Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . 

Kurang beberapa hari lagi , Kita bakal menyambut bulan ramadhan. Budak Pacak yakin mesti ada di antara korang yang dah buat persiapan awal bukan ?

Kepada yang tengah buat persiapan tu terutamanya lelaki yang tercari - cari baju raya , tak payah serabut kepala nak cari dekat mana kedai baju lelaki yang menarik kerana pada entry kali ini Budak Pacak nak kongsi dengan korang mengenai Jefferson , sebuah jenama pakaian lelaki yang sedang meningkat naik .



Bercakap mengenai Jefferson, sebenarnya jenama ini telah lama bertapak di Malaysia  cumanya kurang dikenali. Cawangan pertamanya telah dibuka di Pulau Pinang pada tahun 1987 Kini jenama Jefferson telah berkembang di seluruh negara dengan mempunyai hampir 11 cawangan termasuk cawangan antarabangsanya di Indonesia.



Jadi baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput oleh pihak Jefferson sendiri untuk memperagakan beberapa pakaian mereka. Bak kata mereka menjadi duta kecil Jefferson..kehkehkeh.



Sebenarnya selain Budak Pacak , ada beberapa orang lagi blogger lelaki yang telah dipilih oleh Jefferson untuk memperagakan pakaian mereka di beberapa cawangan lain. Oleh kerana kampung Budak Pacak di Kedah , jadi Budak Pacak telah ditugaskan untuk review Jefferson Cawangan Alor Setar

Di Jefferson, cakap je pakaian lelaki yang macam mana korang nak , bab dari formal sehinggalah ke pakaian sukan semuanya ada disini. Jadi korang tengoklah sendiri Budak Pacak makeover, jadi model amatur kejap , kehkehkeh..

Formal Wear 



Untuk pakaian formal , from Top adalah  kemeja putih bersama - sama Sut berwarna biru turqoise dipakai bersama bow - tie . Manakala untuk bottom adalah slack dan kasut berwarna biru turqoise. 


Casual Wear 



Untuk casual wear , Budak Pacak telah memilih dua jenis pakaian untuk diperagakan. 

Untuk gambar pertama baju casual berwarna biru lengan pendek yang bercorak vintage telah disuaikan bersama skinny hitam. Manakala untuk kasut Budak Pacak telah memilih jenis half - boot. Aksesori seperti beg dan cermin mata adalah jenama Jefferson . 

Gambar Kedua pula kemeja putih vintage telah dipakai bersama skinny jeans yang terkini dengan half cut. Kasut pula Budak Pacak telah memilih jenis loafer bercorakan camo . 

Sports Wear 




Untuk Sports Wear pulak Budak Pacak telah memilih sweater berwarna hitam dipakai bersama T- Shirt dan Seluar Half - Cut . Menariknya seluar ini sejuk dan sesuai dipakai untuk bersukan.

Cantik bukan ? bukan sahaja pakaian - pakaian ini cantik malah kualitinya yang sangat kemas dan yang paling penting harganya sangat berpatutan. 



Lepas ni memang serbu Jefferson sajalah untuk cari pakaian - pakaian lelaki.Terima kasih staf  Jefferson Alor Setar sebab tolong Budak Pacak peragakan pakaian ini  !

Cawangan Jefferson 

Jefferson Queensbay Mall , Penang 
Jefferson AEON Seberang Perai , Penang
Jefferson KB Mall , Kelantan 
Jefferson East Coast Mall , Pahang 
Jefferson Sungei Wang Plaza , Kuala Lumpur 
Jefferson Sunway Pyramid, Selangor 
Jefferson Alor Star Parade , Kedah 
Jefferson Prangin Mall , Penang 
Jefferson AEON Melaka 
Jefferson Bouvevard Shopping Mall , Kuching 
Jefferson Indonesia 

Untuk maklumat lanjut layari 


p /s ; nantikan entry seterusnya mengenai jenama kasut tempatan yang popular 


Jefferson Jenama Pilihan Lelaki Terkini

by on 19.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .  Kurang beberapa hari lagi , Kita bakal menyambut bulan ramadhan. Budak Pacak yakin mest...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan untuk ke Majlis Pelancaran Produk Baru Havarline Diamond iaitu D- Collagen



