Total Pageviews

Alhamdulillah syukur, selepas Malaysia Social Media Week 2016, Blog Budak Pacak sekali lagi tercalon dalam Blogger award. Kali ini blog aku tersenarai dalam Food Blogger Award 2016 dimana membariskan senarai 10 Malaysia Top Food Blogger yang bakal merangkul tempat pertama sehinggalah ketiga 






Award ini dianjurkan oleh Saleduck.com.my  , sebuah laman web yang menawarkan pelbagai jenis kod diskaun laman web shopping online seperti Zalora, Reebonz, Foodpanda, Expedia dan banyak lagi khas untuk korang yang gemar shopping online! 



So bila nak shopping, sebelum masuk ke laman web lain, korang wajib masuk ke Saleduck Malaysia dulu, barulah shopping okay? 




Sebenarnya award ini bertujuan untuk mengiktiraf para blogger yang selalu update pasal makanan kerana niche ini mempunyai pengikutnya tersendiri. Di negara lain seperti Singapura, award ini telah lama diadakan. 


Sebab entry INI aku tercalon, terima kasih juga Hotel Perdana Kota Bharu 


Kali ini , kesemua finalis blogger yang lain memang cukup hebat! Terus terang aku pun rasa macam tak layak sebab niche food pada blog aku ni sering berkait rapat dengan niche Travel and Men Lifestyle. 

Mungkin tak ramai yang tahu aku ada ig khas untuk update gambar makanan dan travel di Instagram  @team_bbp menerusi #JomMakan #KhaiOnVacay 


Tercalon ni pun dah syukur sangat sebab pencalonan datangnya dari Saleduck Malaysia sendiri hasil dari pemerhatian dan analisis dorang kepada kesemua Top 10 Malaysia Food Blogger 



So korang dah vote ke aku? Haa sila vote! 



Cara untuk mengundi 

  1. Search laman web ini - http://www.saleduck.com.my/awards/food-blogger-award-2016
  2. Cari nama " BUDAK PACAK " dan klik VOTE 
  3. Selesai!
cari gambar ni baru vote! LOL 

Impian aku kalau menang ni, memang akan transform blog ni kepada yang lebih baru dengan memfokuskan niche Travel, Food dan Men Lifestyle. Sebenarnya memang dah aim lama pun, so dengan pencalonan ini rasa lebih bersemangat! 


Kalau rasakan korang suka baca blog aku, ehemm mestilah suka kan?hahaha Silalah undi setiap hari dan setiap undian korang sangatlah dihargai dan aku ucapkan jutaan terima kasih! 


Jangan lupa singgah Ducksale Malaysia di www.ducksale.com.my 



Blog Budak Pacak Tercalon Dalam Top 10 Food Blogger Award 2016

by on 1.7.16
Alhamdulillah syukur, selepas Malaysia Social Media Week 2016 , Blog Budak Pacak sekali lagi tercalon dalam Blogger award . Kali ini blog...
Korang tahu mengenai Elle Zada ? Jenama yang dikatakan khas dalam penghasilan fesyen berasaskan syariah compliance . Sebenarnya dalam dua hari ini aku terbaca mengenai status Shaheizy Sam di Instagram mengenai Elle Zada dimana beliau menjelaskan, Elle Zada hanya menggunakan nama beliau dan isteri Syatilla Melvin sebagai promosi.Dan dorang tidak ada kaitan dengan satu isu yang sekarang ini sedang viral di laman sosial 



Isu yang dikatakan Elle Zada menipu, mengambil duit customer, duit agen tetapi baju masih tidak dapat walaupun sudah tempah pada bulan march tempoh hari. Tak cukup dengan itu, kebanyakan dealer dan agent yang berdaftar turut ke butik Elle Zada, dan didapati butik Elle Zada tutup dengan notis berikut 





Aku kalau pasal bab ni macam malas nak up sangat, tapi bila dah involve dengan darah daging sendiri marahlah juga. Bayangkan lah pelanggan yang order dari haritu nak pakai raya, tapi sampai sekarang tak dapat. Dah tu, ada yang dapat cek tendang pun ada. Alahai Elle Zada, apakah masalah sebenarnya ni? 









Menurut sumber, janji duit nak bank in pun sampai sekarang tak dapat lagi. Kesian dekat orang weh, kalau tak dapat nak bagi baju, manage dan deal betul - betul. Bukan lepas tangan dan biarkan customer tertunggu - tunggu. Ni siap ada yang datang dari jauh semata - mata nak dapatkan duit tetapi hasilnya mengecewakan 




Niat aku bukanlah nak menjatuhkan bisnes atau nama Elle Zada ni, tapi sebab ada saudara sendiri yang terlibat dalam kes ini, dan melibatkan banyak pihak lain, harapan agar Elle Zada ini segera memohon maaf dan membuat pengumuman dengan lebih jelas dan terbuka 



UPDATE : Shaheizy Sam mendapatkan sendiri penjelasan dari Elle Zada, dan korang boleh lihat sendiri di ig @shaheizy_sam. Terpulang kepada korang untuk menilai. Take it as lesson :) 

Butik Elle Zada Didakwa Menipu !

by on 30.6.16
Korang tahu mengenai Elle Zada ? Jenama yang dikatakan khas dalam penghasilan f esyen berasaskan syariah compliance . Sebenarnya dalam d...
Bulan puasa ni banyak juga tempat berbuka puasa yang best sempat aku review. Mostly semuanya tidak mengecewakan. Kali ini aku nak kongsi mengenai tempat berbuka best di Kuala Lumpur iaitu di Restoran D'Saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur 




Dah banyak kali aku makan dekat sini, so far tidak mengecewakan. Untuk yang berbuka puasa ni, lagilah puas hati! Sebabnya dekat sini menyediakan aneka makanan laut dan masakan terkenal di bazar. 



