TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Masih lagi mengenai Penang. Pada pelancaran Visit Malaysia Year 2014 Countdown yang lepas, para media yang sertai trip ini telah dibawa ke merata tempat sekitar Penang ! 

Orang cakap kalau dah di tempat orang , tak sah kalau tak merasai sendiri makanan dan tempat - tempat menarik mereka. Jadi sepanjang kami disini , kami telah dibawa ke tempat - tempat menarik sekitar Penang. 

Restoran Kapitan 




Pada hari pertama kami telah dibawa ke Restoran Kapitan yang terkenal dengan keunikan masakannya. Yang paling terkenal disini adalah Nasi Beriani nya yang sentiasa menjadi pilihan buat mereka yang berkunjung ke sini.



Pada malam tersebut , Khai sempat mencuba Chicken Milani with Naan untuk pertama kalinya. Tekstur ayam yang lembut bersama kuah Milani membuatkan ianya terasa seperti Chicken Chop yang telah diolah untuk makan bersama Roti Naan . Jadi buat korang yang datang ke Penang , mesti mencuba keenakan makanan disini ! 

Rumah Kelahiran Tan Sri P.Ramlee dan Boria 




Selain itu, antara tempat yang wajib dilawati bila di Penang adalah Rumah Kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Disini korang bukan sahaja dapat melihat sejarah perkembangan Tan Sri P.Ramlee malah disini juga antara tempat persembahan Boria dipersembahkan. 




Kumpulan Boria disini adalah badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang. 



Untuk pengetahuan korang, kumpulan Boria disini masih bergiat aktif menerima pelbagai jemputan untuk persembahan dan pertandingan. 

Muzium Kamera 



Muzium Kamera juga merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati.Muzium Kamera ini mula dibuka kepada orang ramai pada Jun 2013 dan yang pertama di Malaysia ! 





Disini terdapat 1001 jenis kamera telah dipamerkan. Bermula dari saiz sebesar tapak tangan sehinggalah sebesar Televisyen saiz kamera ada disini. Untuk masuk ke sini , harga tiket untuk Dewasa adalah RM 20 dan RM 10 untuk warga emas dan kanak - kanak. 

ESCAPE 

Sukakan aktiviti lasak ? Ingin mencuba sesuatu yang baru ? ESCAPE Penang adalah tempatnya ! ESCAPE adalah tarikan taman tema terbaru yang terletak di Teluk Bahang Penang berkonsepkan aktiviti lasak. 



Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh korang sertai seperti Monkey Business , Jungle Swinger , Flying Lemur, Tubby Racer dan banyak lagi ! Antara tarikan utama di sini adalah Atan's Leap . 


Ianya menguji mereka yang sukakan cabaran dimana mereka dikehendaki lompat di atas menara setinggi lebih dari 4 tingkat bangunan. Walaubagaimanapun , jangan risau kerana terdapat tali keselamatan khas yang berupaya menampung sehingga 120kg. Khai sendiri sempat mencuba Atan's Leap ini . Ternyata ianya sesuatu yang menyeronokkan dan lain dari yang lain. 







Kemudahan disini turut mengajak para pengguna mencintai alam sekitar. Sebagai contoh sistem pengairan disini menggunakan takungan air hujan yang telah dirawat. 

ESCAPE Penang ini sesuai untuk semua golongan umur kerana setiap kemudahan dan aktiviti disini diselia oleh pekerja mereka yang mahir. Harga tiket pula adalah seperti berikut : 

Bawah 4 Tahun : Percuma
Kanak - Kanak  (4 - 12 Tahun ) : RM45
Dewasa ( 13 - 60 Tahun ) : RM 60
Warga Emas ( 60 Tahun ke atas ) : RM 45

Jawi House Cafe Gallery 




Selain itu , kami juga telah dibawa ke Jawi House Cafe Gallery untuk merasai sendiri masakan Jawi peranakan. Restoran ini terletak di 85 Armenian Street, Georgetown, Penang. 



Uniknya mengenai restoran ini adalah dari segi dekoratif restoran dan makanannya .



Untuk makanan tengahari kami,Chef Nurilkarim Razha telah menyediakan sendiri masakan jawi peranakan seperti Nasi Lemuni, Nasi Kacang, Daging Pedas Hitam , Ayam Ros ,Sayur Kacang dan Cucur Udang. Memang lain dari yang lain. Harus datang lagi kesini ! 

Fort Cornwallis 



Akhir sekali, adalah Fort Cornwallis . Adalah satu kemestian untuk kesini apabila sampai di Penang. Disini terdapatnya peninggalan sejarah terdahulu seperti gugusan meriam dan tembok yang masih kekal utuh. 




Selain itu, disini juga terkenal di kalangan para pelancong untuk beriadah sambil menikmati pemandangan di tepi laut. 

Jadi tunggu apa lagi ? Buat korang yang merancang untuk bercuti bersama keluarga,  rancanglah percutian sekarang kerana Tahun Melawat Malaysia 2014 baru sahaja bermula ! 

Kredit dan penghargaan : 

Tourism Malaysia
Tourism Penang
Polis Diraja Malaysia
Gaya Travel Magazine 
Santai Travel Magazine



6 comments:

Engku Muzahadin said...

Yeah, ini negeri kebanggaan gua... Haha

Anonymous said...

salam..maaf saya nak buat pembetulan sikit mengenai BORIA..kumpulan boria BUKAN di bawah kelolaan TOURISM PENANG..kumpulan boria yang ada di pulau pinang adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang. Encik Jibran Khalil adalah merupakan salah seorang NGO boria yang bergiat aktif dalam perkembangan boria pulau pinang. Saya pohon kepada admin, selepas ini sila teliti maklumat sebelum memuat naik sebarang artikel. Mohon maaf sekali lg..

Khai Artzfar said...

@Engku Muzahadincantik tempatnya haha

Khai Artzfar said...

@Engku Muzahadincantik tempatnya haha

Khai Artzfar said...

@Anonymouswasalam., terima kasih atas teguran. saya mohon maaf jika terdapat kesilapan dalam siarkan artikel ini kerana maklumat yang saya dapati berdasarkan edaran yang diterima. akan saya perbetulkan

BrokenAngelz Angelz said...

Wah rindu Escape..tmpat kjew lmew