Selain D- Collagen, D-Babes iaitu White Coffe minuman intim dan dalaman untuk wanita dan rangkaian pilihan D-Soup iaitu sabun rawatan spa Carbo Bar Soap, Bird's Nest Soap, Dead Sea Mud Soap, dan Marine Collagen Soap turut diperkenalkan dalam majlis yang dilancarkan oleh  Timbalan Menteri KPDNKK YB Senator Dato' Seri Bashah Md. Hanipah. 



acah - acah candid 



Untuk pengetahuan korang . Havarline Diamond ini adalah sebuah syarikat tempatan yang bergiat aktif dalam memproses produk berasaskan kecantikan dan ianya bukanlah sebuah syarikat yang mengamalkan sistem MLM. Yang paling penting semua produk Havarline Diamond telah diuji di makmal USM dan mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan .



Bercakap mengenai D- Collagen ianya adalah inovasi formula kecantikan antipenuaan terkini dan makanan tambahan kesihatan yang di hasilan dengan kajian teliti terhadap fungsi collagen di dalam tubuh badan manusia. Gabungan formula collagen bersama bahan utama seperti bird nest, pitera, madu, goji berry, dan sengkuang putih mempercepatkan proses pemulihan sel kulit baru, melembab dan mencerahkan kulit secara alami, segar berseri, lebih anjal dan mulus dalam masa yang singkat

Menariknya mengenai produk ini kerana sesuai diminum oleh ibu mengandung dan juga kaum lelaki disebabkan khasiat yang berada di dalamnya. 

bersama pengasas - pengasas Havarline Diamond 


Apa pun Budak Pacak ingin ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Havarline Diamond. 

Address:

Havarline Diamond Sdn Bhd
3A25, Level 3A, Blok A, 
No. 1, Jalan SS20/27, 
Damansara Intan, 
47400 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan

Contact:

Hotline: +6019 968 8000
Phone: +603 7731 1021
Fax: +603 7731 1021
Facebook : diamondcollagen
#dcollagen #havarlinediamond

Kredit foto Anwar Abdullah @ Kaio / http://iluvtour.com/

p /s ; dah semakin banyak produk kecantikan bermakna orang kita semakin peka dalam menjaga penampilan 


Majlis Pelancaran Produk Baru Havarline Diamond | D-COLLAGEN

by on 15.6.14
A ssalamualaikum dan salam sejahtera semua.  Baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan untuk ke Majlis Pelancaran Produk Baru Havarl...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 


Siapa pernah ke Mydin ? Untuk pengetahuan korang ,Mydin  telah memperkenalkan SAM'S Groceria , Kedai Runcit yang terkini dan Urban



Kenapa Kedai Runcit yang terkini dan Urban ? Ini kerana  SAM'S Groceria telah dibuka di NU Sentral sekaligus melambangkan kedai runcit yang terkini. Terdahulu cawangan pertamanya telah dibuka di Gurney Paragon, Penang dan selepas ini cawangan ketiganya bakal dibuka di Lembah Klang. 

Untuk pengetahuan korang, SAM'S ini adalah suatu jenama yang baru. Kalau korang yang mengikuti blog ini, Budak Pacak pernah review Jom Makan di SAM'S Deli , Seremban 2. rujuk SINI 



SAM'S Groceria NU Sentral telah dirasmikan oleh Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Bin Mydin pada 23 Mei yang lepas dan kini ianya telah dibuka untuk orang ramai bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. 

Menguatkan lagi fakta kenapa  SAM'S Groceria , Kedai Runcit yang terkini dan Urban adalah kerana untuk membeli belah disini , mereka telah menyediakan alat eletronik yang dipanggil ' SAM'S Self Scan ' .



 Alat ini berupaya untuk mengimbas semua harga dan korang yang membeli belah di sini hanya perlu bawa alat ini ke kaunter bayaran tanpa perlu beratur panjang. 



Alat ini adalah yang pertama di Malaysia dan telah diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records .Jadi buat korang yang nak membeli belah barangan dapur terutamanya tak payah fikir lain SAM'S Groceria kan ada. 



Hampir 19000 produk berada disini. Pilihan terbaik masa kini!

Twitter - @samsgroceria 

p /s ; tempat selesa , harga murah .