Dah la makanan sedap, tempat pulak menarik. Haritu aku pergi time baru lepas hujan. Memang feeling weh terasa tenang je makan dekat sini. Sambil - sambil korang makan dekat sini, korang bakal dihiburkan dengan persembahan ghazal yang dijemput khas . 






Kalau tanya aku memang banyak la favourite , antaranya koey tiaw goreng, gulai tempoyak dan spaggheti carbonara. Nampak simple? hahaah tapi yang ini la aku tambah 










Menu - menu lain pun tak kurang hebatnya weh, sebab tema dia seafood kan? Haa wajib cuba juga sotong gergasi goreng. laris! 



kalau korang nak rasa satu-satunya Seafood Buffet Ramadan di KL, hubungi Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa di talian berikut:
019-2777792 (Pn Nabila)
010-5611507 (En Harith)

p/s : nak murah? cuba cari kupon voucher di Lazada, 11 street! 

Sedapnya Makan Di D'Saji KL Titiwangsa

by on 29.6.16
Bulan puasa ni banyak juga tempat berbuka puasa yang best sempat aku review. Mostly semuanya tidak mengecewakan. Kali ini aku nak kongsi m...
Tempat Berbuka Puasa Di Putrajaya Lokasi kali ini antara the only one tempat di Putrajaya yang pernah aku cuba untuk berbuka puasa 





Pertama kali datang ke sini, boleh aku cakap memang puas hati dan mungkin akan repeat lagi. Bertempat di Dewan Seri Hendon, Puspanitapuri Putrajaya, lokasi berbuka puasa kali ini cukup besar, Expectation aku macam biasalah , suka predict sendiri, makan macam so - so je .




Ternyata macam biasa juga, SALAH LOL 





Berkonsepkan makanan di gerai dan makanan asli melayu, makanan yang disediakan oleh Azam Pandan Sdn Bhd ni ternyata sedap - sedap belaka. Kononnya macam nak control lah makan , sekali kecundang jugak. Favourite aku dekat sini apam balik , ayam panggang dan satay! Sebab satay dia juicy gilos 








Banyak je juadah lain seperti Nasi Mandy, Kambing Bakar, Ketam goreng, pisang goreng, gulai telor iik, daging tetel , ayam masak merah, aneka pencuci mulut dan banyak lagi

Kapasiti? Jangan risau sebab Dewan Seri Hendon ni terlalu besar jadi korang boleh makan dengan selesa. 

Rambang je mata tengok makanan - makanan dekat sini. Kepada orang Putrajaya, yang ingin mencari tempat berbuka best di Putrajaya. mungkin aku akan recommend tempat ini sebagai salah satunya 


Nak berbuka dekat sini? 


HUBUNGI : 03-7843 0590


HARGA BUFFET :
RM72.00 per pax untuk Dewasa
RM38.00 per pax untuk Kanak-kanak





Tempat Berbuka Puasa Di Putrajaya

by on 28.6.16
T empat Berbuka Puasa Di Putrajaya Lokasi kali ini antara the only one tempat di Putrajaya yang pernah aku cuba untuk berbuka puasa  ...
Pertama kali aku jejak kaki masuk ke Sunway Putra Hotel ni, terpegun kejap tengok ada banyak mini stall dan dekorasi buffet ramadan yang tersedia di atas meja 




Expectation aku mungkin makanan dia semua di luar , sebab dekat luar memang ada banyak stall makanan. Rupa - rupanya bila dah masuk ada banyak lagi makanan yang pelbagai jenis khas untuk bulan Ramadan ini

while waiting hahaha 




Bertemakan Dari Dapur Ummi, diketuai oleh Chef Rossham Rosli yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Chef Malaysia




Menampilkan lebih dari 100 jenis makanan nostalgia yang diambil dari resipi asli ibunda chef - chef disini, memang terasa sangat asli! 











Kalau aku nak sebut semua makanan dia memang tak habis lah, sebab banyak sangat tapi antara yang menjadi perhatian adalah celup - celup, Nasi Ayam Kampung , Peha Ayam Kicap, Ikan Patin Masak Tempoyak, Perut masak lemak dan banyak lagi








Dessert? Haa jangan cakap lah, yang penting sajian traditional seperti Ubi Kayu Rebus dengan Kelapa, Lompat tikam, Badak berendam korang wajib cuba ! 

Buffet yang bermula pada jam 6 petang hingga 10.30 malam ini tersedia dari 22 Jun hingga 4 July ini memandangkan tarikh sebelum ini sudah pun penuh. Jadi untuk korang yang berminat boleh membuat tempahan  dengan menghubungi Coffee House +603 4040 9888 atau email dineshph@sunwayhotels.com 


Harga untuk buffet adalah RM 138 per nett bagi dewasa dan RM69 per nett bagi kanak kanak 

Untuk maklumat lanjut : 

Instagram : @sunwayputrahotel 

Banyaknya Pilihan Buffet Ramadan Di Sunway Putra Hotel

by on 27.6.16
Pertama kali aku jejak kaki masuk ke Sunway Putra Hotel ni, terpegun kejap tengok ada banyak mini stall dan dekorasi buffet ramadan yang t...