Rendang Daging Hitam fresh dari Kawah !

Inilah Pecal Lenggong. Lain dari yang lain 



demonstrasi memasak nasi dalam buluh 



kata orang Lenggong , kalau datang sini tak sah kalau tak pekena Tilapia Tasik Raban




Disana terdapat hampir 25 Jenis makanan tradisi Lenggong dan Perak telah disediakan dan semuanya secara Percuma ! Antara makanan tradisi Lenggong dan Perak yang wajib korang cuba adalah Pekasam , Rendang Tok , Pecal Lenggong,  Ulam Kebebe , Gulai Kawah dan banyak lagi ! 

Disebelah petangnya pula, kalau ikutkan program , akan diadakan sukan rakyat. Tetapi malangnya terpaksa dibatalkan memandangkan hari hujan dan kami pun agak penat selepas pulang dari Pesta Makanan . Jadi aktiviti petang tersebut digantikan dengan sesi meluangkan masa bersama - sama keluarga angkat .

 Petang tu , sambil sembang dengan keluarga angkat , kami dihidangkan dengan pelbagai jenis buah - buahan tempatan termasuk raja buah, durian. Uniknya disini, hampir kesemua penduduk mempunyai dusun sendiri dan setiap pagi mereka akan ke dusun untuk mengambil buah. 


cucur durian! serius dah lama tak rasa . 




Jadi petang tu , memang sampai tercungap - cungap kami 'menghentam' buah durian dan menurut Abah , setiap pokok , duriannya rasa berlainan. Sampaikan ada satu durian tu rasanya seperti ayam KFC , ini serius ! hahaha ...




Pada malamnya pula, kesemua peserta homestay dikehendaki berkumpul di Dewan Orang Ramai Bukit Gantang bagi menghadiri majlis perkahwinan olok - olok yang dibuat khas untuk kami merasai sendiri perkahwinan adat melayu. Maklumlah ada diantara kami berasal dari Iran , Somalia dan Indonesia. Abah dan Mak pula awal - awal lagi dah siapkan Baju Melayu untuk kami pakai pada malam tersebut.

Pada mulanya ingatkan cuma pertunjukan tayangan video perkahwinan rupa - rupanya penduduk sekitar Homestay Bukit Gantang telah membuat persiapan terlebih awal ! Antaranya seperti persediaan pelamin , kugiran , paluan kompang , pertunjukan silat serta adat persandingan. 


sesi joget lambak bersama Iqwal 

Pelamin Pengantin

bersama - sama Pelancong dari Somalia dan Indonesia 

bersama Keluarga Angkat 

kengkonon gambar family hahaha

sesi persandingan 





Memperkenalkan para pengapit dari Somalia dan Indonesia, pengantin lelaki dari Indonesia dan pengantin perempuan dari Iran 






Jamuan makan malam juga disediakan seperti majlis perkahwinan yang betul. Suasana disana tersangatlah meriah  ! 

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada penduduk Bukit Gantang yang secara langsung dan tidak langsung mengadakan majlis seperti ini. Tersangatlah bangga di hati ini apabila melihat kaum lain dan orang lain yang datangnya dari negara asing seronok memakai pakaian tradisional negara kita. 

I LOVE MALAYSIA ! 

p / s : Love sahabat media juga. kehkehkehkeh ...



HOMESTAY BUKIT GANTANG

by on 20.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !   [ Part 1 ]  Seperti yang dijanjikan , di dalam part 2 ini, Khai akan berkon...