SAM'S Groceria Kedai Runcit Yang Terkini dan Urban

by on 14.6.14
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua  Siapa pernah ke Mydin ? Untuk pengetahuan korang ,Mydin  telah memperkenalkan SAM'S...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Lelaki di luar sana , nak tanya korang , penting ke penjagaan muka ni ? Kalau bagi Budak Pacak sendiri ,terus terang cakap memang penting. 

Dengan faktor cuaca yang tidak menentu kadang muka berminyak membuatkan penampilan lelaki tu kurang bermaya atau tidak kemas. Jadi untuk produk penjagaan muka lelaki, Budak Pacak syorkan Garnier Men Pilihan Lelaki Terkini. 



Kenapa Budak Cakap Garnier Men sebagai  Pilihan Lelaki Terkini ? Ini kerana Garnier Men adalah jenama no 1 yang terlaris dalam penjagaan kulit lelaki sekaligus melambangkan sebagai satu produk yang dipercayai oleh kaum lelaki. Budak Pacak sendiri merupakan pengguna produk Garnier Men.

Bila lelaki mementingkan penjagaan diri terutamanya muka, sering kali dilabel sebagai lelaki metroseksual. Tanggapan itu tak penting janji utamakan kekemasan dan kebersihan. 

Lelaki dan kulit muka berminyak memang tidak boleh dipisahkan. Jadi buat korang yang alami masalah ini , bolehlah gunakan Garnier Men Turbolight Oil Control. Produk ini turut diakui dan dipakai oleh Aiman Hakim





Siapa Aiman Hakim ni  ? Pelakon yang sedang meningkat naik ini adalah duta baru Garnier Men sekaligus menjadi duta kedua selepas Fahrin Ahmad

Untuk Garnier Men Turbolight Oil Control , terbahagi kepada 3 iaitu brightening  moisturiser , charcoal black foam dan Icy Scrub .

Brightening Moisturiser berfungsi sebagai krim pencerah muka lelaki yang membantu stabilkan warna kulit dan mengurangkan minyak di muka. 

Charcoal Black Foam pula adalah untuk penggunaan harian yang membantu membersihkan dan mencerahkan kulit muka dan Icy Scrub pula memberi kulit muka lelaki berasa lebih dingin dan segar. 

Di kesempatan ini , Budak Pacak nak ajak korang sertai peraduan Garnier Men ' Take Control & Win ' . Korang berpeluang memenangi hadiah lebih dari RM 20,000 termasuk Sony PlayStation 4 , Sony Bravia TV dan permainan EA FIFA 2014.



 Untuk melayakkan korang sertai peraduan ini sertakan sekali bukti pembelian mana - mana produk Garnier Men , jawab kuiz bola sepak dan lengkapkan soalan . Tarikh tututpnya adalah 30 Jun ye. Jadi cepat - cepat dapatkan sekarang. 

Bercakap mengenai produk ini , dekat mana nak dapatkan produk Garnier Men? Jangan risau kerana hampir di semua pasaraya di seluruh negara. Budak Pacak pilih Garnier Men, korang pula bagaimana ? '


Untuk maklumat lanjut 


p /s ; pakai sejak zaman sekolah ...

Garnier Men Pilihan Lelaki Terkini

by on 13.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Lelaki di luar sana , nak tanya korang , penting ke penjagaan muka ni ? Kalau bagi Budak ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Siapa peminat magic di sini ? Jadi korang wajib tengok aksi luar biasa Peter Marvey, seorang ahli magik yang terkenal dan menariknya kini di Malaysia !



Pada 22 Mei yang lalu , Budak Pacak berkesempatan untuk melihat preview Peter Marvey : Magician Without Limit di perkarangan Pavilion Kuala Lumpur. 



Dengan ditemani beberapa orang ' bidadari ' , persembahan beliau turut menjemput selebriti tanah air seperti Hannah Tan , JJ dari Red FM dan Cheryl Lee dari 988FM untuk bersama - sama menjadi sebahagian dari persembahan beliau. 



Aksi Peter Marvey dan beberapa aksi  yang luar biasa telah menarik perhatian para pengunjung.Kalau di Pavilion ni baru preview je ye, kalau korang nak tengok aksi seperti terbang di dalam cahaya terang , tukar kostum di awangan dan banyak lagi aksi yang memukau kenalah datang ke Genting International Showroom, Resorts World Genting



Sepanjang preview di Pavilion tempoh hari , sebanyak 1300 tiket ke preview khas pada 27 May telah diberikan kepada para pengunjung yang bertuah. Caranya , mereka yang inginkan tiket ini kena tangkap gambar di Peter Marvey Photo Booth dan post di Facebook. Mudah kan  ?  Bertuah buat siapa yang dapat. 



Siapa cakap Resorts World Genting dah tak ada tarikan ?  walaupun dalam kerja penambah baikan , terdapat tarikan lain di sana. Salah satunya adalah Peter Marvey:Magician Without Limit yang akan berlangsung dari 28 Mei 2014 sehingga 24 November 2014 bermula pada jam 9 malam. 

Untuk harga tiket pula adalah seperti berikut 

VIP  - RM 118, Kanak - kanak - RM 68
PS1 - RM 88 , Kanak - kanak - RM 48
PS 2 - RM 48 , Kanak - kanak - RM 28

dapatkan sekarang tiket korang  !

p / s ; Budak Pacak ada tiket lebih , ada sesiapa yang nak ? kehkehkeh 

Peter Marvey Kini Di Malaysia

by on 13.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Siapa peminat magic di sini ? Jadi korang wajib tengok aksi luar biasa Peter Marvey , seo...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Dalam slot jom makan kali ini , Budak Pacak nak perkenalkan satu lagi lokasi Buffet Ramadhan iaitu di Pak John Steamboat & BBQ



Mempunyai dua cawangan , yang menjadi lokasi food review Budak Pacak kali ini di e-Curve Damansara. Buat korang yang suka makan steamboat Budak Pacak cadangkan Pak John Steamboat & BBQ  sebagai pilihan yang lain dari yang lain. 

Kenapa lain? apa yang bezanya dengan lokasi steamboat yang lain ? Ini kerana sup steamboat nya sangat sedap. Yang menjadi pilihan Budak Pacak adalah sup rebusan udang



Kebiasaanya kalau steamboat , supnya adalah sup daging atau ayam tetapi kali ini adalah sup udang. Dengan kemanisan air rebusannya , memang menaikkan selera buat para pengunjung. 








Selain itu bahan - bahan steamboatnya yang melebihi 100 jenis sangat segar ditambah pula dengan menu tambahan seperti nasi goreng , BBQ , pencuci mulutnya yang dibuat sendiri memang bagaikan syurga makanan. 







Kalau ke tempat lain, terdapat banyak kekurangannya. Ada yang dapurnya tidak dilengkapi grill pemanggang, untuk pencuci mulut kena bayar asing. Air pula kadang tidak mencukupi. 



Dengan harga RM39 , korang boleh nikmati semua ini sepuas - puasnya. Refill lah banyak mana yang korang nak tetapi harus ingat setiap yang tidak habis akan dikenakan caj. Bagus juga buat macam ni, kalau tidak membazir je. Bulan puasa nanti bulan naikkan amal , nanti membazir tu tak memasal jadi amalan syaitan, kehkehkeh...

Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi , Pak Pak John Steamboat & BBQ telah menambah beberapa menu baru di dalam pakej steamboat mereka. Antaranya adalah seperti Nasi Tomato 



 Ayam Coke



Rendang Ayam dan Daging




 Gorengan Sayur



 Bubur Sayur 


dan juga yang menarik perhatian Budak Pacak iaitu Nasi Pulut Sumbat



Nasi Pulut Sumbat ini adalah pulut yang telah dibalut dengan daun teratai dan telah dikukus. Memang sedap dan baunya sangat wangi. Korang harus cuba .





Kemudahan di sini pula sangat selesa. Dengan konsep berhawa dingin , ianya mampu menampung 100 orang dalam satu masa. Ditambah pula pada hari - hari tertentu ada diskaun untuk ladies day, dan untuk pelajar pula ada diskaun setiap hari menanti mereka. 



Sesuai sangat diadakan majlis keramaian disini. 

Bulan Puasa nanti bolehlah ajak kawan - kawan atau ahli keluarga berbuka disini sebab ianya berbaloi - baloi...

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh ke 

Ecurve Mutiara Damansara :
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.
03-7733 3913
018-386 3139
018-389 3139


p /s ; banyak menu lain dari yang lain boleh didapati di sini

Buffet Ramadhan di Pak John Steamboat & BBQ

by on 12.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Dalam slot jom makan kali ini , Budak Pacak nak perkenalkan satu lagi lokasi Buffet R...